Pages

Wednesday, April 13, 2011

Daya Tarikan Wanita Memang Hebat dan Sangat Bahaya

Daya tarikan seorang wanita sememangnya sangat kuat dan hebat. Suara serta pujuk rayu manjanya mampu membuatkan hati sang jejaka cair dan mudah terpaut. Haruman serta wangian yang dipakainya bisa melemahkan iman. Apatah lagi jika seseorang wanita berpakaian seksi, pasti si mata keranjang terpaku meratah serta menelanjangi lenggang-lenggok tubuhnya yang menawan.


Kehebatan daya tarikan wanita tidak dapat disangkal lagi. Bukan sahaja di dunia, malah di akhirat pun tarikannya sangat hebat. Mereka mampu menarik kaum lelaki ke neraka bersama-sama mereka tanpa disedari.

4 Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Oleh Wanita ke Neraka

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anak perempuannya.

2. Suaminya

Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, maka tanggungjawab menjaga maruah wanita tersebut jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adik perempuannya itu di akhirat kelak.

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu berkenaan kelakuannya yang haram di sisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya. Maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Lihatlah betapa hebatnya daya tarikan wanita. Maka kaum Adam yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenarnya dalam membimbing kaum Hawa. Kepada kaum wanita. Kasihanilah ayah anda, suami anda, abang-abang serta anak-anak lelaki anda. Kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri. Jalankanlah perintah ALLAH SWT dengan bersungguh-sungguh dan seikhlasnya sebagai seorang Muslim.

SZ : Entry ini adalah sumbangan dan permintaan Kak Diana supaya disiarkan ke dalam blog aku. Untuk manfaat kita semua. =)

26 360 juta komen:

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

Nice info-lah..
Daya penarik perempuan bahaya, boleh tarik ke neraka juga ya.....

Hafriz Mohamad said...

Salam..

Aku suka blog ni!!!
Dah la tnang dlm khijauan, bnyak plak entri yg brbentuk tazkirah. santai jer... ^_^

yup.. pd wanita ada daya pnarik. sbb tu had aurat mrk dlebihkn dr lelaki.. nice entry!

Faeza Suhaimi said...

jazakAllah :)
semoga semua mendapat manfaat dari post ni.

soffea said...

nice entry n ya, it is useful :)

shahjiehan said...

erk... besarnya tanggung jawab seorg lelaki

jom baca dan komen Arab Saudi mahu bina bangunan tertinggi 1.6 km

nelly said...

perempuan banyak kelebihan encik solihin zubir .
=p

puteri ain said...

nice entry..bagus untuk kaum hawa :)

diana said...

masing2 kena tahu tanggungjawab..
yang peliknye ada perempuan yang boleh kata "sukahati aku la.."
bila ada lelaki yang menegur depa ni bab2 aurat..

Solihin Zubir said...

@nelly : so, manfaatkanlah kelebihan yg diberikan sebaiknya.. =)

Solihin Zubir said...

@diana : yg jenis tu xtau nk ckp apa dh...

syzwnsrwk said...

daya penarik yang diidam-idamkan tu pun boleh jadi bahaya -.-"

Miss Meen said...

Bersyukur dilahirkan sebagai wanita..
^_^ m0ga2 kita menjadi wanita yang membantu ayah abaang adik dan suami

^_~ t0ink !!

ciknabil-a said...

ouh.. patutla pernah terbaca sai entry nie. hee...

f_aRa_aINa989 said...

sy baru baca aritu..Semoga ayah, adik lelaki sy x tergolong dikalangan itu...

Jejaka Terhangat said...

entri yg baik..dan perkataan "tarik" tu term yg sesuai..sbb dlu aku sendiri pon pernah tersilap yg 4 golongan ni yg "menanggung" dosa yg lainnya. padahal, dosa adalah tanggungan masing2..

cuma, sekiranya kita lalai dlm menegur perbuatan dia yg terpesong dari landasan, barulah dia akan "tarik" kita dlm perjalanan kita menuju syurga..

ibu hidayahamin said...

makanya... harus berhati-hati... disebalik lemahnya kaum wanita, tersembunyi satu kekuatan yang tidak dapat ditandingi oleh kaum Adam... sebab itu Kaum Adam diwajibkan menjadi pemimpin kaum ini, perumpamaan seperti dalam solat... lelaki jadi imam kepada kaum wanita...

qyqa said...

selalu fikir untungnya jadi laki nampak macam tak banyak kerja..

tapi bila fikir2 balik, lelaki banyak sgt tanggungjawab..

dan perempuan kena tolong laki ringankan tanggungjawab tu..

GreenAppleKu.com said...

Aku wanita...lalala...

wath said...

bukan sng jd lelaki..berat tggjwbnye..kn.

sarah-najwan said...

tenkiu solihin..info menarik..

aida said...

btul tu.. =)
tp try baca ni lak

http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/966-secebis-ingatan-buat-adam.html

Cma Shiema said...

huhu..selamatkan lelaki ..~

Qaseh dalia adelia said...

betul ..! wanita boleh tarik org laki masuk ke neraka ..n wanita jugak boleh menyelamatkan lelaki..so lelaki kuatkan lah imanmu .. jaga lah keluarga mu huhu

Cik Jari said...

masing2 kene selamatkan antara satu sama lain..masing2 kene menjaga

pena said...

info yang berguna.. terima kasih..

boleh dijadikan peringatan buat kaum hawa bila terdetik nak lakukan kemungkaran.. jangan tarik sekali orang yang kita sayang dengan dosa kita..

azwa amani said...

amani g kursus khwin arituuuu.. ustz ckp wanita ni cntik bila dlm 3 keadaan..pertma bertudung,,,kedua waktu mlm n ke3 masa pregnnt,,,..hhuhuuhuu..