Pages

Thursday, May 26, 2011

Tolong Remove Gambar Hina Islam Dari Blog Anda!

PERHATIAN!
Nampaknya ada yang tak faham.. Aku terpaksa update semula.. Aku bukan tuju entry ni pada Makcik tu.. Tapi aku tuju pada blogger-blogger yang buat kesilapan share gambar-gambar hina Islam tu dalam blog masing-masing. Sila baca sampai habis dan faham betul-betul.. Terima kasih.

****************************

Sekarang memang tengah kecoh dengan blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang menghina Islam tu kan. Blog yang penuh dengan gambar-gambar dan kata-kata dahsyat yang menghina Islam. Yang menghina Nabi kita, Muhammad SAW. Pertama kali aku masuk blog tu, meremang bulu roma aku. Aku tak sanggup duduk situ lama-lama. Marah dan bengang. Perasaan takut juga menyelubungi aku kerana jika bala turun, ia tidak mengenal siapa. Nauzubillah...

Aku puji kesungguhan kebanyakan blogger dan forumer yang bertungkus-lumus menyebarkan perkara ini dan membuat tutorial bagaimana ingin membuat report agar blog tersebut di'delete'. Tapi agak terkilan bila ada blogger yang tanpa segan silu menempek gambar-gambar yang menghina Islam tu dalam blog masing-masing walaupun niat asal hangpa nak maklumkan kepada rakan-rakan berkenaan penghinaan tersebut. Aku tak sanggup tengok. Sakit hati.

Berdasarkan maklumat daripada blog JT, blog tersebut telah di'delete'. Jika maklumat tersebut sahih, Alhamdulillah... Tapi, aku mohon kepada blogger-bloger yang share gambar tersebut kat blog hangpa, tolonglah remove gambar-gambar yang menghina Islam tersebut. Gambar tu terlalu mengaibkan.  Dikhuatiri ada pihak tidak bertanggungjawab akan kembali menggunakan gambar-gambar tersebut untuk menghina Islam pada masa akan datang.

SZ : Islam kena hina, hangpa buat donno saja. Tapi artis pujaan hangpa hina Islam, hangpa pakat kalut back-up dia. Artis boleh bagi syafaat ka? Kamon la beb!

62 360 juta komen:

Hanim Mahali said...

tengok pun menyakitkan hati lagi nak letak kat blog... memang menggeletaq tangan....

rara pinkmafia said...

betul tu bro.tu sbb rara tak nk buat pape entry sal tu.sakit hati.bile kite publish cite tu mst lagik sonok blogger tu.haih~buat tak tau je.bunag sume entry2 pasal budak tu

Cik Kymchi Puat said...

Betul tu....saya pun baru baca kat BELOG INSPIRASI...memang terkejut giler tengok blog mak cik tue.. HARAP SEMUA PANDANG BERAT DALAM HAL NIE...PASAL LAIN NAK MAIN-MAIN BOLEH TAPI PASAL AGAMA NIE...MEMANG NAK MAMPUS JAWABNYE...
bangga tengok blogger-blogger lain yang memang serang terus pada laman web mak cik tue...nampaknyer ramai yang MEMANG PANDANG SERIUS HAL NIe...

diana said...

semalam akak dok bebel2 kat abag lan pasal ni la..ada sorang blogger tu pi promot blog dia kat page anwar ibrahim..
mintak semua orang pi baca blog dia dan komen.nak komen apa nya??semua kita2 ni nadanya sama je.yang patut di komen kenapa dia letak gambo2 gitu kat blog dia..untuk popular ke???
pelik!!

saya bukan tomato said...

takotttt tgk ... mmg patot delete pon kan ...

ramai yg puja artis lebih2 skrang nie .. huh

zaidah said...

tak tahu nak kata ape...sanggup menghina macam tu sekali ..nak carik populariti ker...

Puteri Iqa Izyan said...

mmg x patot pon letak.
aritu ade jugak masuk kat blog makcik ni. seram gile nk bace entri2 die.
belek2 mcm tu je.

☀ Izzaty Hedry☀ said...

menci artis y dok hina islam..!.=.=

Dawa said...

mmg patut bangkit sama2 menyokong supaya dibuang terus blog ni dr alam maya. tp psl isu artis tu, ntah2 ada peminat tegar artis tu buat report kt blog. keh keh keh. peminat2 yg backup artis tu pentingkan status kemelayuan diorang je bro, diorang tak kisah status org Islam diorang tu

Amoi MiyaSya said...

sedih jugak ada orang yang tak putus-putus nak hina islam . semoga Allah melindungi agamaNya dan umatNya , insyaAllah .

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam SZ..
cam bkn islam la owner blog tu.rasanya dia saja nak rating naik dgn cara tu..akak ada baca semalam..

Fyqa said...

klo benar dh didelete, bgus la..

Solihin Zubir said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim) : sy bukan tuju entry ni pada Makcik tu.. Tapi aku tuju pada blogger-blogger yang buat kesilapan share gambar-gambar hina Islam tu dalam blog masing-masing.

