Pages

Sunday, April 17, 2011

Entry SEO = Saya Ekot Orang?

Ramai pembaca akan berasa sangat menyampah dan bosan jika semua blogger asyik update benda yang sama dalam sehari. Sorang buat, semua nak ikut dan tiru. Maka jadilah Saya Ekot Orang. SEO la tu.. Heheh.. Contohnya, ketika bahang Anugerah Juara Lagu dan ABP, kes panas video skandal seks, dan yang terbaru berkenaan Pilihanraya Sarawak. Semua berlumba-lumba update isu yang sama.

Entry berkonsepkan SEO sememangnya sering digunapakai oleh blogger yang gila traffic. Bagi blogger yang bijak bermain keyword SEO, jumlah users mampu cecah ratusan orang. Traffic takyah cakapla.. Kompom pecah panggung. Itulah kelebihan entry SEO. Tak payah susah-susah blogwalking dan ping entry pun traffic akan mencanak.

Blogger yang anti SEO pulak, tak habis-habis nak mengecam dan melahirkan rasa menyampah terhadap Blogger SEO. Tahukah anda? Tak semua yang create entry SEO adalah blogger yang gila traffic semata-semata. Kenapa? Macam blog aku, semua aku sumbat. Personal, Keagamaan, Sukan, Info, Isu Semasa, Politik, Hiburan, semua aku update jika bersesuaian dengan kehendak aku. Pendek kata, blog aku All in One. SEO ke, tak SEO ke.

Aku pun ada jugak buat entry SEO. Tapi tak selalu sangat. Aku hanya buat jika aku rasakan isu itu sesuai untuk dijadikan simpanan dalam blog aku. Kalau aku buat entry SEO, takdenye aku nak promote sangat entry tu. Sebab aku hanya ingin jadikannya sebagai koleksi. Boleh beza tengok berapa jumlah komen pembaca pada entry SEO dan entry biasa yang aku dapat. Jurangnya sangat tinggi.

Aku suka share info-info dan ilmu bermanfaat untuk tatapan semua blogger. Kadang-kadang aku update berkenaan isu semasa, contohnya Tsunami dan Krisis Mesir. Tujuaannya, bagi memudahkan aku membuat rujukan pada suatu masa nanti. Anak cucu aku pun boleh godek-godek blog aku jika diorang ingin tahu apa isu semasa dan isu panas yang berlaku ketika zaman kita sekarang ni. Senang! Blog aku boleh jadi sumber rujukan. Tak payah susah-susah nak meng'google'.

Aku akui, entry SEO kadang-kadang agak membosankan, tapi ada juga pro dan kontranya. Semua tu terpulang pada hak dan cara masing-masing. Citarasa manusia tak sama. Nak puaskan hati semua orang, memang mustahil. So, tak payahla nak mengecam sesama blogger. Melainkan blog tu memainkan isu sensitif seperti menghina agama dan blog lucah!

Memang blog kita hak kita. Dan blog kita untuk tatapan pembaca. Pembaca memang layak mengkritik. Tetapi, jangan sampai menyakitkan hati. Bayangkan jika blog ibarat rumah, tuan blog sebagai tuan rumah dan pembaca adalah tetamu. Tak semua yang dihidangkan tuan rumah akan digemari tetamu. Contohnya, kalau tuan rumah hidang 3 jenis kuih, ada salah satu kuih yang kita tak suka. Takkan kita nak cakap depan dia kuih tu tak sedap, perli atau marah tuan rumah tu? Tak payah la makan kuih tu. Makan kuih lain yang ada. Mungkin kawan kita suka kuih yang kita tak suka tu. Faham maksud tersirat aku? Lu pikirlah sindri!

**Maksud sebenar SEO : Search Engine Optimization

SZ : Peliharalah ukhuwah yang terjalin antara kita. Ukhuwah itu indah.. Senyummm.. =)

34 360 juta komen:

Hishyamuddin said...

yeah, seo ni ikut perlu jgk!!!
ak xpnh men seo..heheehe

Dawa said...

pepatah Suka Ekot Orang tu mmg menarik a bro. kreatif dan sinis. hehe. mmg agak menyampah gk la klu smo entry kt google reader tu menda yg sama je. skg ni pasal pilihanraya. sblom tu usop wilcha. huhu

f_aRa_aINa989 said...

Solihin....nak tanya...kalau update pasal MU kalah...SEO x??

