Pages

Sunday, May 15, 2011

13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

Salam A'laik. Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka. [klik sini utk penjelasan]

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

*Nak tengok alasan serta jawapan yang lebih detail dan berhemah untuk golongan sperti ini, boleh klik syahirul.com.

SZ : Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =)

79 360 juta komen:

hana said...

erm...
betol...
mmg susah nk terima teguran tp pe salahnye berubah ke arah yg lebih baik..
=D

Metz bUjang said...

betul sangat-sangat! harap ada yang bukak mata lepas ni walaupun pada hakikat nya manusia nie pada mulut saja yang betol, hati bergelora

Doa yang baek2 insyaAllah :)

cik heroin said...

Masalah utma skg ni, sbb ada yg btdung pn cm hmpeh, sbb tu lah geng btdung ni aggp tudung ni xdpape. haish

nub said...

tutup lah aurat..senang cerita..toksah nak alasan2..

tutup aurat dan elak buat perangai2 pelaq....

echa said...

terima kasih atas nasihat tersebut .
semoga wanita wanita yg tak tutup aurat akan berubah selepas membaca entry ni .

sarah-najwan said...

entry yg menarik..
dlm byk2 alasan tu..
yg biasa akak dgr ialah
xsampai seru..hehe...

lagi satu..seharusnya..kita yg betudung ini perlulah ikhlas kerana Allah dan menepati syariat bertudung..bukn krn fesyen...

shahjiehan said...

masalah ni kian meruncing

jom baca dan komen Menutup aurat bukan Membalut aurat.

liyana said...

nauzubillah..minttak jauh..
thanks for entry..
as peringatan

sicomot-comel said...

hm..

nak seribu daya, xnk..amboi, sejuta alasan !
huhuhu..

SZ ! miss you lah brader ! hahaha

Pijahh' de-Arr said...

suka y ni..^.^

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

jika fhm hukum...tak jd soal jwb camni.jgn pandang buruk org bertudung...bertudunglah dgn ikhlas demi suruhan Allah

cayrol said...

Aku sokong. Org lelaki berdosa sebab perempuan. huhuhuhuhu

Entri terbaru : Hantar artikel untuk menjadi penulis di 100 penulis bagi menambah trafik

Puteri Iqa Izyan said...

mmg jwpn yg kite selalu sgt2 dgr.
agknye, mereka lupa tanggungjawab kpd yang Satu itu..

wanie m'nJ said...

btw, saya ada credit satu ayat dari entri ni :

Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

jemput dtg tgk apa ituuuuuuu

Kalamhati said...

entry yg bermanfaat..

kita doakan supaya hati2 mereka ni dibuka oleh Allah.jgn smpi Allah murka..rugilah hidup

Farah Shamsudin said...

bagus entri niiee.. saya pun dah baca kat syahirul.com..entri dia semua bagus2..

IMANSHAH said...

thanks..

bukan untuk pempuan sahaja, untuk lelaki juga..diri sendiri kena jaga aurat, jaga adik beradik, kakak, ibu dan keluarga kita!!

Nur Misnan said...

Hmmmm... bab no 12 tuh memang jawapan biasa
lagi2 yang pakai selendang berjambul
nampak leher...
itulah jawapan terbaik yg diorang bg
"SLOW SLOW"
Nak rezeki Allah tak nak plak kata
"Ya Allah slow2 bg rezeki kat aku"
Hampeh bukan...

wath said...

gud! selama ni bile org ckp camtu aku tak tau nk jawab ape. jawapan ni da ckup utk aku share kat fb :)

diana said...

alasan demi alasan dicipta..
bila hati takmau maka banyak la alasan nya..

entry kita macam ada sama la sikit...
tapi malam nanti bru nak publish..heheh..

cucu umie said...

kalau kita tidak dapat menegur secara mulut, melaui penulisan boleh manbantu juga.. entry yang bgus untuk dijadikan pengjran bersama..memang penting aurat itu untuk dijaga kerana kecantikan seorng wanita adlh dia dpt menyempurnakan menjaga aurat mereka..

Siti Mashitah Saidin said...

islam tuh simple... tapi suka memeningkn kepala sendri... haha

aLya maNip said...

the very2 true..selalu dengar alasan2 ni. nk cakap bnyak pon alya sdiri still x tutup aurat ngan sempurna. silap2 nasihat org, satgi kene gak.huhu
cam kat atas la.. :)

Syuxer said...

fuh sentap sapa yang terasa tuh...:)..aku suka entry ni..good job bro..memang wajib tutup aurat..

xde maknanya nak men berkias2 cakap eh kalau nak pakai baik kena ikhlas..x boleh hikpokrit2 tau..adehh aku x suka orang cakap camtuh..kalau wajib,dah wajiblah...

