Pages

Tuesday, May 10, 2011

Aku, Harimau, Buaya, Tikus dan Setitik Madu

Suatu hari, aku pergi bersiar-siar di tepi hutan. Sedang aku menghirup udara rimba yang segar, tiba-tiba aku terdengar satu bunyi.. "Aaauuummmmm!!!". Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Ah! Sudah.. Tanpa berfikir panjang, aku terus lari sekuat hati untuk menyelamatkan diri. Oleh kerana terlalu lapar, harimau itu terus mengejar aku tanpa henti. Aku berasa sangat takut. Lintang pukang aku lari. Sempat juga aku berdoa agar diselamatkan daripada dibaham harimau tadi.
Dengan kuasa Allah, diperlihatkan sebuah perigi di depan mata aku. Jadi, untuk menyelamatkan diri aku pun terjun ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Aku bergayut pada tali tersebut. Tali tu pendek saja. Jadi aku terpaksa bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yang lapar tersebut menungguku. Aku pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar aku diselamatkan. Tengah asyik berfikir macam mana nak selamat, tiba-tiba aku terdengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Ya Allah... Bertambah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yang kelaparan. Apalah nasib. Sudah jatuh ditimpa tangga. Lagilah aku bertambah takut. Atas ada harimau, bawah ada buaya. Gilo!
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tiba-tiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi tu lalu naik ke atas ikut tali yang aku bergayut tu. Sampai kat atas, tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... Macamana ni. Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam pulak. Naik mengikut tali tadi. Cit!cit! cit!cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit jugak tali tu. Cis, lagi seekor. Macam mana aku nak buat ni. Habislah jadi mangsa buaya.

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas, makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah, makan dek buaya. Macam mana ni. Sedang aku terus berfikir macam mana nak selamatkan diri, Tiba-tiba terdengar satu bunyi. Bbbbbuuuzzzzzzzzzz... Bunyi lebah bawa madu. Aku pun mendongak ke langit, melihat lebah yang sedang bawa madu tu. Tiba-tiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut aku. Punyalah nikmat rasanya. Memang manis madu ni. Tak pernah aku rasa madu semanis ni. Sedap gila!


Kerana setitik madu, aku terus terlupa pada harimau yang sedang menanti di mulut perigi dan 2 ekor buaya yang menanti di bawah. Manakala tikus hitam dan putih tu terus menggigit tali yang hampir putus.

Jadi, apa yang terjadi pada aku selepas itu?

Aku yang dimaksudkan tu adalah diri kita semua. Harimau yang mengejar tu adalah maut kita. Ajal memang sentiasa mengejar kita. So, sentiasalah beringat-ingat. 2 ekor buaya itu pula adalah malaikat Munkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti. Tali tempat bergayut tadi pula adalah jangka hayat kita. Kalau pendek talinya, maka panjanglah umur kita. Dan kalau panjang talinya, maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu sedang gigit tali tu.

Madu... Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut tersebut adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulut, terus dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah. Bila dapat nikmat sikit, terus lupa pada Allah. Waktu susah baru nak ingat Allah. Astaghfirullahalazim...

[credit]

SZ : Renung-renungkanlah...

42 360 juta komen:

cik heroin said...

wahhh sgt kretip & bergunaaa!

~nsar~ said...

mula2 hairan macam mana boleh ada buaya dalam perigi.. tapi bila baca sampai habis... ooohh ini maksudnya..

nikmat dunia buat kit lupa pada semuanya... kejar dunia dan tak penah behenti... sedangkan kita pasti hidup kita bukan disini..

ohcikgu said...

huhu, cerita yang penuh bermakna.,

Halimatun Sa'adiah said...

terfikir sejenak....

sarah-najwan said...

bagus analogi cerita berilmu gini..

sama2lah kita beringat...

miaa spungen said...

yup btul tu.. begitulah khidupan.. btw nice entry..

Siti Hajar Masri said...

mendalam maksud cerita kau ni..tq selalu ingatkan aku..kadg2 kita ni lupa dgn nikmat yg diberikan..

najihah sahami said...

suka entru ni. thanx solihin untuk tazkirah petang hari...

diana said...

hebat cara dia berfikir..
sapa ye yang kreatif ni??

pena said...

nikmat dunia, walaupun manis, tetap boleh rosakkan kita kalau terlalu taksub..

suka cerita ni.. terima kasih atas perkongsian.. =)

nis humairah said...

like :)

Solihin Zubir said...

