Pages

Thursday, April 7, 2011

Maharaja Lawak : Peserta Favourite - Jozan | Nabil | Sepah

Program Maharaja Lawak telah memulakan siaran mulai 1 April lepas dan akan berlangsung pada setiap Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna selama 10 minggu sehingga 3 Jun 2011. Peserta Maharaja Lawak adalah himpunan bekas-bekas finalis Raja Lawak 1 hingga Raja Lawak 5. Ia boleh diibaratkan seperti Liga Juara-Juara Eropah yang hanya menghimpunkan peserta terbaik untuk merebut gelaran Maharaja Lawak sekaligus membawa pulang wang tunai RM300,000.

Seriously aku baru saja tahu pasal ni 3 hari lepas. Aku dah tengok video-video tersebut kat Youtube. Semua peserta yang bertanding hebat-hebat belaka. Yelakan.. Bekas-bekas juara dan finalis, mana tak hebatnya.

Kat bawah ni aku nak senaraikan 3 peserta favourite aku.


Kumpulan Jozan merupakan gandingan antara Johan dan Zizan. Nama Jozan sememangnya popular. Tidak hairanlah jika mereka menjadi peserta feveret untuk menjulang gelaran Maharaja Lawak. Sejak mula bergandingan sebagai pengacara Raja Lawak musim ke-2 hingga ke-5, mereka memang serasi dan ada chemistry. Akan tetapi, persembahan diorang pada minggu pertama agak mengecewakan dan mendapat kritikan teruk daripada pihak juri terutamanya Mamat Khalid. Walaupun begitu, mereka tetap mendapat undian tertinggi peminat, jauh meninggalkan semua peserta lain di bawah. Bagi aku, mungkin diorang terlalu over-confident. Mungkin juga sebab diorang lebih hebat dengan lawak spontan, tetapi hancur jika lawak yang memerlukan preparation. Semoga Jozan lebih mantap pada minggu seterusnya.


Kontroversi yang melanda Nabil sememangnya membuatkan sokongan peminat terhadapnya mula hilang. Namun begitu, Nabil berjaya membuatkan penonton ketawa dengan lawaknya pada minggu pertama sekaligus mengingatkan kembali zaman kegemilangannya semasa beraksi di pentas Raja Lawak 2 yang menobatkannya sebagai juara. Dia bijak membuatkan penonton berimaginasi dengan lawaknya yang kreatif dan fresh. Bagi aku, Nabil hebat jika lawaknya di'prepare' tetapi agak hancur jika beraksi secara spontan bersama pelawak lain. Diharapkan Nabil berjaya mengembalikan kepercayaan peminat dengan idea lawaknya yang fantastik dan melupakan kontoversi yang melanda beliau.


Juara Raja Lawak Musim ke-3 ini bagi aku sentiasa menghiburkan. Tambahan, modal lawak mereka yang sentiasa bermain dengan peribahasa Melayu sering membuatkan penonton ketawa. Sepah bijak dengan lawak sebegitu. Belum lagi dikira lawak double meaning yang agak lucah jika disalah tafsir. Idea lawak yang ditampilkan juga sangat fresh.

So, ketiga-tiga peserta di atas adalah calon feveret aku. Boleh pergi jauh.Wah! Macam wartawan hiburan plak ulasan entry aku kali ni. Haha.. Kumpulan Jambu dan Balas juga antara peserta yang berjaya mencuri tumpuan.

Nak tengok koleksi video Maharaja Lawak, kedudukan undian terkini, dan senarai peserta, klik link di bawah!

23 360 juta komen:

sissyira said...

salam

jujurnya sy tak mengikuti kisah mereka. sebab tak suka ..huhu

Nur Hawa Mohd Zin said...

salam solihin..memang best MahaRajaLawak ni sbb mereka ada..hehe

Cma Shiema said...

cma xdpt tgk maharajalawak ni..
astro..oh astro..

shahjiehan said...

balas pon mantap jugak... jambu!!

hahahhahha...

plg x bes amirrr n jihan... cait.. nama tersama pulakkkkk


jom baca dan komen Telur ayam pon ade tiruan ?

Amna.Qadeeja said...

huhu asl xsmpai akhir tnjuk kat astro prima,xsyokla cmni huuu

SK said...

utk setakat nie,episod pertama,aku sokong tp x undi jambu n balas..
lawak paling best bg episode 1..
pendapat aku jer..
huhuhuhuhu..

Naddia said...

suke jozan sampai bebiler!!

nub said...

aku sokong SZ!!

erk x memasai. ahah

Qaseh dalia adelia said...

umah kite xde astro

azwa amani said...

amani suka sepah, kedua jozan dan ketiga nabil..huhuhukhuk..

qasehraihan said...

saya suka jozan!!!!hehe
hai SZ

Mohamadazhan hjDesa said...

mmg lawak btul puak2 ni.hehe

diana said...

akak tak tengok pun..
kat umah tak de warna..
akak pi tengok kat umah kamu boleh dak??jamu sirap dengan kacang pun tak pe..:p

The Crow Empire said...

Sepah!!! tetap terbaik! heheh.. Dorang bertiga memang ngam sebagai satu kumpulan. Yeah!

Man U sudah kalahkan Chelsea. Cuma kalau dulu Drogba pelakon utama. Skang bertambah sorang. Torres. ceh~

(^___^)

f_aRa_aINa989 said...

3 favourite awak tu sama dgn 3 favourite saya....ahakz..

p/s: teringin nk tgk!

cek chun said...

tak penah nak layan raja lawak. tapi sebab kawan2 beria2 suruh tengok maharaja, k chun tunggu je la depan tv tuh.

cuma gelak masa nabil dan jozan. yang lain-lain memang cannot go.

lepas ni bertukar channel semula ke 701 n 710

Siti Hajar Masri said...

x dpt tgk sbb x de astro warna..pndaikan astro..tp x pe aku tgk kat youtube sudah..:)

Kalamhati said...

Layan je raja lawak ni..
sbb nak ilangkan tensen..hehe

h A n Y S said...

sebelum ni mmg x suka tgk 'raja lawak', tp hari tu TERtengok, and not bad, klaka jugak..
btw, jozan ari tu x brape menyengat..nabil best! even x minat, heh heh~

CIK TOM said...

cik tom suka lawak zizan..tp xpernah pn tgk cerita kt astro sbb rumah xde astro..huhuhu

Chenal said...

Raja Lawak br nie pun bleh tahan bro. Tercabar jugak 3 nama pilihan utama Solihin. Man, R2 dan Balas..susah nk duga lawak diorang nie...pasal masih baru laghi!

cayrol said...

aku vote for jozan, nabil and sepah...

PReDicToR said...

sokong JOZAN!!