Pages

Monday, May 2, 2011

Lebih Bersyukur Jadi Binatang Daripada Jadi Manusia

Dikisahkan.....
Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau.

Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Kerbau

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "Hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri".

Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar. Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua.

Kelawar

Kemudian malaikat Jibril mula bertanya kepada si kelawar, "Hai kelawar! Apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar?". "Masya Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar.

Cacing Tanah

Mendengar jawapan itu, malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah. Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil! Apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing?".

Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, daripada dijadikan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati, mereka akan disiksa selama-lamanya".

[sumber]

SZ : Di kalangan binatang, tiada manusia.. Tapi, dikalangan manusia, ada binatang..

18 360 juta komen:

dhilla nazli said...

sedih nye dengar binatang ckp mcm tu...

ibu hidayahamin said...

suka n3 kamu ni...

f_aRa_aINa989 said...

Saya bersyukur bila dapat kawan dengan awak balik.. =D

The Crow Empire said...

Terbaik!! Semoga cerita ni jadi pedoman dalam pemikiran sy dan semua.


Tak pernah mensyukuri nikmat di jadikan sebagai manusia. Hanya mensyukuri jika ada pemberian Allah pada kita. ish2..

(^___^)

Far8 budak baik said...

subhanaAllah..
terima kasih der...
kerana mengingat aku...
ustaz aku selalu ckp mcm tu..

zacky ~786~ said...

:)

chemay said...

penah dgr kisah nie
ustaz dekat sekolah dulu cerita.
suka..
tengs 4 sharing :)

nub said...

kebinatangan manusia....

♥i'm ulya♥ said...

nice story! :)

Mohamadazhan hjDesa said...

memang byk dah binatang manusia sekarang ni....na'uzubillah, mintak dijauhkan daripadanya

Woofer Storm said...

benar..lebih baik jadi binatang dari jadi mnusia yang berkelakuan lebih teruk dari binatang..

entry cool ni^^

mia.lia said...

pena jugak bca artikel cmni..
tp dia msukkan babi dengan anjing skali :) tu lgi dasyat la kan.. hehe

Anitafasha said...

Binatang pon tak nak jadi manusia. Betol, dalam kalangan manusia ada yang binatang. Memang mendalam.

diana said...

kalau tak mahu beriman dan tak nak beramal soleh berdoa lah.,mintak dijadikan cacing..
heheheh

eiela said...

good sharing..memang dalam kalangan manusia pun ada yang bersifat seperti binatang.

Latest Entri :
Pandangan : Nak Cepat Dapat Duit Melalui Blog?

azwa amani said...

nice lah SZ entry ini....

K.zoe said...

entry untuk pengajaran.. sy suke!

nuriz said...

manusia ada akal tapi buang anak, tubuh sihat hisap dadah..ada otak tak guna
nyawa pun tak bernilai ..bunuh diri sekarng menjadi jadi..

kalau nak cerita banyak lagi le, kalau binatang tau ni..memang le depa kata manusia ni tak tau bersyukur