Pages

Thursday, April 28, 2011

Hukum Minum Air Kencing Unta

Kencing unta sekitar 250ml dijual dengan harga 100 riyal atau sekitar RM82

Salam A'laik.. Dua hari lepas, aku ada published post bertajuk Air Kencing Unta Boleh Rawat Kanser dan Mencegah Radiasi Nuklear. Jadi, timbul persoalan dan keraguan beberapa orang pembaca yang tertanya-tanya adakah air kencing unta halal diminum? Bolehkah najis dijadikan ubat? Kak Diana ada request supaya aku buat entry susulan mengenai kemusykilan tersebut.

Atas rasa tanggungjawab, aku pun buat research, tanya ustaz-ustaz terdekat dan pada yang pakar dalam soal jawab agama bagi memastikan maklumat yang bakal disampaikan ini adalah sahih.


Hukum Minum Air Kencing Unta

Rasulullah SAW sebagai Nabi akhir zaman telah menunjukkan beberapa teladan yang berguna kepada umatnya termasuklah dalam bidang perubatan. Nabi SAW sendiri pernah menyarankan supaya meminum air kencing unta sebagai penawar kepada penyakit yang mereka alami. Hal ini tercatit dalam Hadis Sahih Bukhari yang berbunyi :
Maksudnya : Bahawa serombongan suku Ukal seramai lapan orang datang menemui Rasulullah SAW, lalu mereka berikrar kepada Nabi untuk masuk Islam. Kemudian, cuaca Kota Madinah merimaskan mereka dan mengakibatkan tubuh mereka sakit-sakit. Lalu mereka mengadukan hal itu kepada Rasulullah SAW. Baginda bersabda kepada mereka : "Barangkali elok kamu pergi bersama tukang gembala kami kepada untanya kemudian kamu dapatkan air kencing dan susunya." Mereka menjawab "Baiklah". Mereka pun pergi dan meminum susu dan kencing unta itu, setelah itu mereka pun sihat. Tetapi kemudian mereka membunuh tukang gembala Rasulullah SAW dan merampas unta-untanya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam hadis di atas, Nabi SAW mengarahkan supaya air kencing unta diminum sebagai rawatan kepada penyakit suku kaum tersebut. Jelasnya air kencing adalah najis namun dibenarkan oleh Nabi SAW untuk diminum sebagai penawar penyakit.

Ulama khilaf berkenaan dengan hukum kesucian air kencing unta. Bagi Mazhab Syafie, air kencing binatang yang halal dimakan tetap najis, akan tetapi mereka mengharuskannya bagi tujuan perubatan. Berkata al-‘Izz bin Abdussalam ra. “Harus berubat dengan najis apabila tidak ada ubat yang suci yang boleh menggantikannya, kerana maslahat kesihatan dan kesejahteraan itu lebih sempurna berbanding dengan maslahat menjauhi najis. Dan tidak harus berubat dengan arak mengikut pendapat yang lebih benar.” Walaubagaimana pun, Jumhur fuqaha’ pula mengatakan bahawa air kencing binatang yang halal dimakan adalah suci, termasuk unta.

Selain daripada kisah minum air kencing unta dan susunya dijadikan sebagai ubat semasa hayat Nabi SAW, terdapat juga penggunaan elemen yang haram tapi bukan najis dalam perubatan Nabi SAW. Sebagai contohnya, Nabi membenarkan Abdul Rahman Auf dan Zubair Al-awwam memakai sutera kerana sakit yang dialami oleh kedua-duanya, dan ini dikiaskan dengan penggunaan najis dalam keadaan darurat. Juga Nabi SAW membenarkan Arfajah bin Asad memakai hidung yang diperbuat dari emas kerana darurat.

Mungkin kebanyakan orang merasa jijik bila mendengar air kecing. Rasanya ramai yang tak sanggup nak minumnya secara direct. Tapi, aku rasa tak jadi masalah jika air kencing unta tersebut diproses menjadi kapsul atau syampu seperti dalam artikel ini. [KLIK SINI]

Wallahua'lam...


Jika ingin tahu dan membaca ulasan lanjut yang lebih panjang lebar mengenai hukum penggunaan najis dalam perubatan, boleh klik link kat bawah ni :

SZ : Jika ada pendapat serta hujah lain, sila kemukakan.. Sama-samalah kita berkongsi dan menambah ilmu.. Syukran.. =)

33 360 juta komen:

ibu hidayahamin said...

mmmm... kalau macam tu tidak salah lah kan kita berubat....

Firdaus Kasim said...

x sangka air kencing pun boleh diminum.. subhanallah..

