Pages

Saturday, April 9, 2011

Biar Hujan Di Dalam Hati.. Pasti Ada Pelangi Yang Menanti..

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawapannya senang sahaja...

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya, Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicauan burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

[fb haziqah kabeer]
Biar hujan di dalam hati... Pasti ada pelangi yang menanti...

SZ : Hujan di dalam hatiku masih lebat.. Entah bila 'Sang Pelangi' akan muncul..

34 360 juta komen:

Izamir Ridzwan said...

sangat tenang bila membaca entri SZ.. IR suka bila ada pelangi..

shahjiehan said...

pelangi dtg kejap je..huhu..nk pelangi lama2...hehehhe

jom baca dan komen 10 Fakta menarik. (Part 3)

Fairosza said...

hujan reda pon cukup la kalau tak dapat pelangi...=)

shahjiehan said...

jom baca dan komen Concept Phone Blackberry Empathy. | ! !shahjiehan [dot] com ! !

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

Macam saya selalu kata pada awak, pelangi akan muncul juga sama ada cepat atau lambat. no worries :D

cek chun said...

sabaq byk2
istifar selalu
harap hati tenang

Miss Ran said...

erm ske ayat bwh skali..

pelangi indah berseri

walaupun sebentar cuma..kesan lama sehingga mati

Amna.Qadeeja said...

there's always rainbow after the rain.. be strong ! :)

shahjiehan said...

dalam hati ade taman!! hahaa.. aku no 1!!! yehahahahha...penembak tepat!

Cik Jari said...

:)

moga muncul la pelangi dihati wak nnti..sabarlah menanti

khairunnisa ♥ said...

kat sini hujan lebat. suhu 35 darjah Fahrenheit ^_^

ada tak pelangi tengah malam macam ni :)

p/s : pelangi akan muncul nanti :) insyallah.

Nulia said...

wah , entri kamu sangat memahami ...sya buat entri pasal saya eksiden ...dan bila bc entri ni .... wah , gembiranya .... dan sangat bermotivasi ...hihi

really222 good job!!!!!!!

f_aRa_aINa989 said...

Mengikut konsep sains, kalau nak nampak pelangi, biasa lepas hujan pas2 kalau ada matahari bling2 mesti nampak pelangi lawa gilerrrr.

Jadi, mungkin pelangi awak x kluar sbb awak cr dia masa tengah malam2, time x dak matahari.. Kata pokok sena slalu hujan, mst ada punyalah pelangi kalau awak cr betoi2...


;p

syAfA said...

semoga berjaya menemui "pelangi" itu..=)

Saffrina Ropiee said...

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Al-Imran ayat 139)

Baca ni: http://anirffas.blogspot.com/2011/01/buat-yang-ditimpa-dugaan-ini-mungkin.html

Setiap yang Allah takdirkan untuk kita ada hikmahnya.

qasehraihan said...

salu dtg baca entry utk tenangkan jiwa di sini..hehe

moring Sz

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/04/keseronokan.html

Sunah Mohammad said...

:)

Kalamhati said...

pelangi itu akan muncul..pasti..=)

cloud9 said...

betulbetulbetul :)

Mat Ganu said...

nice bro...teruskan...insyaALLAH

KELI OH KELI said...

sangat benar kata2 mu solihin...saya sangat bersetuju...segalanya pasti ada hikmah!

toyolkiut said...

terima kasih..
rasa bermotivasi sikit..

knapa pelangi hanya 7 kaler??

naulofah said...

bila allah tak jadikan hujan dan mentari panas berpanjangan...manusia tanya pada tuhan..kenapa panas sangat ni ya allah..bila hujan turun datang memberi rahmat..lagi sekali manusia bertanya pada tuhan..kenapa asyik hujan ja ya allah..

bukan aku sudah katakan pada kamu..selepas kesusahan itu pasti ada kesenangan untuk kamu..

surah al-insyirah..

heheh..the rainbow will come but need ur patience..pelangi saya dah muncul setelah sekian lama hujan dan panas tanpa henti...heheh

Qaseh dalia adelia said...

semua tu mengajar kita erti kehidupan ... kalau gembira je mana masa kita untuk bersedih tentang diri sendiri,tentang alam tentang dunia sana .. kalau asek bersedih je pun tak boleh .. nanti org2 di sekeliling turut bersedih hehe.. hidup ni kan ibarat roda ..sekejap di atas sekejap di bawah .. time di atas jgn pernah lupa kita akan berada di bawah

idanirha said...

semoga pelangi INDAH akan menjelma :)

sarah-najwan said...

kat sini tgh hujan jgk
kdg2 panas muncul
satgi pelangi akn tiba..

cik ciput said...

SZ, yang ditunggu pasti akan tiba. Allah tahu yang sebaiknya untuk semua hamba-Nya. Ada hikmahnya. Semoga hujan yang sedang turun di dalam hati, ditukar ganti dengan sang pelangi.. =)

Mohamadazhan hjDesa said...

hujan penyejuk hati.hehe.betul ka? hujan lama2 kasi bah.hehe. pelangi tu hiasan mata sedap memandang? orang buta tak dapat menikmatinya..syukur dgn kehidupan yang sempurna melebihi sebahagian insan yang terus merana.

ibu hidayahamin said...

benar... maka fahamilah maksud yang tersirat disebalik setiap kejadian...

The Crow Empire said...

Macam saya selalu kata pada awak, pelangi akan muncul juga sama ada cepat atau lambat. no worries :D
by AMIRA ATIYA MYRA_ZOE

Wah2.. ade can ni bro. koh3.. Jangan kata pelangi, taik bintang pun boleh muncul. keh3..

(^____^)

Amirrah Zawani said...

setelah hujan lebat, pastinya sang pelangi akan muncul.. sabar lah wahai solihin zubir.. :)

Nyssa Nuar said...

Here i come.... Pelangi datang.. =) Eh, NN matahri la... Silap.. =) Cm ne la bley miss entri tan sri yg nih... aigo..

Wan Gerrard said...

btol setiap usaha pasti ada kejayaannya..:P

bro, tukar link blog wan Gerarrd, dah tukar ke http://www.wangerrard.com thanks

Anonymous said...

tq so much...sy happened to view this link, a good motivation