Pages

Saturday, April 16, 2011

Perut Pemimpin Yang Kita Cari

Suatu ketika, Rasulullah SAW bersama para sahabat selesai melaksanakan solat berjemaah, Umar bin Khattab yang berada di saf depan berasa terganggu fikirannya. Setiap gerakan Rasulullah SAW di depan para sahabat terasa berat dan sukar. Terdengar bunyi seolah sendi Baginda saling bergesel antara satu sama lain. Solat kali ini terasa lebih lama dari biasa.

Selepas solat, Umar RA yang begitu khuatir dengan keadaan Rasulullah mendatangi Baginda. Dengan hati-hati Umar duduk di sisi Baginda yang serta-merta Baginda sambut dengan senyuman. “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah engkau sedang menanggung penderitaan yang sangat berat, sakitkah engkau, Ya Rasul?” tanya Umar. Rasulullah SAW tersenyum sambil menggeleng, “Tidak wahai Umar, Alhamdulilah aku sihat.”

“Mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuhmu, kami mendengar seolah-olah sendi tubuhmu saling bergeselan?”. ”Kami yakin engkau sedang sakit wahai Rasul. ”Meskipun keadaannya agak lemah dan agak pucat, Rasulullah SAW tetap tersenyum.

Kerana jawapan “tidak” atau “aku baik-baik saja” baginda rasakan masih tidak cukup lagi, lalu Rasulullah SAW mengangkat jubahnya hingga ke bahagian perut. Umar dan sahabat terperanjat buat seketika. Kelihatan perut Baginda begitu kempis, perut itu dililit oleh kain yang berisi batu kerikil. Kerikil-kerikil inilah yang menimbulkan bunyi ketika mengimami solat.

“Ya Rasul, ”suara Umar bergetar oleh rasa hiba dan penyesalan,“ Apakah jika engkau mengatakan sedang lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan menyediakan dan menyiapkannya untuk engkau?”

Baginda menutup kembali perutnya dengan jubahnya seraya menatap Umar “Tidak, Ya Umar. Aku tahu, apa pun kalian akan korbankan demi aku, akan tetapi apa yang akan aku dapat katakan di hadapan Allah nanti jika sebagai pemimpin aku menjadi beban bagi umatku?

Baginda mengalihkan pandangan kepada para sahabatnya yang lain seraya berkata, “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah dari Allah untukku agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.”

Subhanallah, siapa pun yang mendengar kalimat Baginda terdiam seketika , ada yang menangis teresak-esak kerana terharu.

Maha suci Allah yang telah mengutus seorang pemimpin yang begitu mulia akhlak dan perkataannya. Alangkah rindunya kita kepada pemimpin sebijaksana Baginda yang tidak mahu membebani umatnya. Kelak pemimpin seperti inilah yang akan dinaungi oleh naungan Allah pada masa tidak ada naungan selain dari-Nya.


SZ : Pilihlah pemimpin yang tidak membebankan rakyat.. Selamat mengundi buat rakyat Sarawak.. Buatlah pilihan yang bijak! Anda mampu mengubahnya...

10 360 juta komen:

Nyssa Nuar said...

tyap kali bace kesah rasulullah msti rse sayu n kagum je dgn baginda...

fariq said...

penah baca sirah ni.. Baginda mmg pemimpin yg sukar dicari ganti.. sanggup berlapar daripada membebani umatnya..

latest -
Sebab Perempuan Berpakaian Ketat

f_aRa_aINa989 said...

haritu br baca citerni..kata mana eh? lupa dah..hee~

ibu hidayahamin said...

ada kah lagi yang macam ni zaman sekarang ni...?

cek chun said...

mulia sungguh sikap Rasulullah.

SyedGraphiX said...

ehh ehhh.. ni mcam template CB buat. kan kan kannn?

Afifah said...

Al-fatihah buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W...

harap pemimpin kita sekarang mencontohi sikap Rasullulah S.A.W..

pRiNCe said...

thnx tau...:)..prince dtg membalas kunjungan..

Qaseh dalia adelia said...

apsal xde wane hijau dah template huh tak syiok..

shahjiehan said...

seee... ramai ske hg wane ijau....lebih sexy!! hahahaha