Pages

Friday, May 20, 2011

Siapakah Sebenarnya Manusia Superhero?

Siapakah sebenarnya manusia superhero?

Adakah yang mempunyai kuasa luar biasa seperti Superman, Spiderman, Cicakman, Boboiboy mahupun Hantu Kak Limah? Adakah orang yang handal bertarung seperti Jet Li, Bruce Lee, Jackie Chan, Tony Jaa dan Chef Wan? Adakah manusia yang bijak pandai macam Albert Einstein, yang kaya dan harta menimbun macam Donald Duck Trump, ataupun yang mempunyai kuasa besar seperti Barack Obama? Atau kerajaan kita yang sangat murah hati menghulurkan bantuan ketika kempen pilihanraya tu? Heheh.. =)


Sebenarnya, manusia luar biasa ialah orang yang berbuat baik kepada orang yang jahat kepadanya. Paling tidak dia doakan kebaikan mereka. Kasih sayangnya terserlah kepada sesiapa saja. Sifat pemaaf menjadi amalan dalam hidupnya. Jika ia bersalah ia meminta maaf. Dia boleh menahan marah atau disembunyikannya.  Sentiasa bersabar, merendah diri dan bersopan santun menjadi budaya. Tidak mempunyai kelulusan PhD iaitu perasaan hasad dengki dan tidak pernah menghina orang lain.

Dia juga mudah simpati dengan orang susah. Melihat penderitaan orang lain sudah cukup membuatkan dia merasa bersalah. Kekayaan yang diperolehi diagih-agih kepada manusia. Pemurah namanya. Terutama pada fakir miskin dan membantu membayarkan hutang mereka dan tidak ada perkataan tamak dalam kamus hidupnya. Tidak mengharapkan apa-apa balasan kerana tulus ikhlas hatinya. Kesenangan orang lain dia tumpang gembira.

Inilah dia manusia wira atau luar biasa. Tapi tidak pernah dia diberi pingat oleh sesiapa. Apatah lagi mengejar pangkat, darjat dan juga nama. Kerana terlalu ikhlas ingin berbakti. Realitinya, memang susah untuk kita bertemu dengn manusia luar biasa ini.  Dialah superhero sebenar.

SZ : Siapakah sebenarnya heroin di hatiku? =)

27 360 juta komen:

Zee.Zee™ said...

hmmm.. betul jugak kan..

^_^

liyana said...

nice entry..
memberi tnpa meminta balasan..
seelok2 balasan tu dari AllahKN..

hana said...

susahnye nk cari manusia uar bese camtu.
sekarang sume orang nak pentingkan diri aje..

azwa amani said...

kdg2 kita boleh maafkan apa yg org tu buat pada kita, tapi kita tak leh lupa apa yg dibuat..kekdg terasa mcm tak ikhlas memaafkan dirinya....errmmm.masih belum boleh jadi superheroin lah amani ni

yatie Awang said...

superhero ni memang payah jumpa, kerana dia buat sesuatu tanpa pengetahuan org lain, hanya dia dan Tuahn sahaja

sarah-najwan said...

bg akak..akaklah supermoms utk anak2 akak and superwife utk hubby akak..

aci tak solihin..lallalallalalalala

@mel said...

suma tu betoi solihin..
ermmm lg pon depa bukan nk mnta suma penghargaan tu sbb depa wat suma tu ikhlas LILLAH'HITA'ALA...

tp yg paling baru skali..baka jd superhero mcm magneto dlm x men tu da ada dah..

budak magnet tu kat OBERSEA NUN..KUAQ BRITA ARI TUH...

huhuhuhuhu...

saja mai menyinggah tang ni...

rara pinkmafia said...

sekarang ni dh tak byk yg boleh jadi superhero baik bro. =(

cik heroin said...

yeay. alhmdllah saya ada 7/10(perasan) sifat2 itu kehkeh. nk btukar jd hero la plak lpas ni ^^


SZ : Siapakah sebenarnya heroin di hatiku? =)


CH : Siapakah?

Kakzakie said...

Anak kakak kata papa dialah hero.

Heroin solihin manalah kakak tahu...

Faez Rusni said...

keihkhlasan itu sukar tu utk kita cari..ia umpama mencari semut hitam,atas batu yang gelap warnaynya di waktu malam....

Moga Keikhlasan bersama kita..wee~

Nur Misnan said...

hmmmm... cerita nih mengingatkan aku
pada jackie chan
Sedekahkan semua hartanya pada
orang susah...

diana said...

sah!!!
memang akak...
bukan superhero...
heheheh

De Mois said...

manusia memang lumrah taknak tengok orang lain lebih sikit dari dia...


Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

Amirrah Zawani said...

nak cari superhero yg sebenar :)

Aretikz said...

Remember, with great power. comes great responsibility - Uncle Ben, Pakcik Peter Parker, Spiderman.. keh keh keh..

power? kuasa kita sebagai khalifah di muka bumi.. Responsibility? Tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di muka bumi.. ahakz..

Cak cak cak - Cicakman

Amna.Qadeeja said...

tetiber heroin plak dah haha :D

ibu hidayahamin said...

saya membaca tampalan ini....

cucu umie said...

ayie tak leh jadi superhero lgi sebb ayie tak sampai lgi ke tahap itu.. kadang2 ayie tidak pasti sama ada ikhlas @pon tidak meberi kerana hanya Allah shje yg thu keikhlasan kite itu..

Cik Ila said...

Lagi satu tak tersenarai....ULTRAMEN..!!! haha

kembatolo™ said...

tengah usaha nak jadi macam tu la ni. hahahhaa

shahjiehan said...

tiz tu bukan heroin sebenar ke?

hahahhaha


jom baca dan komen Hukum tengok Wayang Nur Kasih | ! !shahjiehan [dot] com ! !


haram tgk awek berlakon ~ kah3...

gadisBunga said...

kalau nak jadi manusia penyabar, baik, pemaaf, care pasal manusia lain tanpa mengharap balasan, bersangka baik - uish....mmg susah la nak jadi superhero kalau cemni. kan?

tapi kamu punye definition pasal superhero ni bagus lah.

Kalamhati said...

heroin dihatimu???bkn tiztiztiz tuuu keee?ekekeke

Amirah Adnan said...

tp skrg susah nak jumpe superhero camtu kan..

f_aRa_aINa989 said...

mencari superhero saya jugak..=)

bulan said...

Rasulullah s.a.w.

The first person i thought of. =3