Pages

Friday, March 18, 2011

Pesanan Peninju Lagenda Muhammad Ali Kepada Anaknya

Kejadian berikut berlaku apabila puteri Muhammad Ali pulang ke rumah dengan berpakaian yang kurang sopan. Berikut adalah cerita yang diberitahu oleh salah seorang anaknya :

Akhirnya kami sampai di rumah ayah dengan dibantu oleh pemandu menghantar saya dan adik bongsu saya Laila. Seperti kebiasaan ayah akan bersembunyi di belakang pintu untuk mengejutkan kami. Kami akan berpelukan dan menukar-nukar ciuman dengan ayah semesranya seakan kami tidak berpeluang lagi.

Ayah memandang kami dengan penuh makna. Kemudian ia menyuruhku duduk di pangkuannya dan berkata sesuatu yang tidak pernah kulupakan. Ayah memandang mata kami dengan penuh pergertian dan berkata :

“Hana, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Kamu kena berkerja keras untuk mendapatkanya.”

Ayah merenung tajam ke arah mata kami dengan berkata serius.

“Tubuh kamu adalah suci. Kamu adalah lebih berharga daripada emas mahupun permata oleh itu kamu juga perlu bertudung.”

Ini adalah jawapan yang terbaik untuk memahami kepentingan hijab.

Petikan dari buku : More Than A hero : Muhammad Ali's Life Lessons Through His Daughter's Eyes. credit



SZ : "Float like a butterfly... Sting like a bee..." Kata-kata Muhammad Ali yang paling aku suka!

28 360 juta komen:

azwa_amani said...

amani pun ade kisah yang bagus untuk dikongsikan tentang muhammad Ali..tapi belum taip lagi entry nyerr..heheheh :)

Hanim Mahali said...

Menarik kata-kata Muhammad Ali tu... penuh makna... #suka

ibu hidayahamin said...

suka sangat... tq sudi kongsi cerita...

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

bagus betul cara dia nak menegur anak..

cik ciput said...

oleh itu, tutuplah apa yg perlu ditutup..

fara feroza said...

bagus sekali pendekatan ni...
kepentingna menutup aurat..semoga kita semua sedar..dan sya juga..:)

fara feroza

Muslimah Optimis said...

perkongsian yang sangat bagus...

Amalina Raus said...

wuiyoo ! huhu okay itu je nk comment. boleh tak comment centu ? teehee :)

diana said...

sekarang anak dia dah bertudung la ye???

iniialahaku said...

terbaiklah quoyes kat ats tu...beralas,berlapik...tpi tpat kena...mmg tinju abes pnya stail...shoot skali..haha

fRaMe+LenSeS said...

dasat.. hebat sekali.. kita wajar amek pengajaran. :)

IftiMonstaa said...

wow. muhammad ali mmg hebat

alkisah69 said...

laila ali pon main boxing jugak...hebat2

Faeza Suhaimi said...

yeah! suka quote muhammad ali tu jgak.

sissyira said...

salam

namun ramai y tak tahu cara berhijab y sebenar.

arep_lockermonth said...

indah kan cara die bg nasihat kat anak dia!!

Saffrina Ropiee said...

sangat tersentuh :')

MDS said...

my dad always tell me the same thing. :)

IMANSHAH said...

tudung2 jugak, tapi perangai ya allah..

sekadar menyuarakan rasa geram pada tingkah laku beberapa gadis bertudung

fatt said...

aku rasa syahdu pulak baca entry ni T____T

terima kasih for sharing

shahjiehan said...

very nice!!

jom baca dan komen 10 telefon bimbit terhebat.

aLya maNip said...

penuh makna... :)

f_aRa_aINa989 said...

Sepatutnya parents kena nasihatkan anak2 zaman skang mcm Muhammad Ali ni...tgklah bape ramai yg suka dedahkan badan sndr...

The Crow Empire said...

Nasihat yang sangat baik. Mamat ali ni bukan je pandai bertinju gune tangan. Tapi tinju guna mulut pun pedih gak kene. Kalau ade gadis2 yang bace entri ni masih buat2 tak faham. Tak tau le.

Kene ingat, yang tidak bertudung lebih senang di tarah oleh manusia. Koh3..

(^___^)

Mohamadazhan hjDesa said...

Hidayah merubah manusia hidup bertamadun :)

intan.maisarah said...

*senyum*

cayrol said...

thank tuan tanah menyiarkan artikel nie... pada mula2 sy baca cite dalam bahasa inggeris so sy ambil keputusan utk terjemahkan kepada bahasa melayu supaya boleh dikongsi bersama. Semoga semua pembaca boleh mengambil pengajaran daripada cite nie.

mama ibu said...

pernah dengaq ayat tu tapi x tau la plak ayat tu dari atok ali ni..