Pages

Friday, April 1, 2011

Minyak Wangi Boleh Membuatkan Jin Muntah



Minyak wangi boleh membuatkan jin muntah. Bau wangi merupakan santapan roh. Ianya dapat menyegarkan jiwa, memberi kesegaran rohani dan dapat membangkitkan semangat dalaman seseorang. Bau wangi dikatakan dapat membersihkan otak dan jantung serta setiap organ dalaman tubuh manusia.

Bau-bau wangian mempunyai khasiat dan para malaikat amat menyukainya. Manakala syaitan-syaitan amat membencinya, kerana diantara perkara yang disukai syaitan adalah bau yang busuk dan menjijikkan. Minyak wangi yang disapu pada hidung pesakit yang kerasukan ketika rawatan, hasilnya 99% dari mereka akan termuntah. Jin yang mengganggu akan mengeluh minyak wangi itu terlalu busuk untuk mereka hidu. Kerana itulah di antara tanda-tanda mereka yang mengalami masalah gangguan jin, adalah tidak suka pada bau-bau wangian. Roh yang baik akan menyukai bau yang wangi manakala roh yang jahat akan menyukai bau yang busuk. Setiap roh akan cenderung pada bau yang sesuai dengannya.

Ada riwayat mengatakan Nabi Sulaiman a.s adalah orang yang mula-mula mengetahui sifat-sifat penyembuhan pada herba dan bunga-bungaan. Setiap bunga, pokok dan tumbuh-tumbuhan mempunyai bentuk zahir dan juga rohnya (fizikal dan spiritual). Disinilah timbulnya ilmu aromatherapy, iaitu cara merawat penyakit dengan menggunakan bau-bauan. Haruman-haruman tersebut dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti menekan bunga sehingga minyak keluar dari kelopaknya atau dengan menyuling air melalui kelopak bunga dan berbagai-bagai cara lagi. Minyak wangi yang mengandungi alkohol tidak sesuai untuk tujuan rawatan atau membuat ubat. Ini adalah kerana campuran alkohol pada zat bunga itu, akan "membunuh" zat bunga tersebut.

Di dalam alam kesufian, minyak wangi digunakan pada setiap peringkat perkembangan perasaan (tingkatan-tingkatan perasaan). Ianya bertujuan untuk mempengaruhi emosi dan pusat-pusat kerohanian. Contohnya seperti minyak cendana, disyorkan apabila hendak melakukan amalan kerohanian yang serius kerana ianya dapat mendiamkan egoisma badan terutamanya berkenaan dengan tenaga batin. Begitu juga dengan minyak bunga ros, ianya dapat membersih dan mempertingkatkan kekuatan fizikal, mental, emosional dan spiritual.

Untuk tujuan rawatan dan membenteng diri dari gangguan jin, minyak wangi boleh dibacakan dengan surah-surah seperti Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas serta ayatul Qursi, atau boleh dibacakan dengan apa juga ayat-ayat Al-Quran, selawat atau zikir-zikir tertentu. Ianya juga boleh digunakan untuk tujuan pelaris dan pemanis. Cuma ianya memerlukan kaedah-kaedah yang khusus dan niat yang baik dari si pemakai. Ini adalah untuk mengelakkan kehadiran jin pendamping.

Wallahu'alam..


SZ : Memakai wangi-wangian pada Hari Jumaat adalah disunatkan.. Terutama kaum lelaki.. So, pakailah wangi-wangi hari ni eh.. =)

37 360 juta komen:

najwa's said...

yeay! suka bau wangi-wangi..fresh! :D

Izamir Ridzwan said...

info berguna di masa hadapan ni.. maceh

fRaMe+LenSeS said...

wahhh.. nadh suka hat ni.. besh. maceh berkongsi.. ;)

qasehraihan said...

saya memang suka wangi ta SZ..hehe
slamat smayang jumaat..


http://qasehraihan.blogspot.com/2011/04/drama-sebabak-antara-krisdayanto-dan.html

Fairosza said...

bagi jin,wangi tu busuk kot..hehe

cik ciput said...

patotla opis ni bau wangi ja..haha

syzwnsrwk said...

kalau org jenis tak suka mandi, lagi jin tu suka la ek? >.<

nabila faryzza said...

okayy, mcm ni, setiap hari nak pakai minyak wangi la. hee :)

efa said...

