Pages

Thursday, May 5, 2011

Segmen Jom Kipas Blogger

Cuaca tengah hari tadi tersangatlah panas. Akan tetapi, tiba-tiba aku terasa sejuk pulak. Setelah disiasat , rupanya ada seorang blogger telah mengipas aku. Haha.. Beliau berjaya membuatkan aku kembang semangkuk bila membacanya. Tak pasal-pasal seluar yang aku pakai hari ini terkoyak di bahagian punggung. Lawak dan risau pun ada sebab dia cakap aku hensem. Kalau perempuan takpe la jugak. Lelaki beb! Seram sejuk aku. Haha.. Thanks sebab sudi kipas. Nak tengok apa yang dia bodek-bodek aku tu? Klik The Crow Empire!

Setelah 8 kali aku membaca entry kipas Si Crow tu, aku pun macam teringin nak mengipas-ngipas jugak. Aku terjah blog Fariq. Tapi malangnya segmen tersebut telah ditutup! Betapa kecewanya aku. Akan tetapi, disebabkan perasaan yang membuak-buak ingin mengipas, lalu aku pun membuat surat rayuan, dan sepantas kilat aku pos laju-laju kat Fariq. Alhamdulillah rayuan aku diterima. Itupun sebab dia kata aku ada adik perempuan. Ciskek btul!

klik banner ini

Ok. Agak-agak siapa yang aku akan kipas? Adakah aku akan kipas seorang blogger famous yang mempunyai followers berjuta-juta dengan harapan dia akan buat entry balas mengenai aku? Dengan cara itu, pasti traffic aku akan mencanak menggila. Followers aku pula pasti bertambah secara mendadak. Dan, nama aku meletup sekelip mata! Hahaha.. Adakah? Owhh tidak sama sekali. Blogger yang akan aku kipas ni baru mempunyai 105 followers di saat entry ini ditaip. Dan beliau baru sahaja mula ber'blogging' tidak sampai sebulan.

"Woi! Blog followers ciput pun hang nak kipas? Hilang akal ke? Apa yang hang dapat?", terdengar bisikan nakal menyapa telinga capangku. Namun, aku tak peduli. Aku rasa blog ini harus dikipas dan diketengahkan. Sebab aku tengok dia sememangnya berbakat walaupun tidak sampai sebulan berblogging. Blog ini diberi nama Heroin Homo Sapiens. Dimiliki sepenuhnya oleh seorang gadis yang menggunakan nama samaran Cik Heroin. Err.. Heroin? Jangan salah faham. Bukan dadah. Maksudnya dia nak jadi heroin di mata emak, ayah, dan Yang Maha Esa.



Pertama kali aku masuk blog dia, aku ingatkan dia seorang blogger otai yang sudah lama bertapak dalam arena blogging ni. Sebab gaya blognya memang profesional. Template yang cantik, kemas, tidak serabut dengan widget-widget yang tak penting, ringan dan sememangnya sedap mata memandang. Entry-entrynya juga berisi dan bukannya sebuah entry yang sampah. Membuatkan hati aku terus terpaut dan jatuh cinta pada blog tersebut. Terus aku follow walaupun dia belum lagi follow aku, sekadar bertukar banner. Heheh..

Entry yang dia ketengahkan adalah mengenai kisah hidupnya serta yang bercirikan islamik dan santai. Bahasa yang digunakan juga sempoi dan mudah difahami. Kadang-kadang menggunakan english serta bahasa rojak. Tetapi tetap enjoy. Nak tau entry dia yang manakah paling menarik bagi aku? Entry tu memang kelakar dan mampu membuatkan aku tergelak hingga jatuh kerusi. Kisah pengalaman dia dengan adik dia masa sekolah rendah. Siap ada gambar diorang masa kecik lagi. Comel. Nak baca?

Klik link di bawah :

Walaupun rupamu tidakku kenal. Nama sebenar serta tempat tinggal asalmu juga tidak ku ketahui. Akan tetapi aku akui benar-benar jatuh cinta padamu Cik Heroin. Sudilah kiranya kau menyambut cintaku ini setelah puas aku mengipasmu. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita berdua pula akan dikipas di pelamin persandingan kita nanti. Muahaha.. Ok, merepek. Titik!

