Pages

Thursday, May 5, 2011

Man United Mara Ke Final Liga Juara-Juara Dengan Agregat 6-1

Manchester United mengiringi Barcelona ke final Liga Juara-Juara Eropah selepas mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Schalke 04 pada saingan separuh akhir kedua di Stadium Old Trafford, awal pagi tadi. MU mara ke final di Stadium Wembley pada 28 Mei ini dengan kemenangan agregat 6-1.

Gol pembukaan United hasil jaringan Antonio Valencia pada minit ke-26 diikuti Darren Gibson lima minit kemudian. Gol Shalke pula dijaringkan oleh Jose Manuel Jurado pada minit ke-35. Masuk separuh kedua, United menggandakan asakan dan memperoleh gol menerusi pemain Brazil, Anderson pada minit ke- 72 dan 76.


Weyhhhh!!!! Meremang aku tengok video tu. Gila kentang! MU terlalu kuat buat Schalke la beb. Walaupun Sir Alex membuat percaturan berani dengan melakukan 9 pertukaran dengan merehatkan beberapa tonggak utama seperti Rooney, Giggs, Chicharito, Vidic dan lain-lain bagi menghadapi Chelsea hujung minggu ini, tetapi masih mampu membuatkan Manuel Neuer bolos 4 gol. Jangan cakap Schalke lemah sebab kalau lemah, takkan dapat singkirkan Inter Milan yang merupakan juara tahun lalu. Ye tak? Heheh.. Jangan marah ye buat semua fans yang memang anti gila-gila dengan MU.

Akhirnya final tahun ni milik MU dan Barcelona sekali lagi. Mengulangi pertembungan final 2009 yang dimenangi Barcelona. Walaupun aku agak kecewa kerana hajat nak bertemu Real Madrid di final tidak kesampaian. Tapi, mungkin ini peluang untuk MU menebus kekalahan final 2009! Glory-Glory Man United!


UEFA Champions League Final
Barcelona vs Manchester United
Stadium Wembley, London
2:45 am, 29 Mei 2011 (Waktu Malaysia)

SZ : Sapa sokong MU sila angkat tangan macam usop wilcha.. Haha.. Yang sokong Barcelona mesti fans Arsenal, Chelsea, dan Liverpool yang sememangnya dengki dengan MU!.. Heheh.. Jangan marah.. :D

18 360 juta komen:

Fariq said...

MU ke barca ke dua2 aku benci... waarrggghhhh

Latest -
- Seberapa Jauhkah Pilihan Anda?

efa said...

gila ah MU menang caya la terbaik ehehe syok2 eceh SZ kami nk ambik video tu buh dlm entry blog boleh tak?hehe seronok plak MU menang nasib ampa bgtaw kat twitter td ekeke :D

cucu umie said...

yahoo..MU g final lg..lala huhau masyuk siot.. sape yg anti MU tu, jgn jealous..hauhau

diana said...

schalke memang lemah la..
dia kalahkan inter milan sebab inter pun lemah..heheh..
laluan m.u ke final tu yang mudah..
cer kalau lawan nye real madrid..sah2 kalah..hehhehe..
kita bakor..kita bakor..!!

nazirulhazwan~ said...

aku jijik dengan haters2 MAN U, dengki.hahaha

Solihin Zubir said...

@Fariq : ni mesti fans Real Madrid.. haha..

Solihin Zubir said...

@efa : haha.. berkongsi kegembiraan.. ;-p

Solihin Zubir said...

@cucu umie : uishh.. haruslah jeles.. haha..

Solihin Zubir said...

@diana : tudiaaaa... pabila fans torres bersuara.. ;-p ada unsur provokasi di situ.. heheh.. :D

Solihin Zubir said...

@nazirulhazwan~ : diorg mmg wajar utk dengki dgn MU.. pasukan hebat mmg byk yg dengki.. haha..

shahjiehan said...

ceh.... man u yg takut... terpaksa rehatkan star2 nk lawan chelsea.....


hahaahaha


tkut ke?




heeheheh

Solihin Zubir said...

@shahjiehan : tu namanya strategi..
kalau takut, mestila bwk turun yg kuat lwn schalke..
bwk turun simpanan pon dh lauk.. heheh..

azwa amani said...

ehem....tak suka bola...lalalalalalallala....hehehhe..nak jugak letak komen.

Mohamadazhan hjDesa said...

haha, tahniah MU layak final ja sebab lepas ni kompem kena balun dengan Barca.haha.

Kena bgtau Pep siap2 turun kesebelasan ketiga jumpa MU nanti.hahaha

zacky ~786~ said...

sy fans liverpool ... p sokong MU , sbb barca menang lwn real.. hahaaa.. anti barca..

adan said...

masa untuk balas dendam... tak menyesal tengok bola tadi subuh.. ahahaha.. siap sedia barca..!

The Crow Empire said...

Yes!! Man U masuk final! Terbaik!

Tapi kalau final dgn real madrid lg best. Boleh tgk Man U belasah dorang cukup2. wakaka.. Ni lawan barca pulak. Crow minat corak permainan Barca jgk. koh3..

Man U akan jumpe Barca 2 kali. 1 di final dan 1 frendly bulan jun.

(^_____^)

aLya maNip said...

waa..mesti da prepare jadual dr skunk n make sure 29 ni free kan..hihi

glory glory MU..haha
even x taw pape sal bola pon slalu sngat tgok fan MU sebut..hihi