Pages

Wednesday, March 30, 2011

Sejarah dan Asal-Usul April Fool Bukan Fakta Yang Sahih!

1 April sememangnya sinonim dengan perayaan April Fool di barat. Sejarah dan asal-usul Perayaan April Fool juga selalu dikatakan bermula dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan iaitu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tahun 1487 bersamaan dengan 892 H akibat diserang tentera-tentera Kristian setelah berkurun-kurun lamanya Islam bertapak di Granada. [artikel penuh klik sini]


Persoalannya, adakah fakta sejarah tersebut sahih atau tidak?

Kadangkala dalam keghairahan sesetengah orang Islam untuk membuang unsur-unsur bukan Islam dalam budaya dan aktiviti harian, ada yang mereka-reka cerita untuk menguatkan hujah bahawa sesuatu aktiviti itu adalah tidak Islamik (contohnya asal-usul April Fools). Bukan bermaksud ingin mengatakan bahawa cerita asal-usul April Fool tersebut adalah rekaan, cuma tidak ada bukti sejarah mengenainya.

April Fool ini sebenarnya berasal dari penukaran Tahun Baru kalendar Gregorian (Masihi) dari 1 April ke 1 Januari pada tahun 1564, manakala jatuhnya kerajaan Islam Granada ke tangan Kristian adalah pada 2 Januari 1492.

Dengan menghebahkan cerita yang tidak berasaskan kepada fakta ini, niat baik untuk meningkatkan iman dan kualiti keIslaman seseorang Muslim itu sebaliknya menyebabkan Islam semakin dicurigai, ditertawakan dan diperlekehkan oleh masyarakat bukan Islam.

Bukti akan merbahayanya cerita-cerita sebegini ialah apabila 'Answering Islam', suatu laman web yang mempromosikan ajaran Kristian dan selalu memperkecilkan agama Islam, telah menggunakan cerita April Fool (versi Granada) ini untuk menguatkan hujahnya bahawa Islam itu adalah didokong oleh manusia-manusia yang paranoid (takut bayang-bayang sendiri) dan didirikan atas dasar kebencian dan permusuhan. Walaubagaimanapun, website tersebut sudah dihapuskan.

Internet adalah suatu kuasa yang sangat kuat. Jika digunakan dengan bijak, ia boleh menolong menyebarkan keindahan Islam kepada manusia sejagat, tetapi kalau digunakan untuk menyebarkan cerita-cerita separuh benar dan khabar-khabar angin, ia boleh menjauhkan manusia dari Islam.

Jikalau berhadapan dengan cerita-cerita seperti asal-usul April Fool ini, periksalah dulu kesahihannya. Tanyalah mereka yang lebih mengetahui misalnya pakar sejarah dan ustaz-ustaz supaya kita sendiri tidak terkena 'fool' dek sejarah April Fool dan menjadi bahan ketawa masyarakat bukan Islam. Janganlah menjadi sumber penyebaran pembohongan dan fitnah.

Walaubagaimanapun, samada sejarah tersebut sahih atau tidak, perayaan April Fool tetap tidak boleh disambut atau diperbesar-besarkan oleh orang-orang Islam kerana ia mempunyai unsur-unsur tipuhelah, ketidakjujuran dan boleh merosakkan hubungan silaturahim sesama kita yang mana kesemuanya ini adalah bukan nilai murni dalam Islam.

Sehebat mana kita mengkaji dan berfikir, Allah tetap Maha Mengetahui. Wallahu'alam....

[rujukan : minda rakyat]

Lihat juga link ini :
Fatwa dan Hukum Menyambut April Fool

SZ : Ramai yang telah di'fool' oleh sejarah April Fool yang fool oleh mereka yang fool. =.='

16 360 juta komen:

FariehanIbrahim [LBC] said...

xprasan esk da masuk bulan april..heee :D

kwn penah gak wat april fool nie, tp xmenjadi! ahahaa

[cucu Hj Hassan] said...

teringat dulu senior buat april fool, conteng muka dengan pengilat kasut kaler hitam kat muka masa junior tido. hoho

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

huish april fool jangan lah diikut kan?..

ada tu bergurau april fool sampai mati orangnye..

fadhdeela said...

sbnrnyer mungkin diaorg xnak org2 islam gurau2 pada 1april kot sbb diaorg nie nak bgurau kadang2 over gile..pernah bc yg nak aprilfool kan kawan smpai bgado2...

Meh sini: Wake up Deela..Forget about Him!!

sini jugak: Bakal Isteriku sudah tiada Dara!!

azwa_amani said...

kalau kita rasa benda yg kita nak buat tu boleh manjtuhkan aib org, xde faedah pada mana 2 pihakk dan terdetik kat hati, "elok ke aku buat ni"..lebih baik takyah buat..tak kira lah april fool ke tak

The Crow Empire said...

April fool yang kite selalu buat tu gurau yang mengenakan seseorang. Tapi di buat pada satu hari yang di tetapkan. 1 april.

Kalau di fikirkan takde masalah la. Gurau2 kan. Tapi kalau nak ikut impak, sangat besar. Sampai 7 keturunan kita pun akan sambut kelak.

(^___^)

qasehraihan said...

kejap ek masa blalu..
dh nak april dah..hoho
org kita mmg suka ikut benda2 yg mat saleh buat..
bajet hot..hihik

hai SZ yg ensem dn soleh..
slmt pg..

Izamir Ridzwan said...

huhu april fool ni pernah kena sekali msa sekolah mngh.. massa tu mmg tak terpikir langsung 1 april.. geram betul lah.. stil ingat smpai skrg bila tiba 1 april

Haris Khairuddin said...

kadang2 dorang rase mengaibkan org ni satu keseronokan. jgn ingat Islam x ajar macam mana nak bergurau kan?? btw, sokong komen azwa_amani.

Nur Afirah said...

nice entry..
huhu..pling x ske org wat april fool..

Siti Hajar Masri said...

bagus info ni..tp aku tak suka april foollah..asyik terkena je..;p

wath said...

teringat mase kat asrama dulu. senior cakap ade setengah dak junior kene pindah blok. menangis2 malam tu siap kemas barang lagi. packing macam nak pindah. tetibe soknye cakap april fool. tujuan diorg nk kenekan budak2 junior yang diorg rasa kerek.

aku pn kene. apsal ntah =,=

pena said...

prnah terkena april fool ni dulu2x wktu zman skola.. mmg x best =(

Ellen said...

Tak suka ngan April Fool..orang suka ambil kesempatan...

SyedGraphiX said...

---> x prnah prank org ponn

f_aRa_aINa989 said...

tok seh duk sambut april fool ni...