Pages

Wednesday, April 6, 2011

Selamat Hari Lahir ke-53 Buat Ayahanda Tercinta!


Tanggal 6 April 1958, lahirlah seorang putera yang diberi nama Mohd Zubir Bin Wahab di dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan. Akan tetapi, kini beliau telah membuktikan yang beliau seorang yang berjaya. Walaupun pelbagai dugaan dan rintangan yang maha dahsyat menimpa beliau, beliau masih mampu teguh berdiri setelah beberapa kali dijatuhkan. Ini membuatkan aku amat kagum dengan seorang insan yang bergelar ayah ini.

Dosaku terhadap ayah terlalu banyak sehingga tidak terhitung. Ayah aku memang seorang yang tegas dan hebat. Setiap kejahatan yang cuba disembunyikan olehku, pasti dapat dihidu olehnya. Permainan psikologinya ketika menyoal siasat aku, seringkali membuatkan aku terperangkap. Akibatnya, rotan, pelempang, sepak terajang semua aku pernah rasa dek kerana kejahatan yang aku lakukan. Membuatkan aku kurang rapat dengan ayah. Sedih rasanya kerana aku tidak mampu menjadi seorang 'sahabat' kepada ayah seperti orang lain. Setiap kali aku mengenangkan nasib ayah, menatap gambar beliau, pasti air mata aku bergenang dan menitis.

Ya Allah.. Engkau ampunilah segala dosa ayahku. Kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihaniku sejak aku masih kecil. Engkau sihatkanlah tubuh badannya. Panjangkanlah umurnya agar ia menjadi ibadah kepada-Mu Ya Allah..

Selamat Hari Lahir ke-53 diucapkan buat Ayahandaku yang tercinta, Tuan Haji Mohd Zubir Bin Haji Wahab! Abang Long sayang Ayah.

18 360 juta komen:

astana said...

amin..

Qaseh dalia adelia said...

selamat hari lahir ayah ~ semoga dikurniakan kesihatan dan bahgia dunia akhirat .. kak chik syg ayah hehe

Cma Shiema said...

selamat hari lahir ayahanda sz..semoga sentiasa berada dlm lindungan allah yg esa..

azwa amani said...

selamat hari lahir ayah....ehhh slap..pakcik..huhuhuhu..semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dah bahagia di samping anak-anak yang soleh dan soleheh...buat SZ, bersyukur masih dikurniakan ayah dan ibu untuk menempuh kehidupan, untuk melihat kejayaan demi kejayaan..amani dah takde sape2...bahagiakan mereka seperti mana mereka membahagiakan dirimu.. :)

mie said...

selamat hari lahir pak cik..
ehehee

f_aRa_aINa989 said...

Sedih. sbb sy x rapat dgn ayah sy jugak..=(

papepun selamat hari lahir pak cik zubir.. =)

Muslimah Optimis said...

selamat hari ulangtahun kelahiran ayah ustaz SZ yang ke 53.. semoga dalam lindungan Allah selalu..ameen..

oo SZ abang long ye.. nak panggil abang long gak buleh dak?? sebab MO anak sulung, so xdak abang.. tapi bukan kak long..hihii

~nsar~ said...

selamat hari lahir buat pakcik ya...

afifah said...

selamat hari lahir tuan haji zubir..baca n3 ni rindu dekat abah dekat rumah pula..huhu..abah saya pun tegas juga..almaklumlah pak cik polis..hehe..

toyolkiut said...

ksilapn itu pngajaran.. TK jg bgitu tika ayah masih ada dulu..
slmt ulangtahun jg buat ayahanda solihin..

ciknabil-a said...

selamat hari jadi pakcik. semoga pnjang umo dan di murahkan rezeki.
dan semoga cepat dapat menantu sulung. hik3!

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

Selamat hari jadi ayah.. eheeh
Tak apalah, awak tak rapat dengan ayah awak tapi awak tahu awak sayangkan dia dan dia sayangkan awak :)

FariehanIbrahim [LBC] said...

ayah ialah superhero terbaik buat kita.
semoga hero itu terus sihat & gagah! ^_^

cek chun said...

masih ganteng lagi ayah yer.
happy birthday dad :)

moga2 makin bertambah umur kita,
makin rapatlah ukhwah semula

shahjiehan said...

cam sama la pulak ngan SJ..hahahhaa...

igtkan SJ je camtuh...err


dah ade tweet kat bawah tuh..comey2... nk tutorial die bleh x?

Rossnie said...

selamat hari lahir..hari ni hari lahir my niece..esok hari lahir sy..hehe

diana said...

tak rapat pun tak pe..
yang penting masing2 tahu tanggung jawab...

macam akak ni...ermmm!!!
pasrah je la...

selamat ulang tahun kelahiran...

cekpeanut said...

selamat hari lahir pakcik Zubir :)
smoga panjang umur dan dmurahkan rezeki..

Amin. :)