SZ : Panjang gila! Sapa yang baca sampai habis, angkat tangan! Sapa yang baca separuh-separuh, lepas tu terus komen, angkat ketiak! Heheh.. Kantoi! :D

31 360 juta komen:

Siti Mashitah Saidin said...

da baca kisah berak tuh... sumpah, lawak gila! hahaha

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

waaah..waah...kipas mengipas..hehe..

aku pun dah follow cik heroin!.. =P

aku xmo angkat ketiak..haha

Fariq said...

wah2.. terbaik punya ni... aku terpaksa baca sampai abes.. kalo tak camne nak judge kan.... erm... makin susah nak buat pertimbangan ni...

tunggu lepas tgh mlm aku btau sape pengipas terbaik ye.. ha jgn lupa kim salam yun.. ngeh..

naulofah said...
This comment has been removed by the author.
khairunnisa ♥ said...

*angkat tangan* ^_^

yatie Awang said...

InsyaAllah...kalau ada jodoh naiklah pelamin...nanti akak jd pengapit ok...haha....angkat tangan ni..

cik heroin said...

walaweh inche solihin zubirrrr !! ini terasa mahu jatuh cinta kepada anda ni wahahahaha

The Crow Empire said...

Ok la tu. Solihin single, cik heroin pun macam available. Nak crow jadi orang tengah ke? Wakaka~

(^___^)

miss ryrinn _ angin said...

HAHAHA . ade jugak segmen cenggini . ni laa segment paling I bencik sekalii sebab i memang bukan kaki bodek orang . kaki makan iye . HAHA .

btw , nak p terjah blog si heroin solihin ni . haha


flyyyyy ~~~~~

sarah-najwan said...

wah..join gak segmen ini..
slmt mengipas solihin..
kdg2 terdpt gak blogger baru yg hebat idea mereka..

ibu hidayahamin said...

kipas jangan tak kipas.... hehehe...

Dekcik said...

ape kau abg owg duk puji koyak lah 2..abg mmang hensem pown..haha..

singgah blog nurul..dah dpt header baru..

http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/05/haishbile-header-dah-barublog-plak-wat.html

Amirrah Zawani said...

wahhh nk terjah gak la.. sebulan dah 105 follower ok lah tu :)

cek chun said...

pandai hg mengorat lihin
akak bagi hang 4 bintang..

Amna.Qadeeja said...

ahahha kipas mengipasla plk,hg panas ka inchik solihin keh3.. slmt mengipas ! ;D

nelly said...

haha .kelakar ! terjah !

diana said...

eleh..
ni bukan entry kipas ni..
ni entry cari jodoh...
kan???
jaga2 cik salmah..
solihin ni pandai ayat2 tau..
wakakakak

sebulan follower dia 105??
akak dulu 3 bulan baru 100..
hehehh...

shahjiehan said...

xnak kipas aku ke?langkawi ni panas! hahahahha

pena said...

* tangan diangkat..

hahaha....
dah baca entry tu..
kelakar abis..

azwa amani said...

bagus jugak segmen ni kan..

syzwnsrwk said...

ingat nak kipas SZ, tapi tak jadi pulak XD

puteri ain said...

hahaha.. kelakar ..

kipas lipas :P

Wan Gerrard said...

Saya angkat kaki..

CikBulat said...

mcm harem je hang ! hahaha ! menggoda!!

diana said...

kamu nak buat komen dok atas klik je kat layout.pastu kat post tu klik edit.pastu susun la item kamu tu.alih kan komen kat ats dia..

chemay said...

tak reti la nak kipas2 orang..
kang dok kipas2.
salah cakap..
pastuh kne banned pulakk..
wuuuu
:P

SitiSafiyyah said...

sokong kak diana. ni bukan entri kipas ni. bhahaha :p

MiSs OrAnGe JuIcE said...

hahaha!!!

(kelakar lah)

Cik Cammy Lia said...

nape dh xleh buke blog heroin tu? dia dh delete ke?huhu.baru nk bace

weda said...

alaa...what a shame the blog has been deleted. mebi sbb die segan tbe2 blog die femes lepas kne mention by a real famous blogger like u :P

Tulips said...

haha! i baca hbs otey.. :)
n its real fun!