Pages

Sunday, March 20, 2011

Tiket Penerbangan Melarikan Diri Dari Bumi Pada Hari Kiamat 2012?

Ada web menawarkan tempahan tiket kapal khas untuk keluar dari bumi bagi melarikan diri dari Hari Kiamat? www.escapeearth2012.com


Haha.. Boleh plak macam tu eh? Diorang ingat kiamat ni kat bumi je kot. Diorang ingat boleh lari dari Hari Kiamat. Sangat mustahil la. Dah tu, siap tau plak tarikhnya bila. Kat bawah ni aku ada buat sedikit terjemahan daripada isi kandungan web gila tersebut. Aku terjemah mengikut kefahaman aku dan bantuan google translate. Aku bukan terer english sangat. Aku dapat tahu pasal web ni pun daripada Cik Bulat.



KIAMAT SUDAH DEKAT! TAPI IA TIDAK HARUS BERAKHIR!

Tempah tiket sekarang untuk diri sendiri, keluarga, dan rakan-rakan bagi memastikan perjalanan yang selamat ke dunia baru.

Seperti mana yang kita tahu, dunia akan kiamat pada 21 Disember 2012! Anda bertuah kerana berpeluang menyelamatkan diri dan yang tersayang dari Hari Kiamat di Bumi dengan menempah tiket kapal USS Ark 2012 untuk melarikan diri. Apa itu USS Ark 2012? Ia adalah satu-satunya pesawat untuk melarikan diri yang akan memberikan perjalanan yang selamat ke planet baru dan membina habitat baru di sana.

Bayangkan hari ini 21 Disember 2012, anda baru sahaja mendapat berita dunia ini bakal berakhir. Apa yang akan anda lakukan sekarang? Anda hanya ada beberapa jam sahaja lagi dan mungkin juga hanya beberapa minit sebelum semuanya berakhir. Semua orang bertempiaran lari bagai orang gila untuk mencari jalan menyelamatkan diri. Tapi anda tidak perlu bimbang sebab anda sudah menempah tiket Escape Earth. Anda boleh menyelamatkan diri bersama yang tersayang ke planet baru dan memulakan kehidupan yang baru di sana.

BERTINDAK CEPAT! TEMPAT ADALAH TERHAD!

EscapeEarth2012.com adalah satu-satunya pembekal rasmi tiket untuk melarikan diri dari hari kiamat akan datang di Bumi, dan belum lagi satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup anda. Bahkan, kami menawarkan jaminan pulangan 100% wang bahawa anda akan selamat pada Hari Kiamat 2012 nanti.

PILIH PAKEJ PERJALANAN ANDA!







Hahaha.. Lawak betul. Tapi, gelak pun gelak jugak. Sekurang-kurangnya diorang ada jugak buat persediaan bagi menghadapi Hari Kiamat yang maha dahsyat tu dengan cara diorang. Kita? Dah betul-betul bersedia kah? Tepuk dada, tanya iman. Wahai muslimin dan muslimat sekalian.. Berimanlah dan bertaqwalah dengan sebenar-benar iman dan taqwa sebelum terlambat. Sekadar nasihat untuk diri sendiri.

38 360 juta komen:

azharr said...

lawak antarabangsa...haha

Nor Suhaiza said...

sape bengong g booking sekrang....
hahahaha.....

intan.maisarah said...

baca. sambil terkedu

*senyum.

*gelenggeleng*

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

serius entah hape2....

fza_eyzzah said...

21/12 tu is my sweet besday. sobs T_T. insaf je bila pikir sal amalan diri ni. btol gak. dorang pun ade terpikir sal persiapan diri dorang tapi kita? hem.. nice info bro. keep on goin'. =)

Manja (let it be my sweet name) said...

murahnyer tiket, sepatut nyer letak la 5 juta satu tiket hehe

ciknabil-a said...

minx jauhla kiamat nie.. byk lagi yg x dapat capai lau kiamat nak dekat. huhu..

cek chun said...

murahnyer tiket.
boleh la beli kat satu kampung

Afifah said...

ada juga spesies orang yang macam ni..tak taulah nak cakap apa lagi..memang gelak habislah..

Almy said...

Korang xnk booking, aku nak booking dlu.. Haha.. tggu cek nuff smpe, aku trus g beli.. aku ke ini?

arep_lockermonth said...

hadoi!! wat the la dorang nih~

Dawa said...

murah sgt ni. tak pandai berniaga btol diorang ni. haha

f_aRa_aINa989 said...

new planet? tah pape tah..otak letak kt mana tah..ish2..

sarah-najwan said...

bisnees baru ni..hahhaa

Cik Su Life Cycle said...

lor.. dorang sangat pasti plak tarikh dia 12 dis 2012.. ntah ape2 ntah.. Sedang kan malaikat sendiri tak tahu bila kiamat tue.. Haha.. cian nye la. Gelak2 jugak tapi kalau la betul.. err.. tak mampu nak fikirkan

ibu hidayahamin said...

nak melawan nampaknya ni.... ntah dapat ntah tidak... manusia2 macam2 ragam...