De Mois said...

Itulah pasal..aku dengar cerita orang je. Tapi aku tak nak pergi blog dia sebab macam bodoh. Hina2 Islam pulak..

yang masalahnya, Islam sesama sendiri pun gaduh beb!!


Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

Fariq said...

hehehe. mmg susah nak baut org phm ape yg kita nak smpaikan kdg2.. pyh update semua suruh diorang baca bebetul.. kehkehkeh.. (biasa terkena)


benda ni lebih kurang gini la.. kalo bab artis kan.. kite nak tegur dia supaya tutup aurat.. tapi kita tempekkan gmbr diorang dedah aurat.. so dimanakah kebenarannye itu.. sama gak mcm kes makcik ni tadi.. kita nak ckp dia itu ini. tapi disamping tu kita tempek gmbr yg dia guna utk hina islam utk menarik perhatian org..

SZ phm kan maksud aku.. :p

pena rozie said...

Entah ape kene dengan die orang ni. Nak bukak blog yg ade pic tu pun malas la. Kalau kau orang letak pic tu walau pun satu. Lagi la die orang bangga tau. Dr yg tak tengok sampai dapat tengok. Memang tak paham.

Haz said...

Alhamdulillah,kau blog tu dah kena delete..

azwa amani said...

memang sedih bila amani bukak blog makcik tu...menitis air mata... T_T

miaa spungen said...

tak dgr lagi pasal nie..hmm.. mcm mane nk tgok eh?

Jejaka Terhangat said...

lepas dah sahkan dengan beberapa blogger lain, diorang semua tak bleh masuk blog wordpress makcik Hajjah tu secara direct..mungkin dah kena remove..tp, ada orang yg masih dapat masuk ke blog tu disebabkan google cache..kiranya kita boleh masuk melalui memori google yg masih tertinggal..

niat blogger yg kecam blog makcik tu mmg bagus..tp gambar2 yg jelik tu aku tak paham mcm mana diorang bleh sanggup share kat blog..

semoga lepas ni semua buang gambar2 tu. tak nak dah aku tengok. jelik dan meyakitkan hati..

liyana said...

hmm..
mmg tidak patut..
mmg tidak tkut akan azab ALLAH..

hmm..artis..doakan agr mereka berubah n terbuka hati

cik azeya said...

malas nak buat entri pasal nenek tu. aku agak ni mesti nenek lelaki yang nak tukar jantina tu. adeh.

cucu umie said...

ayie memang xbukak blog tu sebb tak sedia lg nak bce bnda2 mcm tu..harap blogger yg ambik gmbo dekat blog makcik tu and paste dapat buang entry mereka ye.. nty jadi isu lain plak..

kembatolo™ said...

betol la weh. aku bukak blog dia tak sampai 10 saat kot. tak rela aku tengok lama2. apatah lagi nak baca apa dia tulis. astaghfirullah al'azim.


ayat last ko pedas seyh.. i like~ hahaaha

!! Kodet !! said...

betui ka hg ckp kedah ni ? pelik smacam ja

Jue said...

setuju sangat ngan pesanan yg last tu, klu artis kemain derang bekap.. huhu

Cik Miera said...

masa mula2 bukak link tu, mmg menggeletar tgn.. tp nk tulis entry takut.. jd miera post kan link blog tu pada fb je.. huhu...

ARC™ said...

eh lanshau ni xpuas hati dengan aku ke apa haha xpe2 kau tertakluk dengan pendapat ko

camni: screenshot aku utk bg penerangan tentang apa yang makcik tu buat

daripada ko backlink, lagi teruk. menaikkan populariti dia dengan menyenangkan orang klik. Dalam semua yang masuk blog, bukan semua dari tandan yang sama bro. maybe ada pro-atheism; atau pro-FOS

so, tanpa perlu backlink, hanya bagi alamat dan bukti, harap2nya takde org gigih masuk blog dia. terus block

yatie Awang said...

kakak ada juga masuk tengok, subhanallah....kakak setuju apa yg SZ cakap tu, delete semua

midOri's said...

menyirapp darah tengok blogger yg duk cerita pasal tu ..makcik tu pon mcm nak kena bakor jek! haih..*kan dh emo*

QaRr JaliL said...

ha..perasan jugak bro ttg bnde 2..
nak post suh delete tp ade gmba 2...
slh tu.

shahjiehan said...

ptut la aku usha blog tu dah xde...

pena said...

pernah baca tentang mak cik ni, tapi tak pernah masuk blog tu.. rasa cam tak sanggup..

lagi orang cerita tentang dia lagi dia seronok..

tapi kalau dah delete bagusla..

Nur Misnan said...

walaupun kecoh pasal kes nih
aku tak perasan plak tentang gambar
mengutuk islam...

f_aRa_aINa989 said...

saya baca blog isteri ustaz zaharuddin aritu..dia ckp kalau ada gambar hina islam jgn sebarkan sbb takut org lain akan gunakan gmbrtu nnt...

