Pages

Monday, May 9, 2011

Kejuaraan Liga Perdana Inggeris Hampir Pasti Milik Man United

Manchester United hampir pasti mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini apabila menewaskan Chelsea 2-1 di Old Trafford. United memperoleh jaringan awal menerusi Javier Hernandez aka Chicharito pada 36 saat permainan bermula manakala gol kedua menerusi tandukan kapten, Nemanja Vidic pada minit ke-23.

Chelsick membalas pada minit ke-69 menerusi kuisan Frank Lampard tetapi masih gagal memenuhi harapan untuk membawa balik tiga mata penuh. United akan menghabiskan dua lagi baki perlawanan bertemu Blackburn di tempat lawan dan Blackpool di Old Trafford dengan hanya memerlukan satu mata untuk memastikan kejuaraan liga kali ke-19 sekaligus memecahkan rekod yang dipegang bersama Liverpool.

Dua penjaring gol United. Chicharito dan Nemanja Vidic.
Ehem-ehem.. Nampak tak kawan-kawan? Saya sebagai salah seorang penyokong tegar MU yang berlagak dan poyo ingin mengucapkan takziah buat penyokong-penyokong Chelsick dan Arsengal yang kempunan piala pada musim ini. Terutama sekali Arsengal yang pada awal musim terlalu berlagak nak sapu bersih 5 piala. Last sekali, habuk pun tarak. Heheh.. Kasi bakor sikit.. :D

Glory-Glory Man United! We Are The Champion!

SZ : Nampak gayanya, senarai penyokong Barcelona semakin bertambah menjelang Final Liga Juara-Juara Eropah antara MU dengan Barca 28 Mei nanti. Heheh..

24 360 juta komen:

mabk.abubakar said...

tinggal 2 game EPL 1 game Champion! kalo maintain.. Confirm 2 piala dlm tangan lah bro!

iwan_dextrous said...

of coz ler..

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

haha..den puas hati malam ni..nak g wembley!..

adan said...

JOM nyanyi sama2..

GLORY..GLORY..GLORY... MAN UNITED...
GLORY..GLORY..GLORY... MAN UNITED...

GamUHU said...

Congrate!!

nub said...

iyolah..ameklah....... haha

Mohamadazhan hjDesa said...

tahniah bro.haha.

ayat last tu lain macam ja.haha

Siti Mashitah Saidin said...

hahaha,... taniah2....

*tak minat bola.. lalalala*

puteri ain said...

baru dgr chelsick .. slaloo chelshit.. ni orang kata ye ... :P
hehe..

pape pun hiduppp man u !!:D

De'din said...

glory glory man u !
terbaik lah,, x sampai seminit dah gol semalam

Ain Zulaikha said...

yeayyyy MU menang... hahha tak tengok pun..

Kimi Rekonen said...

cayalah man U.. harap konpem menang nanti..

An Najwa said...

best3x....cayala MU!!!

diana said...

mu memang hebat la..
hebat belakon...
wakakakakk..

Nyssa Nuar said...

amboi...36 saat tu smpai besau kan yek?? heehehehe... Tan Sri.. long tyme no see..haha

aLya maNip said...

yg ni la jd topik smalam kan..x smp sminit da gol..hehe
tahniah2 utk pnyokong2 tegar mu...hehe

echa said...

YEAHH !
MU menang !
tu laa .
chelsea blagak lagy .
PADAN MUKA :)

sarah-najwan said...

akak xreti nk komen sb akak xminat bola..lagilah obc nyer..hehee

The Crow said...

YES!!! Glory Glory Man United!!

Abang Nimanja vidic sangat cool ketika menanduk bola masuk. auch!

Debaran paling hangat akan tiba! Versus FC Barca! aargh...

(^___^)

QaRr JaliL said...

lek bro..aku tak sokong barca..
barca men kotor..
aku sokong man u...

shahjiehan said...

man u pon main kotor jugak...


hahahahha




hangat je aku tgk kat kedai makan semalam...

fan man u buat macam kedai tu..bapak sedara die punya anak sedara punya kedai...


grrr



jom baca dan komen Tangkap ikan guna tangan. | ! !shahjiehan [dot] com ! !


apa2 pon aku malas layan bola... baik layan awek.. hahahhaha

najihah sahami said...

waaa
chelsea kalah..
:(

f_aRa_aINa989 said...

MU juarakan? Wohoho...

cantona79 said...

Dah ditabal sebagai juara..woohooo