Pages

Wednesday, March 23, 2011

Pemalsuan Video Seks Anwar Ibrahim Guna Teknik Latex Perfection?

Persoalannya.. Adakah mustahil seseorang itu boleh ditukarkan wajahnya dengan wajah orang lain tanpa cacat cela sedikit pun sehingga kaum keluarga sendiri yang melihat pun tidak dapat mengecamnya? Dengan perkembangan teknologi dunia sekarang, semua itu adalah tidak mustahil.

Teknologi itu sudah lama wujud di Hollywood! Mereka menggunakan apa yang dipanggil "latex perfection" untuk menukarkan wajah seseorang daripada muda kepada tua dan sebaliknya. Daripada perempuan kepada lelaki, daripada berkulit putih kepada berkulit hitam, daripada John malkovich kepada Arnold Shwezenegger!

"Full-head latex masks can be made so perfectly that it is impossible to tell the wearer from the person he is impersonating until the moment he pulls off his face by grabbing an invisible seam at the back of his jaw. Even close acquaintances and family members will be fooled. Masks of this quality can completely alter the shape of the wearer's face and head, even to the point of making them thinner or smaller as needed, regardless of common sense or physical law. Best of all for those who need them, masks of such exquisite detail can be made without resorting to casting the face of the target — a couple of small black-and-white photos will do just fine as a reference." baca selanjutnya di sini.. http://tvtropes.org/pmwiki/pmwiki.php/Main/LatexPerfection

Lihat gambar di bawah. Percaya tak bahawa wajah wanita tersebut boleh dimekap sehingga menyerupai lelaki berkulit gelap tersebut?


Lihat video di bawah..




Berbalik kepada kes Anwar Ibrahim.. Adalah tidak mustahil seseorang itu boleh ditukarkan kepada wajahnya tanpa cacat cela sedikitpun sehingga kaum keluarga sendiri yang melihat pun boleh tertipu dengannya. Apakah tidak mungkin seseorang yg begitu terdesak boleh menghabiskan jutaan ringgit untuk mengupah seseorang untuk melalui proses transformasi latex perfection ini dan melakonkan adegan panas dan berani seolah-olah mangsa konspirasi fitnah itu yang melakukannya? Tidak mustahil bukan?

Atau, mungkin juga boleh guna teknologi seperti ini. sila KLIK SINI! untuk melihat video tersebut.

Oleh itu wahai saudara- saudariku sekalian, ambillah ingatan tentang ayat ini..

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan."

Mengapa Allah perintahkan 4 saksi? Kerana manusia boleh memanipulasi apa saja untuk mencapai hasrat busuk mereka.

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ 
Maksudnya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) dengan lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Wallahu'alam.. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

SZ : Banyak lagi kejanggalan yang ditemui berkaitan isu video tersebut. Semoga kebenaran akan terungkap jua.

25 360 juta komen:

Lucu said...

Dasar pengecut, camtulah.. Buat kat Anwar boleh la.. Tu pun sbb tkut kes jubii nk kalah, trus buat isu bru lak.. Try buat kt TG, kna doa sikit pun cuak... Tp dgn Anwar ni pun xlepas2 g..

Sunah Mohammad said...

astaghfirullahal'azim..kalo betul mereka guna teknik ni, memang hina betul...

echah mashuri said...

kalau boleh biar le selesai benda ni.mcm bnyk yg xbetul je.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

mmg boleh..nice entri solihin.ramai blogger tertipu dgn rencah politik ni.hihi..sis gelak je.ada saksi ke?kenapa suka tuduh2 tanpa bukti.kalau muka sama mmg yakin org itu ke?pelik manusia ni...islam tu jika diamal sepenuhnya,segala masalah mudah nak diselesaikan.

ishiko said...

tak tahu bila akan selesai..

diana said...

kesian sngguh dgn nasib dsai,beliau lah satu satunya pemimpin pakatan rakyat yg pling ditakuti oleh musuhnya.mereka akn melakukan apa saja untuk memburukkn imejnya di mata rakyat.kes ni bagai di rancang ja,,sbb didedahkn ketika dun sarawak dibubarkn.. yg tukang fitnah pun nmpak mcm kurang bijak menipu.ada terbaca dlm buku haritu tajuk dia..'FITNAH ITU ADALAH SALAH SATU SIFAT2 DAJJAL'

_abg Lan_

The Crow Empire said...

Pernah jugak seorang bro kenalan ayah cerita pasal video anuar dan teknik latex perfection. Tapi sy tak ambil pot dulu.