;p

Miss Ran said...

skong hehe

sumbat je mane de

syAfA said...

hoho..kiranya SEO yang blogger lain selalu sebot suke ekot orang la ea?
huhuhu.

mmg tercari2 ape SEO tuh sbnrnya.@-@

azrinrahim said...

masing-masin mempnyai hak mereka untuk mereka untuk menulis.. tidak semestinya jalan cerita yang kita bwakan sama dengan blogger yang lain.. blog adlh untuk berkongsi maklumat..hehe saya suka statement kamu..

sarah-najwan said...

seingat akak lah..akak xpenah main n3 seo..ehhee..kot2 ada secara xsedar xtau la noooo...

balik2 citer mek sarah..ehhehe..jgn kamu boring baca citer akak sudahlah solihin deh..hehee

Nur Hawa Mohd Zin said...

salam solihin

ada benar juga kata kamu..heheh..kita buat blog utk kita dan pkr kan jugak pembaca..suka statement dalam kotak akhir entri tu pasal kuih...hehehhe

IMANSHAH said...

salam

Saya suka entri ni..semalam pun saya update pasal pilihan raya sarawak. Ramai yang berkunjung.. Tapi bukan sebab gile traffic, sebab saya memang minat politik..rasanya tak salah. Kalau tak mahu baca, jangan klik..tapi masalahnya dia klik juga, then kutuk2 plak..adoi

Si Ka Lang said...

ya, setuju dgn bro. sumbat la apa pun janji bermanfaat pd org lain. bak kata bro, blog kita, hak kita. tq 4 sharing :)

Miza Yusof said...

banyaknya maksud tersurat dan tersirat disini. miza kutip sikit. hehe :)

"Nak puaskan hati semua orang, memang mustahil"

setuju dengan ayat ni :)

khairunnisa ♥ said...

Salam.

ohh baru tau maksud SEO ^_^

do it in your own way Solihin ^_^ takpe SEO, asalkan dapat info. caiyo caiyo :)

Nur Misnan said...

senyum itu penawar segalanya...

Qaseh dalia adelia said...

kalau sesekali tu ok..tapi kalau hari2 n setiap saat minit detik haaa tu menyampah gak ..hurmm bored..

shahjiehan said...

aiyooo ...gaya cam marah ja yg dlm kOtak tuh... heeee :D


anyway aku pon tak taw seo tu apa...IR suh aku blajar dari pendekar berkuda...

huh...camno nih....

ponin2...


jom baca dan komen Kenderaan kayu api. | ! !shahjiehan [dot] com ! !

soffea said...

betul. kadang2 kite ni buat entry sbg peringatan utk diri sndiri. kenang2an nak baca di kemudian hari :)

Nyssa Nuar said...

wuwuwuw..phm2...hihihi...=)

nuriz said...

berwajah baru SZ..takdak ijau2 dah hehehe

Entri Seo ada yang suka dan ada yang tak suka, bagi yang tak suka tu tak payah le baca sebab ada lagi pembaca yang nak cari info contohnya psl pilihanraya. Macam kita beli papaer la, ada org suka politik ada tak suka.

tak semua blogger yg buat tu utk seo. ada jugak yg nak share info.

Mcm kata kak jie (kujie) entri seo memanjang buat blog nampak kaku so, pelbagaikan le.

ibu hidayahamin said...

suka.... betul....

toyolkiut said...

TK x kisah apa isu pun..
klau dh suka kt blog tu, ada masa msti nk jenguk je..
tp TK suka jika blogger mnulis dngn gaya dan cara sendiri, bukan kopi pes je bulat2.. benda yg sama tp d olah cara baik, hasilnya lbh mnarik..

aLya maNip said...

manusia mana penah puas la...kalau dalam satu ketas A4 putih ade setitik tumpahan dakwat hitam, mesti yg hitam gak jadi pandangan utama..hehehe

cek chun said...

terpulang pada taste masing-masing kan. tapi yang paling k chun pantang kalau tulis - blog aku, ikut suka aku la - watdeheck.. tu namanya proud gila.

Cik Jari said...

pahammmm cikgu...

hehe,mekasih cikgu

Izamir Ridzwan said...

suka ayat saya ekot orang.. hahah terbaek entri ni

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

kalau nak test power leh try..keh3

qasehraihan said...

waaaa...best entry nih..
hai SZ..
lama xonline..upenye dia dh tukar dinding umah..canteekkkk!!!bagus2


http://qasehraihan.blogspot.com/2011/04/mengapa-wanita-menangis.html

FariehanIbrahim [LBC] said...

nice one! ^_^v

LiFe KaMi said...

betul tu, dulu kami pun kejar SEO ni skang da jadi busy giler tak ikut terus,just update ape yg perlu je,yg penting kita happy berblogging..

err ada kuih karipap tak..hehe

azwa amani said...

amani nak kuih ketayap ade tak kat sini...hukhukhuk...entry best,..tetapkan pendirian..

nelly said...

selalu juga jumpa entri yang sama je .tapi , komen je la ~
memandangkan dashboard dan google reader dah rosak , kosong ! ! !
so ?
tak dapat tengok ~
huhu

puteri ain said...

betul3.:)
nice entry bro :)

Mohamadazhan hjDesa said...

aku tulis iukt sukat hati perut aku ja.hehe.mana terlintas itu yang tertulis

Amirrah Zawani said...

tak reti sgt SEO ni.. tp alhamdulillah traffic dari google mmg ada tiap2 hari :)

naulofah said...

heheh..dah tukar template blog..ehmm nice..

hehe..SEO..cam CEO..huhu =P

http://naulofah.blogspot.com/2011/04/chapter-2-en-fix-it-dan-home.html