@diana : mmg kreatif siapa yg berfikir smpai mcm tu skali.. sygnya xdpt dikenal pasti..

aliarosli said...

thanks ingatkan, ajal maut bila-bila saja

Mar said...

muhasabah diri utk hari ni buat diriku,.

jalan cerita yg diketengahkan pada awal mmbawa maksud yang mendalam pada pengakhirannya...:)

wath said...

kan..sllu gak muhasabah diri. tapi bile dapat kebahagiaan sket je mmg sllu lupe akhirat..knekuatkn lagi semangat ni..

Izamir Ridzwan said...

madu.. lebahhh.. rindunya... hihih madu adalah penawar segala pnyakit

wanie m'nJ said...

thanx solihin zubir. entri ni best. sebagai peringatan buat kita. xD

qyqa mokhtar said...

suka maksud tersirat dlm kisah ni...

^^

iniialahaku said...

aku bca bnyak kali...sbbnya, aku rasa cam best plak crita ni...kretip...

hana said...

erm..
kadang2 kita mmg mudah lupa kan..
baru dapat nikmat sikit dah lupa diri...
kene byk2 muhasabah diri ni..
=D

RedVixen said...

cerita yg kretif!
dunia sementara. akhirat selamanya.
so nak yang sementara ke selamanya? hehehe sendiri mau ingat :)

ibu hidayahamin said...

Bila dapat nikmat sikit, terus lupa pada Allah. Waktu susah baru nak ingat Allah. Astaghfirullahalazim...

Mohamadazhan hjDesa said...

kalau tak dak ulasan bawah tu, aku ingat cerita tergantung...lemah betul tafsiran aku ni.huk..

efa said...

cerita yg kreatif banyak isi tersirat ni SZ

Siti Mashitah Saidin said...

contoh yg dpt paham ngan jelas la...

Siti Mashitah Saidin said...

contoh yg dpt paham ngan jelas la...

Miza Yusof said...

caerita yang menarik dan kreatif. membawa maksud yang mendalam. terasa diri ni kerdil sangat. ajal tak kira umur.

Ain Zulaikha said...

pernah baca cerita ni.. cerita unsur nasihat..

liyana said...

ske stori tu.,.byk simbolik..
nyawa kira akan diambil antara doa solat

Nyssa Nuar said...

cite nih dah boleh wat bulu tuk kanak2... tapi orang tua pon kena gak bace coz sesetengah orang tua pon dah jadi cm kanak2 yang tak reti pikir baek dan buruk bile dah dapat madu...

Aretikz said...

Buaya dalam perigi ~ siapa yang pelihara tu? ahakz..

Apapun.. cite penuh pengajaran dan peringatan.. ^_^

cucu umie said...

ayie dah pernah bce cerita nie..btw, bgus entry nie dapat saling mengigati..hehe

Budak Botak said...

owh, cmtu ye cerita. Penuh pengajaran utk muhasabah diri...

Entry terbaru -> Penari Martha Graham Di Google.com... (",)

Heidi Shafiq said...

betul tu.. kene byk muhasabah diri..

zarra nazura said...

wah best entri ni....pengajaran dan peringatan bguna..

f_aRa_aINa989 said...

nice one!!
:)

SyedGraphiX said...

aku ingat ko buat sndiri cerita ni. hahaha.

CIK TOM said...

alhamdulillah artikel yang bagus...mudah nak faham dgn cara penceritaan ni...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

terima kasih atas peringatan ini..termenung sejenak!

Norsha said...

nice entri...sangat mengujakan, benarlah dunia begitu mempesona hingga kita lupa destinasi sebenar...!

shahjiehan said...

mcm penah terbaca je... kat mana eh..

hehehhe

jom baca dan komen Roman Abramovich kini bersama "Luna"



tq atas ingatan

h A n Y S said...

tu lah kan, kdg2 ni'mat sekejap yg kita dpt kat dunia ni mmg snang sgt nak melaghakan kita..