Pages

Wednesday, May 11, 2011

Diserang Wanita Berbogel Akibat Menonton Filem Lucah

Salah satu kisah menarik, yang cukup baik untuk kita ambil iktibar ialah mengenai seorang jemaah haji (lelaki) yang gagal masuk ke Masjidilharam. Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya (Datuk Dr. Harun Din), jadi saya tidak mengenalinya.

Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah, setiap kali hendak masuk ke masjid, dia tiba-tiba sahaja menjadi panik seperti orang yang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah keluar semula dari masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya. Selepas gagal kali pertama, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang di dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya semula. Kejadian aneh ini berlaku berulang-ulang kali selama hampir seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang di dalam Masjidilharam.

Melihat keadaan yang sungguh aneh itu, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus melakukannya. Sebaliknya saya cuba mendapat maklumat mengenai lelaki tersebut terlebih dahulu. Saya sengaja berbuat demikian sebab saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia menjadi sedemikian rupa. Jadi saya suruh kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu. Kawan saya pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan minta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu untuk bercerita, tapi selepas dipujuk akhirnya dia bersetuju. Ceritanya amat memalukan tapi memberi banyak pengajaran.

Sebenarnya lelaki berkenaan mempunyai hobi yang sangat buruk iaitu menonton filem lucah. Filem lucah sudah jadi macam makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lucah. Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali hendak memasuki Masjidilharam, dia tiba-tiba sahaja ternampak seorang perempuan yang dalam keadaan bogel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya. Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan melarikan diri.

Selepas mengetahui kedudukan sebenarnya, barulah saya ubatkan lelaki tadi. Saya diberitakan selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid. Itupun cuma sampai ke pintu.

-Diceritakan oleh Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz
-ditaip semula oleh Solihin Zubir daripada buku Koleksi Terbaik Cerita Dari Mekah, Mastika.

SZ : Moral of the story? Sindri mau ingat la beb buat kaki-kaki tengok blue tu.. :D

52 360 juta komen:

Eryati said...

macam2 la...sudah tahu mau ke masjidilharam masih wat macam tu...

Hishyamuddin said...

solihin ko kuat tengok x?hahaha
bagus cerita ni, pengajaran buat kaki2..hehe

Ain Zulaikha said...

laaaa yeke... hurmm... thanks share.

Solihin Zubir said...

@Hishyamuddin : err... errr... heheh.. =_='

nub said...

kalot ngat aiyh nak tengok blue.. laa ni langkah kaki luaq dari rumah pon macam2 adaa...harhar

ika~~ said...

iktibar buat semua..:))

sarah-najwan said...

itulah kita kene beringat2...
jauhkn dr segala perbuatan mungkar itu..

~nsar~ said...

SZ: apa err err er itu.. pengakuan ka??? aiyak...

Solihin Zubir said...

@nub : tau takpa.. pkai baju tp telanjang..

ibu hidayahamin said...

iktibar yang bagus untuk kita fikirkan dan renungkan... terima kasih solihin kerana kongsi...

khairunnisa ♥ said...

bagaimana ye kalau di akhirat kelak, lagi terasa balasan apa yang kita buat. baik atau sebaliknya. terima kasih sampaikan.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

takutnyer...buat haji bkn semudah umrah.terlalu byk dugaan dan rintangannya.

puteri ain said...

good entry .. saling menyedarkan

MasZuber said...

kita ambil sebagai pengajaran.

tenkiu :)

ctpayong said...

good entry.

bukan mudah untuk menasihati orang-orang yang "ketagih" melihat benda ini.

semoga Allah beri petunjuk serta hidayah kepada kita semua.

cik heroin said...

sy dari dulu terpikir, kan byk je artis2 yg seksi meksi, ada kita dgar, nk p buat umrah la, p haji lah, diorg tu xprnah kena apa2 ke? kohkoh. kan kan inche solihin?

Fyqa said...

huihhh... dasyat jugak..


elok utk org yg kuat "mnonton" tu.

pngajaran...

MamaEma said...

sempat lagi sblm pergi Masjidilharam tgk filem lucah..issshhh..ishhh...isshhh...