De'din said...

aku macam terlepas something ja,,
nak kena p google sat,,

restu resort said...

musuh2 islam xpernah berputus asa..
jd kita perlu 1 hati pertahankan islam..

mia said...

thanks sbb buat entry ni SZ..saya ade jugak tgur beberapa entry yg sertakan gambar dan link blog makcik tu utk tujuan hebahan..syukur alhamdulillah blog mokcik takde sekarang ni..

tqvm (^^,)

mia said...

@Jejaka Terhangat

btol..saya ada jugak terbaca komen makcik tu ajar mcmane nk view blog die guna cache kalau xdpat bukak ..makcik ni kira hebat la jugak sbb bole detect yg blog die akan disekat.

aNdi.Hanin::حنين نظوره said...

aik, da tutup?
baru tadi hantar report kat skmm.

GamUHU said...

betol bro. aku pon hangin semacam ja jenih UPLOAD gambaq ntah pape tuh. jangan sampai agama lain perlekeh ISLAM nih sudah. aku setuju cara hang.

http://keleboqmaneh.blogspot.com/2011/05/kaki-bertaruh.html

Aretikz said...

Macam ada insan yang mempertahankan sesuatu dalam komen2 yg ku bca.. pergh ~ rjin sungguh beta bca komen.. ahakz..

jangankan gambar.. perkataan pun kena jga elok2.. nak marah pun, ada cranya.. ni ada yg mrah ikut nafsu, sma2 wat kejicacimaki..

apapapun, berwaspadalah, kerana ini bukan pengakhiran.. jeng3x~ hehe..

ecah mashuri said...

huih.xsanggup nak letak benda gitu.buang.buang!remove remove!

puteri ain said...

dah lama x bukak blog . baru tau ni.. sampai mcm tu skli .. haihh

Mr Syafiq said...

ak setuju bro dengan pendapat kau :)

mia.lia said...

kan ? haha, smua letak cm nak kejar populariti je..

ARC™ said...

Memang rajin pun baca komen hahaha. Tapi cik aretikz kena paham yang sesetengah org ayatnya memang tak indah dalam kehidupan seharian

bukan pasal marah en solihin kita ni baru nak mencarut

alah SZ pahamla die selalu stalk page aku lol

hidayahjamal said...

alamk..bhayanya xtau pape psl cite ni, hrp2 sgt perkara ni xterjadi

adan said...

betul la bro.. tak perlu letak gambar yang memalukan islam tu.. cukup kita suruh pembacabayangkan dgn penulisan kita..

ttng artis tu.. aku nak like banyak2..!

Ahmad Kamil said...

salam..thanx bro solihin...apeb bru teringat nk bwat entry nk share gmba2 tu...apeb tk terpikir pown smpai cmtu skali...pape pown,thanx again sbb ingatkn apeb...

k e y r i said...

setuju! kang xpasal2 muncul lagi gambar2 yg menghina cam gitu! adoi..

aLya maNip said...

tak sempat tengok pon tapi alhamdulillah, blog tu da delete.. :)

MamaEma said...

akak baru dengar ni...oh ada juga buat blog utk hina agama...dan2 nama makcik pula...

Nafisa81 said...

tak sempat ni g blog tu dan report...apa2 pun...inilah peranan yang perlu dimainkan oleh blogger belia ni...ada blog2 yang agak terpesong...pakat ramai2 buat report..

Aretikz said...

ARC ~ Erk? Hehe.. Cik ka pula? adess.. hehe..

bukan2.. sya maksudkan buknnya org mrah sal solihin.. scra umumnya,ada sesetengah orang dalam komen2 kat blog "hajah" dgn blogger yg mngulas isu ini, kbnyakannya mncarut, maknanya, dia marah "hajah", tp dia sndri mnjtuhkan standard islam tu.. hehe..

hrap difahami.. lol.. ^_^

CikAizA said...

Alhamdulillah... aiza baca pon naik takut... istighfar berkali2.... mmg x ingat mati tu... ermmmm

wannurfazrini said...

setju cakap abg ARC tu, bg screenshot jgn bg link.

cik ciput said...

Baru berapa hari tak buka blog, mcm2 isu dah keluar!semoga org yg berkenaan bertaubat.

*Islam ke makcik tu?

zarazueyin said...

dah delete eh blog tu...bagus!

adrinaqamarina said...

ari tu pon bukak jugak blog tu, berdebar-debar rasa.

apatah lagi nak baca ayat3 kat blog tu, dah laa ayat songsang.

cantekk said...

;-D last stetmen tu pedas betol ye,,,
ada yg panas punggung ke?
hihi

hoyahadis said...

memang ngeri tengok gambo macam tu..dan tak patut disebarkan..memang patut disekat makciktu.. klu boleh,biar remove terus makcik tu dari dunia ni..tak mengenang budi..untung Allah bagi dia nafas..tp kenape la berperangai macam tu..