SZ kami suka entry ampa yg ni bgus info ni :) tp ada org kta org pmpn tak leh pkai minyak wangi lebih2 erk?huhu thanks for the info :)

Manja (let it be my sweet name) said...

manja suka minyak wangi tapi yang paling mnja suka pakai ada satu ja

f_aRa_aINa989 said...

x suka pakai minyak wangi yg bau kuat..sbb bukan jin muntah..nnt sy muntah...

nelly said...

Ni yang rasa nak pakai sebotol ..hahahaha

=p

nice entry ..baru tahu ..
=)

ibu hidayahamin said...

saya suka wangian...

Nur Misnan said...

hai solihin..
memang benar. jin dan syaitan
memang tidak suka bau wangi

sebab itu kaum perempuan2 semua
bila kita hendak tdur
semburlah atau sapulah wangian
pada rongga2 yang terbuka seperti
lubang hidung, telinga dannn....
ehemm ehemmmm faham2 sendirilah yer. hu3
agar syaitan dan jin
tidak menumpang disitu...

ciknabil-a said...

tapi mmg betul. lau org yg x jaga kebersihan means xda bau wangi. bau busuk jew, org cam tue la yg syaitan suke dekat. huhu

toyolkiut said...

klau kt ofis ni kan, jika yg mlintas dpn TK pakai wangi2..
mesti terus dongak nk tengok..
cerah je mata jadinya..

emm.. wangi..
rasa cm nak mengorat je llaki2 yg wangi tu, spt dlm iklan tv tu..
hehe..

Izan Ishak said...

memang suka kalau en Hubby sentiasa pakai minyak wangi...

❀aRaBeLLa❀ said...

baru tahu..gud info!

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

wah sangat berguna ifo ni, tapikan perempuan tak boleh pakai minyak wangi yang bau dia kuat2kan? erm mcm mana tu ek...

Solihin Zubir said...

@efa : org pompuan xleh pkai wangi2 sgt coz takot menarik perhatian bkn muhrim.. biar scukup rasa dhla.. =)

Solihin Zubir said...

@Nur Misnan : bagusla kalau itu yg jd amalan..
mudah-mudahan terhindar dri makhluk halus.. =)

Solihin Zubir said...

@toyolkiut : amboi TK.. gatai nowh.. heheh..

diana said...

akak ni lambat paham..
bunga ke minyak wangi sebenarnye..??

Nyssa Nuar said...

yeay! jadi jom pakai minyak wangi sebelom tido..hehehe

Solihin Zubir said...

@AMIRA ATIYA MYRA_ZOE : jhnla pkai yg bau kuat.. yg biasa dhla.. yg bleh menenggelamkan bau badan yg busuk.. heheh..

Solihin Zubir said...

@dianaminyak wangi la akak.. minyak wangi diperbuat drp bunga.. maybe akak keliru kt situ.. heheh..

sarah-najwan said...

mmg penting bau wangi ni..
jika kita ni busuk..xdak sapa nk kwn2 eh..

jika ada kwn yg baik..bole tlg bgtau..jika x..kasihan kita..so kita kene tau sdiri lah..

yg penting jaga kebersihan diri..

aida said...

okeh..i like!!! =)

fatt said...

love perfume very much! like this entry :)

cek chun said...

haaa.. tau pun
so, bila nak hadiah kat k chun nih sebotoi??

azwa amani said...

amani suka bau minyak wangi ustaz akhil hayy jual...hehehhee...:)

nulhazwany abdul malik said...

semua orang suka wangi. sapa yang tak suka tu sekutu jin la . ^^

The Crow Empire said...

Bagus pakai minyak wangi. Tp kalau yang merokok mcm sy ni dah tentu pakai sebotol pun tetap bau rokok. koh3..

Sy suka bau lavender. harum menusuk kalbu. Kalau perempuan pakai tentu menggoda. aih~ dah jadi sifat syaitan pulak. menggoda. hehehe..

(^___^)

haneyzatul.amira.amran said...

ni yg kene wangi stiap mase ni :)

haneyzatul.amira.amran said...

ni yg kene wangi stiap mase ni :)

Amirrah Zawani said...

bagus info ni.. berwangi2lah selalu :)

cayrol said...

kalu gitu elok la pakai dalam umah boleh halau jin... betul ke?