Pages

Thursday, April 7, 2011

Kotak Kasih Buat Ayah


Suatu hari ketika seorang Ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung daripada beliau.

"Untuk apa?", tanya si Ayah. "Nak bungkus hadiah", jawab si kecil.

"Jangan dibuang-buang ya", pesan si Ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan memeluk Ayahnya yang sedang bersiap hendak ke pejabat, "Yah, Ayah... ada hadiah untuk Ayah."

Si Ayah yang sedang kelam-kabut bersiap menjawab, "Sudahlah.... nanti-nanti saja."

Tetapi si kecil pantang menyerah, "Ala.. Kejap la Ayah.."

"Hmmm.. Yela.. Mana dia hadiah tu?"

Si anak pun menghulurkan sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan Ayahnya semalam.


"Hadiah apa ni?"

"Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang."

Dan si Ayah pun membuka bungkusan itu.

Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.

"Eh.. kenapa kosong? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu"

Si kecil menjawab, "Tak Ayah, ada isi tu... Tadi kan, Adik masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah."

Si Ayah merasa terharu lalu dia mengangkat anaknya lalu dipeluk dan diciumnya.

"Adik, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini.

Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau rindu ciuman Adik, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong Adik isi lagi ya!"

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi.. Tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?

Walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun dan masih menganggapnya sebuah kotak kosong.

Demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti dan bermakna, kerana anda memberikan erti dan makna kepadanya. Bagi mereka yang tidak memberikan makna dan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong.

Hadiah yang mahal tiada nilainya kalau diberi tanpa rasa kasih. Tapi hadiah yang tidak seberapa mampu mengikat hati seseorang andai diberi dengan rasa sayang.. Tak perlu yang mahal, cukup dengan sepotong doa tulus dari hati kita mampu mengikat hati orang yang kita sayang hingga ke syurga!

[fb haziqah kabeer]


SZ : Dedikasi buat Ayahanda tercinta sempena Hari Lahirnya yang ke-53 semalam. Selamat Hari Lahir Ayah! [klik sini]

17 360 juta komen:

wawa said...

selamat hari lahir pakcik.. may ALLAH BLESS U...==))


sapa2 nak join open futsal...

http://lucky2wawa.blogspot.com/2011/04/pertandingan-futsal-padang-terbuka.html

cek chun said...

pasni kompem guna kotak ni kasi besday kengkawan..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

tersentuh seketika ;)

sarah-najwan said...

selamat hari lahir utk ayah kamu..
semoga murah rezeki
sihat sokmo
bahagia..

Cik Jari said...

i luv my daddy

nuriz said...

alahai sedih pulak baca kisah anak dgn ayah ni huhu!!

wath said...

yep..kite yang tentukan tujuan hidup kita sendiri..

putus cinta tak bermaksud hidup da tak bermakna :D

err..ade kaitan ke? haha

aLya maNip said...

keikhlasan lebih penting drp hadiah mahal2..hehe

tersentuh jap baca nie..:)

f_aRa_aINa989 said...

:'(

ibu hidayahamin said...

selamat hari lahir juga untuk ayahmu... semoga panjang umur dan hidup dirahmati Allah

qasehraihan said...

syahdu kejap baca entry SZ..huhuhu...

selamat hari lahir buat ayah SZ..

kim salam kat ayah..hehe

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/04/gambar-kereta-polis-malaysia-dan-luar.html

Izan Ishak said...

selamat hari lahir jugak buat ayah solihin. moga terus dipanjangkan umur n dimurahkan rezki oleh Allah~

Cma Shiema said...

huhu..speechless..

Sunah Mohammad said...

nice...terima kasih kongsikan yang ni...:)

toyolkiut said...

TK rasa sangat terharu..

Miss Yaty said...

Isk terharunya baca kisah ni..so sweet..selamat hari lahir pakcik zubir..

★ aIsyaH ★ said...

like3x cter nyh...
mcty c0meyl budak ue kn...
hee...:)