Entri terbaru:
Apa Itu SPAM?

mcm ni lah said...

kencing sendiri pun tak sanggup nak tengok lagi plak nk minum kencing unta,. euwwwwwwwwwww

puteri ain said...

good info :)

f_aRa_aINa989 said...

oh, kira bolehlah...

good2.. :)

rara pinkmafia said...

so halal lah kan.hmmm thnks for info...

SyedGraphiX said...

wahhh! thx sharing! baru ku tahu kini. adoi

Qaseh dalia adelia said...

A.AH LAH WPUN BOLEH MINUM TAPI RASA JIJIK

cik heroin said...

wahhhhhhhhhhhhhh.baru tahu! tp cm tak lalu jee. hiksss. bagilah nama tea unta ok gk. ni air kncing unta, tak laluuuuuuuuu~ -.-

diana said...

jelas sudah!!
mekasih..:)

shahjiehan said...

nice.. aku pon baru taw...

jom baca dan komen 5 Perabot Kreatif.

najihah sahami said...

ooo....kesimpulannya, boleh minum untuk tujuan perubatab la ek. tp agak2, sanggup ke minum ek??err..

MR. MIND said...

luasnya ilmu perubatan....

khairunnisa ♥ said...

terima kasih ;)

Hafriz Mohamad said...

erk? kncing unta...
ayoyo...huhu~

gulppp!! hihi

nelly said...

wah , info bagus !

The Crow Empire said...

Pernah dengar jugak, najis unta ni ada di jadikan ubat dan pewangi. Dengar najis memang geli la. Tapi kalau ada khasiatnya, manusia mmg tak boleh nafikan. Dari air kencing haiwan hingga ubatan mengikut sains hanya Allah yang meredhakan penyakit itu sembuh.

MasZuber said...

ok, tenkiu for sharing,

air kencing manusia pun ade mujarabnye utk buang bisa sengatan/gigitan.

Amirah Adnan said...

mira kena buat proposal untuk research..

rase cam nak amek tajuk ni je..

boleh?hehe

a.samad jaafar said...

aku suka n3 ni.. t kasih berkongsi maklumat.. kene bela unta lah aku nampaknya.. bisnes wooo hahaha..

pena said...

oh.. baru tahu air kencing unta ni boleh diminum.. siap dibuat ubat lagi..

Fariq said...

@diana
eceh.. taknak try ke kak.. bagus utk melicinkan kulit muka..

zacky ~786~ said...

woww. .~ biar betol .. emm baru den tahu

zarra nazura said...

owh tak sangka lak air kencing unta leh jd ubat..huuu..tp kalo buat tablet ke..ok g kot...

Woofer Storm said...

betul..ni tidak disangkal lagi bro,dulu ada gak bljar..bnda sebegini diharuskan memakai jika tujuan untuk perubatan ataupun musim darurat..sebagai bntang haram boleh dimakan bila darurat,dari mati katak mcm tu je..dan yang pasti, dalam perubatan banyak ubat yang dicampur dgn kandungan babi,sbgai cth gelatin (bahgian luar kapsul)..tapi jika bantai je, sebab selagi ada alternatif lain,lebih baik guna kan yang lebih baik..tak mcm tu??kerana gelatin ada yang dibuat dari benda haram dan ada yang dibuat dari tumbuh2an..Wallualam..

*ilmu yang baik bagus untuk dikongsi..maafkan jika tersalah^^

MamaEma said...

datang bertandang dari blog kak diana...

nak cari ada kesamaan tak dengan Di MARIA kat entrynya...

aida said...

wahhh info bez..baru tau..huhu
tringat lak cita dlu sal kopi luwak,kopi tahi musang..hoho

azrinrahim said...

kirenya susu unta pon bergunalah ea dlm perubtn. nice netry dan penuh ngn info.. btw, kalau mcm tu, grenty epas nie ramai orng yang akan try untuk sptkan susu dan air kwencing untuk dijadikan ubat..

midOri's said...

nak minummm vanila float jek..u belanjek boleh??kuikuikui

Amirrah Zawani said...

oh.. baru tau benda ni.. bagus info ni :)

Ahmad Kamil said...

salam..bro solihin,apeb nk tnye sket...hadis tu sape perawinya?takot gak sbb hadis ade yg hadis sohih , ade hadis daif(lemah)..kalau hadis tu hadis daif,baik jgn ikut..

Madre Amor said...

menarik sekali info ini. terima kasih

Anonymous said...

Great site. A lot of useful information here. I’m sending it to some friends!