Yang buat sy ambik pot, sebab mereka2 yg bergelar pemimpin asyik menindas seorang manusia bernama anuar ibrahim. Bertahun beliau di penjarakan. Di tuduh itu dan ini dan di aibkan sekeluarga. Padahal beliau adalah saudara kita. Nampaknya pemimpin kita sekarang mendidik rakyat untuk mengaibkan saudara seislam sekejam-kejamnya (secara halus) berbanding bangsa yahudi.

Anuar Ibrahim di khianat seagama dan sebangsa. Tapi adakah beliau pernah mengkhianati kita? Tengok je pada keluarga beliau yang terus utuh menyokong di sisi beliau. Ape lagi penafian? entahlah.. Nampaknya kita semakin kejam..

Sori bro, komen panjang.. Emosi la~ sob3.. hehe..

(^__^)

shahjiehan said...

politik kotor daaa~ MLSAKU NK AMIK TAW, BUAT SKIT ATI JE....HAHAHAHHAH


ops, jom baca dan komen Lionel Messi Pemain Paling Mahal ---> x camburu pon...hahahahah

f_aRa_aINa989 said...

politic is dirty

ibu hidayahamin said...

zaman sekarang ni, fitnah berbagai2 cara... minta kita dijauhkan daripada menjadi salah seorang yang menyebarkan fitnah... na'uzubillah...

Afdhal MH said...

jaga aib org i'Allah Allah jaga aib kte.samada konspirasi ciptaan sendiri atau sebuah fitnah..berdoalah moga di tunjukkan kebenarannya...
amin

Solihin Zubir said...

@diana : erkk.. abg lan? wan! abg lan komen blog sy.. heheh... bangga.. ;-p

Solihin Zubir said...

@The Crow Empire : ntah kenapa diorg takot sgt dgn anwar smpai snggup buat mcm2 kt dia.. tp dia masih kebal smpai skrg..

Arenyss said...

i'm amazed

anyway,i hardly believe all those politic news..

Qaseh dalia adelia said...

wallahualam

missSenget said...

fuh...jadi muka lain gila...

err...rasa muak tengok berita tv3 skrg..baca paper pun sama.. x__x

a.samad jaafar said...

yang paling menyedihkan ialah, fitnah ini bukan hanya memalukan DSAI dan keluarganya, malah kepada seluruh umat islam dan bangsa melayu.. merekalah pengkhianat yg sebenar !

Anonymous said...

isu, kita tak tahu samada video ni memang menggunakan teknik ni atau tidak.
org BN tanya - ada sapa-apa ada bukti yang video ni menggunakan teknik ni? apa bukti orang dalam video tu bukan anwar.
penyokong anwar tanya - ini semua teknologi, saya x buat semua tu. skrg ni teknologi memungkinkan segala2nya.
kedua-dua pihak ada point. persoalannya, mcm mana kita, org yg biasa-biasa, nak menentukan yang mana betul dan yang mana salah?

Faztee Danisha said...

politik m'sia makin menyakitkan..bile nak berakhir sume ni...perogol sibuk nak kate org len..xsdr diri

azwa amani said...

eh2..seram plak tengok video tuu ..kikikih..

SyedGraphiX said...

dasaat aaa latex perfection ape tu.. mmg lain gile XD

fatt said...

mcm dlm citer Mission Impossible.
ckp psl politik ni..byk lg boleh runsing selain DSAI..terutamanya kenapa smpai ada Bajet untuk Bini PM..curious..tak lama lg bangkrup la krjaan Msia..duit rakyat tak malu ke spending? pfftttt!

penyu said...

ingat, salah satu tanda2 kiamat adalah kemunculan dajjal 40 tahun sebelum berlakunya kiamat............apabila tibanya dajjal tersebut dia menyeru orang supaya menjadi pengikutnya...kononnya dialah yang membawa ajaran yang benar...dia suruh orang2 percaya kepada dia....renung2kan...............

Anonymous said...

Persoalannya, benarkah ini fitnah? Pepatah lama ada berkata : Pokok tidak akan bergoyang jika tidak ditiup angin.

Namun kemungkinan terhadap permainan latex ini juga ada. Tetapi lebih baik kita percaya kepada pakar.Jangan percaya kepada kata-kata ahli politik.

mUm_tAz said...

Dalam Islam ada politik,tapi dalam politik tak da islam..tu la jadi nya.. entah la mana satu betul dah ni...