Pages

Tuesday, May 17, 2011

Kita Bukannya Baik Sangat Untuk Cakap Kita Baik

KITA BUKANNYA BAIK SANGAT UNTUK CAKAP KITA BAIK...

1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh.

2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin.

3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain tak handsome.

4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak cantik.

5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat.

6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain tak sembahyang.

7. Kita bukanlah kuat untuk kata orang lain lemah.

8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut.

TAPI...

1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain.

2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan.

3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri.

4. Kita adalah cantik jikalau kita tidak menghina orang lain.

5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain.

6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati.

7. Kita adalah kuat jikalau kita sentiasa membantu orang yang lemah.

8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama.

SZ : Gunakan kelebihan yang ada pada diri ke arah kebaikan.. Bukan untuk merendah-rendahkan orang lain..

27 360 juta komen:

Anitafasha said...

Nice.. Suka entri ni.. Gunakan kelebihan yang kita ada untuk tujuan kebaikan. =)

syAfA said...

Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati.

mekaseh 4 sharing..bermanfaat=)

Hafriz Mohamad said...

Kita bukan Malaikat..untuk stiap saat berada di atas 'sejadah amal'..

tp..kita lebih baik dr Malaikat.. sebab kita ada nafsu yg mnginginkan kpd hal yg dilarang Allah tp kita menjauhkn diri dr hal yg trsebut. ^_^

nice entry!!!

Fariq said...

kalo nak banding kan aku ngan SZ, dia lagi hensem,, aku cuma kacak je.. boleh gitu?? :p

FasiHaH SupiaN said...

saya suka.....light advice..:)

najihah sahami said...

kita adalah seseorang bila kita manfaatkan apa yang kita cakap.

:P

hana said...

ye betol...
kelebihan yg Allah bg tu bile2 je bole di tarik balik...

Norsha said...

kita bukanlah bagus sangat untuk lihat kelemahan orang lain tapi kita bijak bila kita boleh melihat kelemahan diri sendiri dan memperbaikinya.....ok tak solihin?

sarah-najwan said...

itulah yg disarankan agar sebelum berkata2..kene berfikir masak2..

waima hendak berkata yg benar sekalipun..hendaknya agar setiap kata2 kita itu...org akan terima dgn hati yg terbuka..bukan dgn disusuli dendam...

buat apa2 pun..fikirlah baik buruk walaupun kita ada kelebihan tertentu..

liyana said...

hmm..btul....kelebihan bknla satu bnda y prlu dbnggakn..
kelemahan juga bknla satu pelemah semangat``utk brjaya

cik heroin said...

LIKE LIKE

yatie Awang said...

kita adalah kita, dan hanya kita yg tahu sejauh mana baik dan jahatnya kita....terima kasih untuk n3 ni

LiFe KaMi said...

sebelum melihat kelemahan orang lain kaji diri kita dahulu, semoga kita menjadi insan yang disukai orang bukan yang dibenci..:)

qasehraihan said...

waaa...bagus entry solihin ni..gud2

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/05/dah-meminjam-tu-reti-retila-nak-bayar.html

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

terima kasih atas ingatan..benar!setuju sgt2

f_aRa_aINa989 said...

senyummmm... =)

kembatolo™ said...

kita adalah terbaik sekiranya kita boleh bagi manfaat kepada org lain. hehe.

saya bukan tomato said...

banyak maksud "kita baik" tu .... ^^

diana said...

agak ramai yang mengaku alim sekarang ni..
hehehe..
tapi padahal tak alim pun...
alim suam2 je..
puasa pun tak ganti lagi.
ekekek

FariehanIbrahim [LBC] said...

LIKE! (:

zacky ~786~ said...

suka entri nie :)

Ad-Dien said...

Alhamdulillah baguslah..moga thabat yer

Miza Yusof said...

ingat menginati sesama kita. kalau salah, sila tegur dan jangan merendahkan martabat si pesalah.

aartikel ni simple tapi ada mesej tersendiri. suka :)

cek chun said...

benda-benda yang kita dok buat selalu kann..

nelly said...

kita adalah diri kita ..ada kelebihan sendiri ..kan2 ?
=)

nama.aku.lynn said...

entri ni bestt!=__+

Amirrah Zawani said...

terbaik lah entry ni.. setuju sgt2 :)