@mel said...

baca post nih teringat satu masa dulu dgr ceramah dr ustat apa ntah dah x igt lama sgt...

cita dia lebih kurang mcm ni la bila d tegur byk sgt create alasan..
then bila dihimpunkan kt pdg mahsyar nnti ditakdirkan mereka ke neraka..

lalu Allah SWT telah memasukkan mereka kedalam botol lalu di bakar dgn api neraka tersebut..

mereka2 ni pon merayu dan bertanya kepada Allah swt mengapa mereka ditakdirkan begini...

lalu Allah SWT menjawab sesungguhnya aku tidak membakar engkau tetapi aku membakar botol itu...

what u give u get back kan...

amik la ikhtibar...
byknya kes2 zina ni apa punca dia sbnarnya...

hukum & garis yg Allah tetapkan tu x ada cacat celanya....

Wan Gerrard said...

terbaik la bro..selalu dengar ayat no 11 tu :P aduhai

Tok Esah said...

terbaeek bro!!

tok suke jwapan balas ni.. hehe bagus2!!

Aretikz said...

tambahan ~ keh keh keh

numba 7 - sesungguhnya solat mencegah kemungkaran.. kalau solat tak mencapai tahap solat, maka secara tidak langsung memang xterniat pun nak cegah kemungkaran..

no 11 - pun jawapan artis..

hakikatnya, yang wajib tetap wajib, tiada alasan untuk benda yg wajib.. ^_^

qyqa mokhtar said...

TERBAIK!!!

^^

Ain Zulaikha said...

hahahahhaah ada yang terasa ke kat sini? wwuwuwuuwuwuw
tapi bila tengok semua yangkomen pakai tudung hehehehe

The Crow said...

Suwit! Kalau makin kerap kite buat teguran2 sinis mcm ni mungkin boleh di terapkan dan jadi dakwah masakini. Anak muda. Kalau kita berbahasa, berdakwah berhadis, bukan dorang ambil pot pun.

Nak kene perli2, sinis2, baru boleh mereka faham.

(^___^)

Syafiq Rosli said...

sume makan dalam..baik punye

iniialahaku said...

aku rasa macam ada kna mngen dgn hal hari tu je ni...hehe..tweet sma diala...

nice entry...
terimalah kata2 akhir dariku...

"Jangan jadikan kain kafan sebagai penutup auratmu yg pertama dan yang terakhir..."

Hanim Mahali said...

betol tu... kalau orang tegur kita tanda dia sayang, dia ambil berat tentang kita... ^_^

el-janna said...

ye..memang selalu macam tu.. jawapan yang biase tunggu seru lah, tunggu hidayah datang la,, padahal tu semua uasaha kite sendiri..pengaruh drama melayu kuat :o

SyedGraphiX said...

lagi satu. ayat tiz zaqyah : mak awak pakai tudung start umur brape? *agaknya kalau aku ckp mak aku baru start btudung time dapat aku.. dia pn nak ikut time tu jugak la kot -.-"

adan said...

salam.
manusia bila tanak buat sesuatu sentiasa mencipta dan mencari seribu alasan...

bighagenjo said...

mereka ni cuma tak pandai nak bersyukur. di kurniakan rupa n bentuk badan yg cantik.. semua nak tunjuk. dia lupa Allah yg bagi pinjam, tak berterima kasih pon.

mushroom said...

aku suka entri ni.. mbuatkan hati aku tbuka utk tutp aurat dgn smpurna :')

Fey Lee said...

Terima kasih untuk post ini. Saya copy, dan sudah creditkan pun :)

MyZone~theUn4given said...

best entry ni..yang paling best #12 n #13..xleh bayang aksi ngan malaikat mcm tu...o.0

MamaEma said...

terima kasih atas entri ini.... peringatan untuk saya dan keluarga saya semua....

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

sangat suka entry ni.. (^_____^)

Nur Hawa Mohd Zin said...

susah bila teguran dikatakan kita cemburu ngan mereka pula...

Gayahspears said...

wow.. sgt2.. menarik entri kau kali ni solihin...
susahkan kalo kita ni manusia.. nk tegur pon kena ade caranya...
yg pntg jadi dri sendiri~
manusia akan berubah mengikut perubahan zaman...

f_aRa_aINa989 said...

like post... :)

z a z a said...

i like the cartoon :O

Miss Ran said...

nak share
nak copy paste bulat2

bole tak encik solihin

Solihin Zubir said...

@Miss Ran : boleh sangat2.. =)

azwa amani said...

entry ni bagus lah SZ,...amani suka sangat :)

kujid said...

no 13 tu.. TERBAIKK!

eamjay world said...

bor!ng

eamjay world said...

boR1ng

Anonymous said...

BoR1ng

CikAizA said...

pelik tgk org pompuan zaman skrg ni... agaknya kan... masa ALLAH turunkan ayat alquran pasal tutup aurat... ALLAH kata wajib... or suka hati nak tutup or x??? bingung den..

asrul said...

