Pages

Tuesday, April 26, 2011

Air Kencing Unta Boleh Rawat Kanser dan Mencegah Radiasi Nuklear?

Jeddah : Ketua Jabatan Implan Tisu di Pusat Penyelidikan Raja Fahd berkata, dia dihubungi Kedutaan Jepun di Malaysia yang ingin mengetahui mengenai kegunaan air kencing unta untuk merawat kanser dan mencegah radiasi nuklear.

Dr Fatin Khoursheed (gambar) yang juga penyelia Kerusi Al-Zamil untuk Kanser memberitahu akhbar berbahasa Arab Al-Hayat, panggilan telefon itu diterimanya ketika krisis nuklear di Jepun semakin bertambah buruk.

“Ia dibuat selepas letupan di loji Fukushima 1,” katanya.

“Pihak berkuasa Jepun mahu mencuba kesan air kencing unta secara santifik dalam merawat individu yang terdedah kepada radiasi nuklear bagi mencegah mereka daripada mendapat penyakit kanser.” Dr Fatin berkata, dia sudah menjalankan penyelidikan mulai 2004 selepas berjaya memulihkan berpuluh-puluh kes pelbagai penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu. Pesakit yang sudah menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98 peratus.

Menurutnya, pertanyaan daripada pihak berkuasa Jepun itu cukup aneh kerana Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi gagal untuk mengiktiraf keputusan penyelidikan saintifik itu.

“Walaupun penyelidikan itu secara teori dan amali menunjukkan keberkesanan tetapi gagal diiktiraf Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi.

“Minat ditunjukkan pihak berkuasa Jepun itu meningkatkan semangat saya untuk membuktikan keberkesanan penyelidikan itu,” katanya lagi. - [sumber]

SZ : Tertarik dengan penampilan Dr Fatin Khoursheed tu sebagai seorang doktor muslimah..

19 360 juta komen:

zarra nazura said...

mak aii..air kencing unta...??? huuuuuu

liyanalalala said...

setiap penyakit mesti ada ubatnyaa...

dalam kes ni, one animal's trash is another person's treasure...hehehh

rara pinkmafia said...

air kencing unta????hmm bagus nya.

diana said...

assalamualaikum ustaz...
tak salah ke kita ambil sesuatu yang dalam kategori najis untuk dijadikan ubat??
boleh ustaz solihin terangkan dalam entry seterus nye..

mintak masin la mulut akak..
mana tau satu hari nanti kamu betul2 jadi ustaz..
wakkakakak

Nyssa Nuar said...

Wow.. Unbelievable!

azwa amani said...

amani pun tertarik...errmmm.menunjukkan bahawa dengn berhijab, tidak menghalang individu untuk berjaya...betol tak???

Nur Misnan said...

hai solihin...
kalau sakit perut pun
boleh cari kencing unta nih
utk rawatan.. terbaek...

selalunya beginilah..
jika ada penawar penyakit maut
tak nak di buat kajian.
asik nak telan pil sepital lg teruk

teringat budak U minta kaji tentang
ketam yg blh merawat denggi berdarah
namun ideanya sia2 jer.. di tolak tepi...
inilah sikap saintis Msia poyo..

Wan Gerrard said...

wau, satu kajian yg menarik..:)

Yan Saflina said...

harap2 doktor fatin tu bleh buktikan cara pengubatan dia tuh..:)

azrinrahim said...

herm, banyak manfaat rupanya unta nie.. hehe semoga usaha doktor tu untuk membuktikan ubtn tersebut berjaya.. thnkx for the info..

LiFe KaMi said...

nampaknya lepas ni banyak le unta kena export gi jepun yer..hehe

Amirah Adnan said...

pehh.. kajian yg menarik!

p/s : nanti jgn jeles kalo mira dpt keje ngan doktor tuh.. lalala :p

ibu hidayahamin said...

setiap sesuatu yang tuhan ciptakan ada keburukan dan kebaikkan yang kita tidak tahu...

naulofah said...

hehe..air kencing unta jadi penawar..

jom baca dan komen entry terbaru when everybody talk about him..me??

Solihin Zubir said...

@diana : aminn.. insyaAllah sy akan cuba jelaskan nnt.. =)

f_aRa_aINa989 said...

aah eh. Bolehke najis jd ubat ea?

Solihin Zubir said...

babi pon boleh dimakan kalau darurat...

xpa.. tggu entry sy nnt.. sy jwb persoalan tu..

kucing said...

kena minum ker?

LadyBird said...

Subhanallah.. besarnya kuasa Allah..

Keistimewaan unta yang diberikan oleh Allah untuk kita berfikir akan kebesaran-Nya.