D i n said...

menyorok kat planet predator pun kiamat ttp berlaku tak leh lari :D

fatt said...

memacam org kapir ni..klu buat movie psl kiamat tu ujung2 konfem la hepi ending..hish! dia tak tau ke langit pun runtuh?? cane nak escape?

RuSh D said...

org beriman persediaan dia amal soleh jer...nk lari tempat lain pn x bole sbb kiamat tue pasti..

JHaZKiTaRo said...

hahahaha.. cool stuff.. anyway, rajin2, meh laa singgah blog hamba (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman hamba travelling ke 45 buah negara.. :)

alkisah69 said...

hahahaa memang betul lawak..bodoh jugak orang barat...!!depa ingat bumi saja akan hapus kot...! gilo...
heran awat murah pulak tiket penerbangan!!!macam2

Makanan Ringkas Hanya Di Jepun "

Lukisan Kartun Kumpulan R2 "

Kisah Kes Mat Komando "

MAN !!! Juara Raja Lawak Ke-5 "

Qaseh dalia adelia said...

isy2 macam2... naik lah jet roket ke ..yg pasti semua hancur gak

Cerra Oshin said...

Hahahah, kelakar la pulak!

Ain Zulaikha said...

aduhai benda tu cam serius je di buatnya

De'din said...

sekali baca mcm testimoni mlm ja !
kah kah kah,,
betul2
lawak2 juga,,
depa dah bersedia ngan cara depa,,
kita mcm mna pula ?

story about us said...

Salam,Astagfirullah apa ke peliknya mereka smua ni ..

Mana ada sorang pun yang dapat lari dari kiamat tu , smuanya pasti akan binasa ..

And kenapa mereka perlu percaya sangat kiamat akan berlaku 2012 , Di dlm al - quraan sudah tertulis bahawa kita tidak akan tahu bila akan terjadinya kiamat tu ,hanya allah yang maha kuasa sahaja yang tahu .. Knpa kita perlu over sngat ..

kt sbgai muslim terus bertawakal apa yang akn terjadi .. Jadi klau sapa sapa umat islam yang ada terlintas ingin belinya ... Mmg la ....

We just tell what we thingking .

nuriz said...

nak lari ke mana tu agaknya planet mana yg selamat ye hhuhuh

wath said...

gile la. senang2 dia wat untung atas angin. klau mase tarikhnye nanti, diorg berlepas ke angkasa, tibe2 planet bumi still ok, agk2 kene bom tak sape yg wat page tu? tu pn klau betul kapalnye tu ade. mengarut tul sape yg nk g beli tu. camne plak klau kiamat b4 tarikh tu? huahuahua

ni la jadi klau hidup berkiblatkan dunia. betul ckp solihin, tepuk dada tny iman.

.tiba2 takut.

aNdi.Hanin::حنين نظوره said...

ni cara baru nak paw duit org je ni

diana said...

la..
dan lagi buat bisnes ye..
hehhe.
kelakar jugak..
entah sapa la yang bakal tertarik dengan tawaran gini

Amalia Izzati said...

tuan blog nih tmpah tak tiket tuu. hehe.

shahjiehan said...

kaya la syarikat tu..berjuta2 org nk p beli tuh~

qasehraihan said...

bodoh ek depa ni???hahaha
xfhm konsep sebenar kiamat..gtu la..huhu

selipar buruk said...

mmemang klakar..mcm sebijik cerita 2012 tu kan..knon naik kapal lain utk selamatkn diri drp kiamat..

Cma Shiema said...

tergelak la cma sz..
bole ke camtu...jepon yg berteknologi canggih pun x dpt nk lari dr tsunami..tempias yg kecik tu..

haneyzatul.amira.amran said...

adehhh..xbuleh blahh! hihihi

Wan Gerrard said...

skim cepat kaya ni :P

Anonymous said...

kiamat!?rmai yg xtau bilakh kiamat.DIA sengaja m3rahsia tarikh kiamat krn manusia ini jenis yg separa waras..misalnya kalo esok kiamat,manusia hri ini akn berentap spuas hati sbb mrk akn mampis tp takkn kempunan menikmati dunia sblm kiamat..hahaha lawak tak!