-x tutup aurat konfem masuk neraka?
-pelacur bagi minum anjing bleh masuk syurga apa cita?
-anda tuhan ke bleh rilek je nak menghukum2 orang lain?

Everlasting Eternity said...

Ada dua gula-gula ni, satu takda pembalut dan satu lagi tu masih berbalut. Kita letak dua-dua gula-gula ni atas lantai. Mana kamu nak pilih?Perempuan ni ibarat gula-gula. Manis je. Tapi manis-manis pun, kalau gula-gula tu dah tak ada pembalutnya mesti orang rasa ia dah tercemar.

Jadilah gula-gula yang tak tercemar. Biar orang tertanya-tanya. Apa warna gula-gula disebalik pembalut ni...=)

Renung-renungkanlah...^_^

Hakimi said...

mohon share.

Anonymous said...

abes tu ramai pompun pkai tudung tapi x semayang tu camner plax??

Anonymous said...

abes tu ramai pompun pkai tudung tapi x semayang tu camner plax??

farysa said...

asyik yg tak bertudung,kenapa tak pertikai yg bertudung tp tak menutup aurat sepenuhnnya,cukur kening and so on?

YanaMIB said...

mohon share...nice artikel..pelik ah ada gak yg xsetuju..haishh~

YanaMIB said...

mohon share...nice artikel..pelik ah ada gak yg xsetuju..haishh~

Anonymous said...

sy minta share aeh kt fb..:)

Hiddy Asri said...

asal kita tahu apa yg btol & tidak

Anonymous said...

sy nk share dlm fb bley x??

★ Gadis Merah jamBu★ said...

zaman sekarang pon bnyak gak



yg pakai tudung cam chipsmore
sekejap ade kat kepala sekejap tak de

lagi2 letak pic dlm blog


haishhh =_="


dia main2 kan hukum tuhan

Anonymous said...

bagi aku bertudung ke tak bertudung ke.. has no value in my eyes... itu terpulang la pada mereka.. macam mane nak jawab kat akhirat..

asalkan hati baik ngn aku dah...

ub3y said...

betul beb. ni lah modal diorang sejak 75 tahun lepas

azu_wani said...
This comment has been removed by the author.
azu_wani said...

Assalamualaikum w.b.t.
saya suke singgah blog ni,sgt menarik entry dlm ni..sy tertarik dgn entri kali ni sbb alasan no.3 pnh sy lalui sndri.bile kite menegur kesilapan kwn die jawab sejibik lah mcm tu huhu~ssh bile nk tegur org yg mcm ni,lbh2 lg sy ni bknnye org yg baik sgt pun dolu2..kire jahil jgklah tp syukur Alhamdulillah Allah beri peluang buke pintu hati sy utk bertaubat atas dose2 yg pnh sy lakukan..tp tu lah bile kite nak tegur org dlm keadaan kite cube memperbaiki diri org akan salah anggap n anggap kite mcm bgs,sabar je lah kan..sehinggakan sanggup menggunakan 'aib' kite sbg senjata bile kite menegur kesilapannye..bile yg ditegur x blh terime ape yg kite tgr same2 lah kite doakan mereka ini terbuka pintu hatinye utk terima taufiq dan hidayah dr Allah..insyaAllah..:)

Anonymous said...

Aku suka yg paling atas tu.. jawapan yg kaw2 lumayan.. mohon share.. :)

battrique^sya' said...

kalo dh tau org tu x solat kite tegur la jugak, kite tegur mana yg kita nampak. org solat ni kdg2 die solat sembunyi2, mana nk tau die solat ke x, kalo dh kompom x solat tegur, jgn x tegur. berdosa kite sbg umat islam kalo x tegur org yg berbuat slh, kita pn dikira terlibat sama subahat dgn dia buat dosa, betul x?

nunu said...

lau x salah penah baca tp dalam blog mana nth, gbr komen kt fb antara dua org pompuan.. sorg btudung n sorg x btudung

nunu said...

maaf la, bukan nak ckp apa pon , just pelik... cm sama jek ngn y ni...http://melaluidetik2kehidupan.blogspot.com/2011/12/kenapa-mesti-kena-keluar-kenyataan.html

Solihin Zubir said...

@nunu

nk jwb pasal entry yg dikatakan sama tu..

pihak kakifacebook.com yang ciplak entry asal 13 Alasan Tipikal Wanita Yg Enggan Menutup Aurat ni dan dijadikan dlm bentuk perbualan facebook..

mereka yg ciplak idea entry ni.. sebab tu sama.. harap maklong... =)

nunu said...

@Solihin Zubir

Alhamdulillah, thanks ya. terjawab sudah persoalan.. x salah merungkai yang belum terungkaikan..itu gunanya komunikasikan.. thanks ya SZ. btw, love ur blog..

Tuan Besar said...

Good point (: Yang no.13 tu terbaik :D

Ameerah Tasleem said...

mohon share :)