Puteri Iqa Izyan said...

patut lah rase mcm penah bace cite ni =.='

hrp2, bila ade yg bace kisah ni, insaf lah. bkn nye elok sgt tgk cite lucah. gelap hati. otak pun x betul aje nk stdy... :)

qyqa mokhtar said...

kang ada pula yg jawab: lambat lagi aku nak pergi haji.

cepat belasah dan tembak deme. ^^

liyana said...

nice stori..
hmm..Allah Maha Teliti terhadap apa yg kita kerjakan
thanks for share..
kita kene sntiasa kawal ap yg kita buat sehari hari..huhu

diana said...

kalau suka sangat tengok filem blue bangun pagi2 sedar2 je mata buta..
padan muka..
hahahh

cucu umie said...

nice entry bro, bnyk iktibar yg boleh diperolehi.. oleh tu, sucikan hati dan niat seblom berngkat ke rumah Allah untuk memperolehi nikmat berada disana.. incya-Allah

Nafisa81 said...

akak share cite ni kat fb akak tauu...tima kasihhh

Nyssa Nuar said...

konpem insaf teros sape yg bace... wuwuwuwu..

Solihin Zubir said...

@cik heroin : kalau terjadi kt artis kita, kompom semua pakat bertaubat.. hehehe.. mgkin Allah xnk tunjuk dh kt manusia akhir zmn ni.. lgpun ni kisah lama..

Solihin Zubir said...

@qyqa mokhtar : lmbt lg nak pi haji konon.. tp mati bila2 masa saja.. kan.. heheh..

Solihin Zubir said...

@diana : amboihh.. lg kejam.. haha..

Solihin Zubir said...

@Nafisa81 : ye.. silakan.. sama2.. =)

Solihin Zubir said...

ok, syukran semua sbb sudi komen.. smoga dpt memberi iktibar utk kita semua... insyaAllah..

Echin Nadiossa said...

omg.jauhkanlah.tgok blue nnt hati semua hitam.ilmu susah masukkk

Izamir Ridzwan said...

awt dia buat cmtue.. dah tau nak pi sana.. sepatutnya taubat lah dulu, bukan tau buat ja

Gayahspears said...

perghh.. mmg leh insaf :)
terbaiklah n3 ni... menyedarkan..

miss ryrinn _ angin said...

entry ilmiah yang superb !!


PERTARUHKAN SATU ENTRY MENARIK DAN MENANG HADIAH UTAMA RM100 DENGAN MUDAH SAMBIL GOYANG GOYANG KAKI.TUNGGU APA LAGI ? JOM

shahjiehan said...

tu dia entri meletup!!

hahaha


aku nk try Roman Abramovich kini bersama "Luna"

nelly said...

bagus ni ..untuk pengajaran ~

Aretikz said...

Pergh ~ aku minat tengok blue.. i mean.. barang2 warna biru.. har3x~

h A n Y S said...

Sehari sblm ke Mekah pon santap dgn cite biru jugak..? alahaiii...parah sangat..

shahjiehan said...

hahahha... sebut luja je..hang laju je kan.. hahahhaha

Siti Mashitah Saidin said...

hah? kat masjidil haram, apa2 pn semua d tunjuk kejap ja...

chemay said...

wahhhh..
dlu chemay selalu bace crita2 acam nie..
dekat mastika lah rasa nya..
ade lagi eh?
:)

nulhazwany abdul malik said...

bila dah ada yang kejar tau pulak lari . selama hari ini tengok tak hingat. hohoh ^^

wanie m'nJ said...

kisah ni x silap sy pernah masuk mastika. xD btw, memberi pengajaran kpd kita.

aLya maNip said...

kuasa ALLAH..lg2 bila kat tanah suci kan..

dulu ske la baca mastika. bnyk kisah teladan..kat umah ade koleksi dr taun 97 till 04-05..bila mastika da stat ngan masalah sosial aroun 05 mama da tak beli da..huhu

gigiAriEma said...

hayo...sian laki tuh..sampai kesudah xdpt buang tabiat bruk dia..subhanallah..

f_aRa_aINa989 said...

lelaki kaki blue? -_-

x suka2....

Norsha said...

sapa2 yg suka tgk cite blue2 ni, ingatlah, tengok aurat org lain tu dosa sangat2....tu kat dunia Allah dah tunjuk, kat akhirat sok lagilah...

♥ain_nia♥ said...

terima kasih kongsi cerita ni...bleh dijadikan pengajaran untuk kita yg masih jauh perjalanan hidup...

Farra Rosse Earhart said...

adess. seram baca. huhu

moga menjadi pengajaran buat semua :)

Solihin Zubir said...

@wanie m'nJ : ye... kan sy ada ckp, sy taip semula drp buku koleksi terbaik cerita dari Mekah, Mastika..

untuk berkongsi dgn semua.. =)

toyolkiut said...

klau niat ia betul nk berubah, x kn shari sblm berangkat pun masih tngok citer karut tu..
ia x ikhlas..

zahidah dihaz said...

kat rumah ada buku tu, tapi tak baca lagi....



New Entry: Sibuk