Pages

Saturday, April 23, 2011

Kerana Seekor Arnab


Seorang lelaki datang menziarahi seorang lebai dengan membawa seekor arnab. Dia menghadiahkan kepada Pak Lebai arnab itu. Pak Lebai pun melayan tetamunya itu dengan baik dan menjamu makanan dan minuman. Selepas makan, lelaki itu pun beredar pulang. Pak Lebai mengalu-alukan kedatangan orang itu pada masa yang lain pula.

Minggu berikutnya, datanglah lelaki tersebut ke rumah Pak Lebai tanpa membawa apa-apa buah tangan. Pak Lebai sudah terlupa tentang orang itu lalu terpaksalah dia memperkenalkan diri bahawa dia adalah tuan punya arnab yang dihadiahkan minggu lepas. Setelah itu mereka pun berbual panjang sambil makan dan minum.

Minggu berikutnya pula, datanglah empat orang lelaki ke rumah Pak Lebai. Mereka memberitahu bahawa mereka adalah jiran kepada tuan arnab. Mereka datang dengan tangan kosong tanpa membawa apa-apa buah tangan. Setelah itu, Pak Lebai pun melayan tetamu dengan baik.

Minggu berikutnya datang pula lapan orang lagi. Mereka memperkenalkan diri bahawa mereka jiran kepada jiran tuan arnab. Mereka juga datang dengan tangan kosong sahaja. Tahulah Pak Lebai bahawa golongan ini hanya mengambil kesempatan dan perlu diajar. Pak Lebai memasak air panas lalu menjamu mereka dengan air panas sahaja. Apabila mereka mula minum, mereka terasa panas. Pak Lebai pun berkata, " Itulah sup kepada sup arnab wahai jiran kepada jiran tuan arnab. "

Moral cerita : " Buat baik berpada-pada " dan " Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa "

*facebook

SZ : Agak-agak la kalau nak makan free pun.. Heheh.. Tapi kan, kenapa arnab? Bukan ayam atau itik? Hmmm... =_='

26 360 juta komen:

aliarosli said...

sebab arnab comel
hahahhahahha

fadhdeela said...

ari tu g bandungkan ada sate arnab..siap leh pilih arnab mana nak kita sembelih..aduh xsampai hati nak mkn..comey sgt!! :(

Meh sini: Lisa Surihani Bercinta dengan Yusry??

Naqib Mohamad said...

sebab arnab comel! ahhaa

Nyssa Nuar said...

kalo ayam leh gak wat rendang aym..sedap kot...

asybedazzle said...

tak pernah makan arnab, sedap ke? macam pelik pulak. hehehe

Fariq said...

arnab daging dia sedap jugak pe.. tapi org kata la.. tak penah makan lagi.. :p

Latest -
- Blogku Blogmu Juga

anah samsudin said...

comey sangat la arnab..tak sampai hati nak makan..haha :D

f_aRa_aINa989 said...

chiko.....(teringat arnab yg mati)


wuhuhu~


:'(

Jue said...

aiseymeng.. org camni pun ada ka.. tak elok tuuu..

puteri ain said...

arnab mmg cute . hehe

cantekk said...

oo kes nk mkn pree la ni...
;-) tp ape pun kna gak layan ttmu dgn baik,,
dan ttamu jgk kna la jaga adab sbg ttamu..

sarah-najwan said...

sikap sesetgh org kita
suka sgt amik kesempatan terhdp
org yang baik..

jgn buat gtu deh..buat nyaknyo ko oghe tuuuu...

kt kg tu ada arnab aje kot..ayam itik tarak..ehhe

tyka chou said...

mule mule tak paham, da bace sampai habes baru pham..:))
bajet bg arnab pastu nk mkn free jek..ahaha

khairunnisa ♥ said...

>.< arnab..

hukumnya halal makan arnab. maybe orang tu nak try masakan arnab plak. selera orang berubah-ubah :)

macam mana la rasa sup arnab tu ^_^

khairunnisa ♥ said...

>.< arnab..

hukumnya halal makan arnab. maybe orang tu nak try masakan arnab plak. selera orang berubah-ubah :)

macam mana la rasa sup arnab tu ^_^

Syuxer said...

betul moral citer tuh..buat baik jangan terlalu baik nanti kena buli..

ishiko said...

sebab zaman dulu kowt.. mne pemes aym itek nh..

diana said...

ramai orang suka ambik kesempatan..
tengok artis2 tu entah berapa orang yang cakap sedara la..
kawan kepada adik la..
kawan ayah dia la..
sedara mak dia la..
semua tu sebab nak ambik kesempatan la..
mana tau dapat tiket konsert free ke..
tiket wayang free ke..
bergamaba dengan artis lain ke..

nub said...

ceq ada bela arnab kot!!

yatie Awang said...

kalau kita bersikap baik orang ambil kesempatan, kalau tak melayan nanti kata tak hormati tetamu, so apa yang kita boleh lakukan korbankan arnab....haha

zacky ~786~ said...

sebab arnab best.! sodap... :)

pena said...

alahai.. tak sampai hati nak makan arnab walaupun orang lain cakap sedap macam mana pun..

SyedGraphiX said...

arnab tu omey cam aku

QaRr JaliL said...

kes skrg ni..dorang tak bawk buah tangan..2 je ..btul ke solihin?

Rozuan Ismail said...

tak berbaloi sungguh bagi arnab sebab nak makan free.try bagi BMW ke..huhu

shahjiehan said...

dasar kepala arnab! hahahha

xde la...

jom baca dan komen Family Day Pantai Pasir Tengkorak 2011. | ! !shahjiehan [dot] com ! !