Pages

Sunday, May 1, 2011

Sejarah dan Asal-Usul Hari Pekerja

Tanggal 1 Mei setiap tahun, sebagai seorang pekerja, sama ada di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta pastinya sedia maklum bahawa pada hari tersebut adalah merupakan Hari Pekerja yang disambut serentak bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia. Pada hari tersebut juga telah diisytiharkan sebagai cuti umum.

Idea sambutan Hari Pekerja ini sebenarnya mula tercetus di Australia pada tahun 1856. Ia adalah merupakan salah satu cara para proletariat pada masa itu untuk mencapai hari bekerja lapan jam sehari. Pada asalnya, mereka menetapkan perayaan itu pada 21 April 1856 dengan mengadakan demonstrasi bagi mencapai tujuan mereka. Perayaan pertama itu telah memberi kesan yang positif di kalangan proletariat Australia yang membawa kesedaran kepada mereka sehingga tercetusnya pemberontakan baru menyebabkan keputusan diambil untuk meraikan perayaan itu setiap tahun.

Idea perayaan Hari Pekerja ini diterima di seluruh Australia dengan cepat, malah mula tersebar ke negara-negara lain di seluruh dunia. Kejayaan para pekerja Australia mencapai matlamat bekerja lapan jam sehari mendorong para pekerja di negara lain tampil dengan berani untuk menuntut hak yang sama. Golongan pertama yang mencontohi langkah pekerja Australia ini adalah pekerja Amerika. Bermula pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa setiap 1hb Mei patut menjadi hari pemberhentian bekerja antarabangsa. Pada hari tersebut, lebih 200,000 orang pekerja meninggalkan tempat bekerja mereka dan menuntut masa bekerja hanya lapan jam sehari.

Pengisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja di Malaysia hanya bermula pada tahun 1972. Pengisytiharan ini juga adalah hasil usaha gigih para proletariat negara pada masa lalu yang didorong oleh semangat perjuangan untuk mendapatkan waktu bekerja yang adil di samping menentang penindasan dan penekanan oleh pihak majikan.

maklumat lanjut : wikipedia


SZ : Selamat Hari Pekerja diucapkan buat semua yang bekerja. Nak ucap selamat bercuti? Tak semua pekerja bercuti masa 1 Mei.. =(

34 360 juta komen:

IMANSHAH said...

salam nak jemput sertai contest saya

http://www.abgshah.com/2011/05/contest-selamat-hari-guru-cikgu.html

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

orang yang tak bercuti itu ialah? Solihin zubir ka~ ehehehhe

aliarosli said...

SELAMAT JUGA

KERJE GAK KE?

The Crow Empire said...

aah~ tak semua yg cuti. Selamat hari berkerja. Eh? solihin student ke worker ek?

(^___^)

zacky ~786~ said...

den belum kejo lg nie haa.>~ huhuu.. p nk ucap gak.. selamat hari pekerja :)

rara pinkmafia said...

owh mcm tu eh sejarahnya.hmm setiap perkara yg jd mst ada asal usulnya kan... nice.slmt bcuti juga =)

adan said...

salam.. aku suka hari pekerja bro..

diana said...

terima kasih la untuk pekerja2 kat Australia..heheh..
tak de depa tak de la kita nak dapat cuti isnin ni..

Dawa said...

oo ada peristiwa besar rupanya di sebalik hari pekerja ni. thanks for the info!

Solihin Zubir said...

@AMIRA ATIYA MYRA_ZOE : tau xpa.. haha..

Solihin Zubir said...

@aliarosli : yupp.. kerja.. =)

Solihin Zubir said...

@The Crow Empire : worker.. :D

Solihin Zubir said...

@diana : abg lan kerja x? ;-p

Solihin Zubir said...

@Dawa: ur welkem.. :D

qudwa said...

thanx for the info..^^

Siti Mashitah Saidin said...

yeay! cutiiii! :P

ari majikan ada x?

Cikgu Nurin said...

Cuti lama ni..balik kampung?

chemay said...

eeh ade org tak cuti.
huhu :P

sarah-najwan said...

selamat bercuti solihin sempena hari pekerja..

akak opkos cuti..hehe

Woofer Storm said...

entry kejam ni,sebab sy tak cuti..waaaaaaa

Fyqa said...

oo ada kesah upenye.
hihi

*igtkan men cuti je. haha

Nur Hawa Mohd Zin said...

info menarik...tq2..baru tahu..hehe

syrupmasin said...

ohh baru tahu pasal sejarah hari pekerje nih..haha..selamat hari pekerje :)

wath said...

SZ keje ke hari ni? bunyik cam sedih je. hhoho

nelly said...

Suka baca sejarah2 ni ..perkongsian yang baik !

khairunnisa ♥ said...

selamat hari pekerja ^_^

shahjiehan said...

balik kampung!!! hahaha... tp sok blk sane balik~

GreenAppleKu.com said...

Saya tak puas hati cuti hari pekerja tahun ni jatuh pada hari ahad. Ahad kan memang dah cuti, jatuhlah pada hari Isnin ker, kan dah dpt bercuti lagi. hehe..

f_aRa_aINa989 said...

ala, kesiannya x cuti. Xpe2, bukan awak seorang je.. :)

soffya cik bulan said...

he...tgh lepak tgk tv.bulih lepak smp esk..sbb cuti he :)

neway slmt hri pekerja...
xpelah kalo tk cuti pn...slmt bekerjalh ye..kikiki


:P

hamzah ian said...

haku tak keje lagi. hahahaha

picairin said...

begitu rupanya sejarah hari pekerja..hehe

cik heroin said...

xtahu lah hari pkerja ke apa, xlrat cuti dah niiiiiiiiiii.hahaha. lama gla cuti lpas spm ni T.T buring

Hansyitake said...

Slmt bkerja... Sy cuti pnjg. 4 bln.. :p