Pages

Monday, April 4, 2011

Kentang dan Kebencian

Seorang Guru Sekolah mengadakan "permainan". Guru menyuruh setiap murid membawa 1 beg plastik yang lutsinar dan kentang. Kentang tersebut hendaklah diberi nama berdasarkan nama orang yang dibenci. Jumlah kentang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang-orang yang dibenci.

Pada hari yang ditetapkan, semua murid membawa kentang dalam beg plastik. Ada yang berjumlah dua, tiga, dan ada yang lima biji. Selepas itu, guru mewajibkan setiap murid membawa beg plastik berisi kentang tersebut ke mana saja mereka pergi walau ke toilet sekalipun, selama seminggu.

Hari berganti hari, kentang-kentang pun mula membusuk. Murid-murid mula mengeluh. Apalagi yang membawa lima biji kentang. Selain berat, baunya juga tidak sedap. Setelah genap seminggu, murid-murid tersebut merasa lega kerana penderitaan mereka akan segera berakhir.

Guru: "Bagaimana rasanya membawa kentang selama seminggu?"

Keluarlah keluhan dari murid-murid tersebut. Sememangnya mereka tidak merasa tenang harus membawa kentang-kentang busuk tersebut ke mana saja mereka pergi. Maka, guru pun menjelaskan apa hikmah di sebalik "permainan" yang mereka lakukan.

Guru: "Seperti itulah kebencian yang selalu kita terbawa-bawa apabila kita berdendam dan tidak dapat memaafkan orang lain. Sungguh sangat tidak menyenangkan membawa kentang busuk ke mana sahaja kita pergi. Itu hanya seminggu. Bagaimana jika kita membawa kebencian tersebut seumur hidup?"

Alangkah tidak tenangnya jiwa kita!

[credit]
SZ : Maaf kalau terlambat membalas kunjungan anda semua. Aku update ni pun kelam-kabut. Masa sangat menjelesi aku. Harap memahami. Jangan ada yang benci aku plak ok. Nanti jadi kentang busuk. Heheh..

30 360 juta komen:

y u y u Z u l a i k h a said...

yaiyyy! suka entry ni!

qyqa said...

kentang tu sgt kiut.. (^_^)

kalau nak bagi contoh syg... kena peram jeruk lama-lama lah eh baru sedap =p

tyka chou said...

perumpamaan yang bgs! :)

Cma Shiema said...

huhu..sgt mendalam!

azwa amani said...

x benci aihhh...hehehhehe...biase lah tu sibuk..org berkerjaya

Ibu HidayahAmin said...

tak benci pun...

khairunnisa ♥ said...

like ^_^

teringat cheezy wedges.. ^_^

azrinrahim said...

wow sunggun berguna ceria abg solihin ini.. memang tidak guna jika kita membenci orng lain.. tak kisahlahap yg berlaku yg penting sling maaf kalo ak kebenciaan dalam diri..ikhlaskan diri untuk menerimanya.. hehe cerita yg menarik..

azrinrahim said...

wow sunggun berguna cerita abg solihin ini.. memang tidak guna jika kita membenci orng lain.. tak kisahlahap yg berlaku yg penting sling maaf kalo ak kebenciaan dalam diri..ikhlaskan diri untuk menerimanya.. hehe cerita yg menarik..

f_aRa_aINa989 said...

Post ni macam kena je dgn sy hari ni. Sbb tiba2 rasa bnci dgn seseorg. Tp dh buang jauh2 masuk sungai....So, kini tggallah farah aina tanpa kebencian..hehehe...

toyolkiut said...

moralitinya..
jngn simpan perasaan yg hnya mmbebankan jiwa..

nub said...

ouh lapaq..dapat kentang yg dibakaq pon sodap. haha

cek chun said...

kentang selalu dok buat mashed potato jer

Nyssa Nuar said...

Wow! Menarik... Kalo NN da lame da wat kari..hahaha

Kalamhati said...

wah perkongsian yang sgt bagus..mekasih solihin!

Fariq said...

wow.. begitu mendalamnya permainan yg di suruh oleh cikgu tu.. betul2 menusuk ke dalam sanubari ku..


latest -
Dari Blogger Ke Wordpress

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

nice entry la encik

eszol raar said...

klau ade lg cikgu cmni,ade lg ke murid2 yg lurus bendul cmtu?

kahkahkahkah

Fairosza said...

perghhh giler kentang...huhuhu~

d_LA said...

betul3..jgn ade benci..heee...

aLya maNip said...

menusuk kalbu :)

so, sama2 la maafkan kesalahan org lain, insyaALLAH org pun akan maafkan kita :)

sarah-najwan said...

setiap perkara yg berlaku
kita kene fhm tersurat dan tersirat
ambil iktibar atas setiap kejadian...

qasehraihan said...

manada benci..sayang..
kan adik ipo saya ni..hihik..


http://qasehraihan.blogspot.com/2011/04/tips-bagaimana-lelaki-boleh-gembirakan.html

iniialahaku said...

slain mmbusukkan hati..klau tgk dari sdut positip, klu dah busuk buang jela kntang tu...so benci tu kenala buang..barula wangi je...

haneyzatul.amira.amran said...

bagusnye!
xpernah terfikir..
hermm..slame ni, btape rosakknye lah hati kn bile benci2 org ni~

Siti Hajar Masri said...

aku suka entry ni..lps baca entry kau ni aku dah x benci ngan kau..tiba2**

h A n Y S said...

SANGAT bermakna isi entri ni!
and SANGAT suka!
=)

The Crow Empire said...

Nasib baik kentang. kalau bawak telur. Pergh.. mau jadi tembelang. heheh..

Yang penting, jangan membenci. kerana benci adalah laluan syaitan untuk mendekati diri.


(^___^)

ciknabil-a said...

wah menarik entry nie. hehe..

nabilah pn baru smpat nak bw sini. huhu.. :(

Faeza Suhaimi said...

bermakna :)