Pages

Tuesday, May 3, 2011

Indeks Kebebasan Media - Ranking Malaysia Jatuh Merudum

Malaysia menduduki tangga ke-143 daripada 196 buah negara yang disenaraikan sebagai negara yang tidak mempunyai kebebasan media massa. Kajian yang dibuat oleh Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat menunjukkan akhbar di Malaysia masih tidak bebas. Malaysia yang mendapat hanya 64 mata berkongsi kedudukan dengan Madagascar dan Angola di benua Afrika.

Kajian Kebebasan Akhbar 2011 ini dibuat sempena Hari Kebebasan Akhbar Dunia yang disambut hari ini. Freedom House, yang terletak di Washington DC, mendapati kebebasan media di seluruh dunia semakin merosot dengan hanya seorang daripada enam orang yang menghuni di negara yang mempunyai kebebasan akhbar.


Sekitar Asia Tenggara, Filipina, Indonesia, Thailand dan Kemboja menduduki tangga yang lebih tinggi daripada Malaysia. Filipina terletak di tangga 93 dengan 46 mata dan Indonesia, di tangga 108 dengan 53 mata. Akhbar di kedua-dua negara dikategorikan sebagai 'separa bebas'. Akhbar di Thailand pula (tangga 138) dan Kemboja (141) adalah 'tidak bebas'.

Menurut kajian itu, 10 negara teratas adalah Finland, Norway, Sweden, Belgium, Iceland, Luxembourg, Andorra, Denmark, Switzerland, Liechtenstein, Belanda dan Palau. Manakala 10 negara yang paling buruk pula adalah Burma, Cuba,Guinea, Eritrea, Iran, Libya, Korea Utara, Turkmenistan dan Uzbekistan.

**berita penuh : MalaysiaKini

SZ : Bukti media perdana kat Malaysia berat sebelah dan tidak telus.

27 360 juta komen:

Dawa said...

mesti nanti diorang bg alasan, ala Singapura lagi teruk. huhu

toyolkiut said...

biasa la tu..
yg baik2 nk d heboh..
yg buruk2 usah kecoh2..

anah samsudin said...

walla ! speechless eden..hoho XD
dasyat gak eh

NURUL NADIAH MAMAT said...

kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi...hee~~

diana said...

ada je depa tu..
tapi memang negara kita tak de kebebasan media massa pun..:p

QaRr JaliL said...

bila tengok komen ko..baru aku paham mksd data2 tu..

haha.

The Crow Empire said...

Kate kite merdeka?

hampeh... (^____^)

Nulia said...

wah~~x sangka mende ni pun ada juga.huhuhu~~~

Fariq said...

sebab tu media lebih berat sblh kerna kalo diorang buat berani mati mmg ke ISA la jwbnye.. ISA tu ujud lagi ke?? kehkeh

meh join -
- Segmen Jom Kipas Blogger

CIK TOM said...

isk2 nmpk sgt la akhbar kita xde la bebas sgt nak bersuara ek..hee

zarra nazura said...

yup betol..akhbar m'sia ni x de kebebasan n kalo yg baik bab Kerajaan semua nak khaba...hishhh..

~nsar~ said...

sokong dawa.. macam minyak jugak... ala singapore lagi mahal..nak jugak yang buruk tu.. entah apa2..

Far8 budak baik said...

media kat melaysia
semua tak betol..
byk cerita benda pelik2
pastu nk tarik perhatian je..
haih..bila nk maju kn haha

@mel said...

bila kepimpinan kita takut ngn byg2 sendiri d + lak ngan media kaki ampu mcm ni la jd kat tanah kita nih.....

cik heroin said...

wah, kalau mesia ni tulis yg btol2, mmpos najib tu. erk, bkn dy sorg je, erkk, ramai lgi. haa

Jejaka Terhangat said...

kehkeh..mmg dah jelas2..mujur skrg ada internet..suara dari pihak yang satu lagi boleh jugak kita dengar..kalo harap drpd media semata2, mmg berat sebelah la..

De'din said...

tgk tv pon dah tahu,,
tyme pilihan raya,,
semua kerajaan punya hal,,

btw, thank bro untuk comment yg membina itu !

Fyqa said...

smuanya gara nk kejar populariti akhbr kot. huhu

nuriz said...

memang pun media tak da kebebasan, cuma ada kata kata membodek je..org pun meluat nak tgk..blog2 pun kdg2 kena serang kena hack..

azwa amani said...

setuju...tak percye sgt dgn media niiii

KELI OH KELI said...

ya...masih bias media di negara kita..ramai yg mencari alternatif lain sehingga sukar mendapat kesahihan sesuatu berita...")

Siti Mashitah Saidin said...

korea antara terburuk? kah kah kah...

Mohamadazhan hjDesa said...

kebebasan akhbar menggambarkan mentaliti rakyat!

Shazmiey Abdurahman said...

errr,,korea tu korea utara kan?! hih.. btw, malaysia punya newspaper berat seblah..mostly umno-ians. punya people..

sarah-najwan said...

akak skrg bace blog je..media cetak lama da xbaca..

Cikgu Nurin said...

MMg pun kebebasan media massa terhad..cer kalau kita blog yg pedih-pedih sket..kena blok la jawabnya...uikss bukan politik ni....

Anonymous said...

Sumber MalaysiaKini. MalaysiaKini portal berita daripada pembangkang. Jadi kesahihan tak boleh diterima. Carilah sumber lain.
P/S: Utusan dikatakan berpihak BN. Malaysiakini dikatakan berpihak PR. Jadi, akhbar mana yang neutral?