Pages

Sunday, April 24, 2011

Tolong Sampaikan Pesananku Pada Si Dia

Tolong laa..... Tolongggg...

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...



SZ : Jodoh oh Jodoh.. Di manakah engkau wahai jodoh...?

39 360 juta komen:

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

Tolonglah.....

*adalah jodoh tu, sabar encik :)

aliarosli said...

cinta yang murni dan hakiki adalah kepadaNya

cinta yang bahagia apabila 2 orang bercinta keranaNya

terima kasih sharing

puanbee said...

siapa lah dia tu erk ? :)

K2r~90 said...

i/Allah DIA baca apa y anda cuba sampaikan

nice entry =)

Farra Rosse Earhart said...

tiba tiba lagu Ana Raffali - Tolong Ingatkan aku pun memecah kesunyian. haha =P

Nim Yorza said...

Nak minta tolong la ni... Nak minta masuk ke bloglist... ;-)
http://diari-alaminda.blogspot.com

T ksh...

Yan Saflina said...

ni buat sendiri ke SZ??kalu ye..memang terbaek!..saya suka!..:D

Budak Botak said...

indah kata2 dalam video tue...

Entry terbaru Cara Nak Jadi Blogger Popular Sekelip Mata... (",)

Nyssa Nuar said...

Yer, saye akan tolong.. Hihihi

Solihin Zubir said...

@Yan Saflina : x lah.. salin dri video.. =)

Miss Meen said...

Entry mengusik jantung hati hahha =P
bgs2 nak mintak share lerr hihihi

Solihin Zubir said...

@Miss Meen : sila.. sila.. =)

NURUL NADIAH MAMAT said...

pesanan yang indah... :)

cek chun said...

jodoh ada le tu
cuma dia bersembunyi di balik tirai kamar

aLya maNip said...

nice..pray for the best one for you :)

tak lama lagi smpai la jodohnya..hihi

Mohamadazhan hjDesa said...

nak kenduri nanti habaq2 sama.hehe

LiFe KaMi said...

suatu hari nanti dia akan datang kepada mu..cewah..:)

nur aisya humaira said...

die duk nnyorok tu, sampai mase bertemu laa jua..:)

f_aRa_aINa989 said...

saya nak tolong beritahu awak, yg sy like post ni :P

khairunnisa ♥ said...

*(^-^)*

Woofer Storm said...

tolong bgitau sz,sy jeles entry dia..heheeee

Halimatun Sa'adiah said...

bersabar sehingga menemui jodoh anda...

ibu hidayahamin said...

suspen aku, ingat apa tadi... indah bahasanya... semoga Allah permudahkan Jodoh kamu Solihin... dan menemui gadis yang kamu idamkan... amin...

CIK TOM said...

tolonglah...tolong carikan jodoh utk cik tom....hahahah...

yatie Awang said...

aduhhh....puitis betul ni....InsyaAllah....akan ke temu nanti, jodoh yg diimpikan

diana said...

pandainye reka sendiri eik???
cer tulis lagu pulak..

Solihin Zubir said...

@diana : sy ada tulis kat atas tu.. sy salin dri video.. :D sy ni mana la ada bakat puitis cam akak.. ;-p

zacky ~786~ said...

suka..sgt2 entry nie..
tolong ingat kn die.. :)

Wan Gerrard said...

cool bro..hehe :)

azwa amani said...

semoga mendapat jodoh yg baik...sebab amani tahu solihin zubir adalah lelaki Yang BAIK... :) insyaAllah..doaku buatmu...aminnnnn

nuriz said...

siapakah dia itu...solihin...hehe

Amirah Adnan said...

nice entryyyy!

mira pon kena usaha laju2 nak cari jodoh terbaek neh.. haha :p

sarah-najwan said...

sabar solihin
jodoh kamu sudah ditetapkan
lambat cepat aje..

teruskan berusaha deh..

naulofah said...

meh dengar lagu ni
@http://youtu.be/6IACnB1j8ok

nelly said...

so sweet !
T_T

a.samad jaafar said...

solihin..
ingatkan hasil nukilan sendiri.. saya dah menjadi kagum..hahaha.. tapi, saya yakin solihin juga mampu menghasilkan kata-kata sebaik itu.. alangkah indahnya jika setiap lelaki bersifat begitu..

err.. ada rasa malu apabila membacanya bagi kali kedua..adakah saya antara lelaki yang tidak berwibawa?..huhuhu..

aida said...

untuk adam..
andai mahu mencari hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

Cma Shiema said...

tolong...tolong..
sesama menolong ekh..

*jodoh??huk huk..tggu..

Faeza Suhaimi said...

suka komen AIDA! :D