Pages

Tuesday, May 24, 2011

Perkara-Perkara Yang Boleh Menyebabkan Murtad

Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan

a) Perkataan

Sebarang perkataan yang jelas boleh membawa kepada kufur adalah dihukum kufur (riddah) orang yang mengucapkannya.

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 65 dan 66 :
Yang bermaksud : “Patutkah nama Allah dan ayatNya serta Rasul Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alas n-alasan yang dusta), (kerana) sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman..”

Di antara contoh-contoh perkataan yang membawa kepada kufur adalah seperti berikut :

1. Ingkar sesuatu yang diketahui daripada agama (islam) secara darurat seperti mengengkari keEsaan Allah, kewujudan Malaikat, Kenabian Nabi Muhammad S.A.W dan seumpamanya.
2. Menghalalkan apa yang diharamkan secara ijma’.
3. Mengharamkan apa yang dihalalkan secara ijma’.
4. Mencela Nabi Muhammad SAW atau Nabi-nabi lain atau mengejek mereka.
5. Mencela agama Islam, menghina al-Quran dan as-Sunnah dan tidak beramal dengan keduanya.
6. Mendakwa wahyu turun kepadanya.
7. Merendah-rendahkan nama Allah dan perintah Nya.

b) Perbuatan

Di antara perbuatan yang boleh membawa kepada riddah ialah :

1. Mencampakkan Mashaf al-Quran atau Kitab Hadis Rasulullah S.A.W ke tempat-tempat kotor dengan tujuan menghina.
2. Sujud kepada makhluk seperti berhala, matahari, bulan dan sebagainya.
3. Tidak mengamalkan hukum-hukum al-Quran dan as-Sunnah kerana menggangapnya tidak sesuai dengan zaman sekarang.

c) Niat

Contohnya ialah seperti berazam untuk kafir pada hari esok atau teragak-agak untuk melakukannya. Niat seperti itu menyebabkan orang itu kufur ketika itu juga.

Syarat-syarat Sah Seseorang Dikira Murtad

Para Ulama’ bersepakat meletakkan dua syarat bagi mengesahkan seseorang Islam dikira murtad.

i) Berakal. Tidak sah murtad jika orang gila dan kanak-kanak.
ii) Pilihan sendiri atau sukarela. Tidak sah murtad orang yang dipaksa sedangkan hatinya masih beriman.

[sumber]

SZ : So, hati-hati apabila berkata-kata.. Jangan main sedap mulut saja mempersendakan hukum Allah.

24 360 juta komen:

miss ryrinn _ angin said...

yeahh . betul tu . setiap apa yang kita kata merupakan doaa . jadi berhati-hati ketika berbicara .


PERTARUHKAN SATU ENTRY MENARIK DAN MENANG HADIAH UTAMA RM100 DENGAN MUDAH SAMBIL GOYANG GOYANG KAKI.TUNGGU APA LAGI ? JOM

Cik Su Life Cycle said...

haha.. maih baca cerita cik su lak pasal tak dapt keje sebab solat 5 kali sehari

lutfi said...

tepuk dada tanya iman :)

cucu umie said...

thnkx for the sharing info bro..incya-Allah akan dapat menberi manfaat kepada kita semua dan sentiasa berwaspada dgn apa yg kita lkukan supya kita tidk murtad..incya-Allah

zacky ~786~ said...

:)

Siti Mashitah Saidin said...

betoi tuh... orang men sedap mulut ja.. mempersendakan undang2 yg Allah tetapkan... Nauzubillah..

diana said...

sapa yang suka cakap pandai tu
kena hati2 la jaga lidah ..
terlajak kata rosak binasa..
tak sedar diri dah murtad..

Imam Muda said...

(^,^)v

chemay said...

wahh..
kadang2 terlepas cakap pon dah boleh murtad kan.
nauzubillah.

cantekk said...

ye betol tu,,, yg jelas adalah pelbagai alasan bodoh konon utk cover salah.. ego mngakui salah sndiri lalu mengaitkan dgn kslhn org lain..

*emo lg ;p

GreenAppleKu.com said...

Jom terjah blog saya, ada kes blogger mental gak nih..

Mohamadazhan hjDesa said...

orang "atasan" banyak dah lingkup ni...

Kakzakie said...

Kalau lihat dari ciri-ciri itu nyata depan mata kita dari dulu lagi ramai yg kononnya pembimbing dlm negara kita yg telah terjerumus ke lembah ini. Na'uzubillah Himinzalik.

EZAN IDMA said...

minta dijauhkan perkara di atas. amin

sarah-najwan said...

mintak dijauhkan dr niat hal ini..

tenkiu krn info solihin...

MyraAyreen ^^ said...

fuhhhh .

boleh jadikan panduan ni :D

.::: Princess MOMOY :::. said...

berhati-hati dengan lidah

yatie Awang said...

minta2 dijauhi...

f_aRa_aINa989 said...

info baru..=)

The Crow said...

Bagus! Tak faham lagi tak tau la.. Kat bahagian B-3 tu dah menerangkan segala.

Nak kene tunjuk fatwa jgk kat dorang ni kan? koh3..

(^____^) next artis? Jom! koh3..

aLya maNip said...

smoga hati2 kita semua still dalam lindunganNYA.amiin ~

GamUHU said...

Nauzubillah..

abu idris said...

arrayah.info : kembalikanlah khilafah, agar khalifah mengistiharkan perang memerangi orang-orang yang murtad sebagaimana khalifah abu bakar lakukan.

Anonymous said...

salam..mohon share ya entry ini :)