Pages

Tuesday, March 22, 2011

Permainan Politik Malaysia Semakin Kotor dan Jijik


Aku sebenarnya malas nak ulas isu panas ni. Tapi, makin lama aku tengok politik Malaysia semakin hari makin macam bangang. Semakin kotor dan penuh kejijikan. Jadi, aku nak ulas serba sedikit. Untuk membuka mata sahabat sekalian. Bacalah sekejap. Isu artis melayu pakai baju seksi nampak t*t*k hangpa nak sangat ambik tau. Apakata, luangkan sedikit saja masa habiskan entry ni. Bukan senang aku nak bicara panjang lebar soal politik ni. Terlampau geram sangat. Thanx.. =)

Mungkin ada yang cakap " Ah! Lantaklah! Aku tak minat politik!". Kalau hang tak minat politik dan tak ada pendirian, kononnya neutral, kat akhirat nanti hang nak jawab apa? Kalau hang pangkah pemimpin dayus yang membenarkan isterinya berpakaian tapi telanjang, yang terang-terang menyokong maksiat, hang nak jawab apa kat akhirat nanti? Degil dan tak mau ambik tau jugak pasal politik? Hangpa pindah la dok negara republik, diktator. Senang kan! 

Sekarang ini sememangnya hangat dengan isu video skandal seks yang dikatakan membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa pemimpin utama pembangkang itu sedang melakukan pelbagai aksi seks dengan seorang wanita muda tak dikenali di sebuah hotel di Kuala Lumpur.


Konspirasi demi konspirasi timbul untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Setelah tuduhan liwat 1998 terbukti gagal, Saiful Bukhari pula muncul meneruskan Konspirasi Fitnah II juga dengan tuduhan liwat. Kini, fitnah terbaru ini muncul pada ketika pendakwaan fitnah II pasti berkecai dan hampir pasti tewas. Kerana terdesak, musuh politik Anwar terpaksa mencipta fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi Anwar sekaligus membunuh karier beliau.

Bodoh sangatkah Anwar tu? Kes liwat belum selesai, tak kan nak cari pasal buat kes baru? Agak menjanggalkan apabila video yang dirakamkan pada 21 Februari itu dikatakan ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur. Bodoh sangatkah Anwar nak rakam aksi seks beliau, lepas tu tinggalkan rakaman tu kat bilik hotel tu? Tambah pelik apabila pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak Anwar dan isterinya meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video tersebut didedahkan kepada umum. What the? Nampak sangat ianya taktik jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

Ada yang mempersoalkan, kenapa Anwar takut nak serahkan DNA dia. Jika difikirkan, jika Anwar menyerahkan DNA beliau, ia ibarat menyerahkan lehernya untuk disembelih. Kenapa? Sebab puak-puak jahat tersebut akan mempengaruhi hasil ujian DNA tersebut demi memastikan perjuangan Anwar terkubur dan teraniaya. Konspirasi Liwat 1998 juga sudah terbukti satu konspirasi kerana memaparkan video klip palsu. Tidak mustahil kali ini juga sangat palsu.

Media pro kerajaan sememangnya tidak boleh dipercayai. Laporan berat sebelah menyembunyikan serta memutar-belitkan fakta dan menyebarkan auta mengikut telunjuk kerajaan. Tolonglah buka mata! Jangan terus-menerus menjadi pencacai. Elakkan mempercayai bulat-bulat apa yang disampaikan melalui media massa pro-kerajaan. Banyakkan mengorek maklumat melalui internet bagi memastikan anda tidak dikaburi dengan fitnah dan pembohongan. Siapa lagi nak ubah nasib negara kita melainkan anak-anak muda? Hangpa pun tau kan. Salah satu petanda kiamat, fitnah semakin berleluasa. Inilah dia!

Semakin banyak fitnah yang melampau dan terlampau akan menyebabkan orang makin tak percaya. Kecuali golongan pencacai UMNGOK yang tidak mahu berfikir menggunakan akal fikiran yang logik. Aku percaya, konspirasi terbaru ini akan memakan puak pemfitnah itu kembali. Kini tibalah masa untuk kita bertukar angin. Sampai bila nak menjadi hamba kepada pemimpin zalim? Nama saja negara Islam, tapi tengoklah isteri pemimpin?

Persoalannya, adakah benar lelaki dalam video tersebut adalah Anwar? Jika benar wajah lelaki tersebut sama seperti Anwar, nak tahu apa taktik serta teknik yang mungkin puak jahat tu gunakan untuk mencipta watak dalam video tersebut? Kalau nak tahu, tunggu entry panas yang seterusnya nanti. Jeng.. Jeng.. Jeng..

Aku pun takmau ulas panjang walaupun sebenarnya dah terpanjang. Rajin-rajinlah godek-godek internet. Internet saja yang boleh dipercayai sekarang ni sebab media sudah dimanipulasi oleh KERAjaan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Semoga segala fitnah dan kejahatan akan terbongkar suatu masa nanti. InsyaAllah.. Kebenaran pasti akan muncul. Salah silap, harap dimaafi.

Sekian, Wallahu'alam..

Ketinggalan keretapi serta tak tau apa sebenarnya yang berlaku disebabkan anda bagai katak di bawah tempurung? klik link ini : Rakaman aksi seks pemimpin utama pembangkang?

SZ : Terpolitik la plak blog aku kali ni. Maaflah. Sekadar ingin mencari kebenaran. Tolong jangan tangkap aku! Tak kawen lagi ni..

18 360 juta komen:

najwa's said...

huhu ntah la. sekarang ni tak tau nak pecaya sapa. rambut sama hitam, hati lain2. :'( :'( semoga allah ampunkan kita..

Sham said...

ha ha ha takut gak lu ye bro...nak wat camana...inilah negara kita...hanya kita yg mampu mengubahnya...

cek chun said...

tertunggu2 gak dak ijau ni nak komen ke tidak.
ok. dah baca. :)

Sunah Mohammad said...

wahhh! i loike lah entri ni solihin~~~ berani sungguh anda! saya cakap politik kat blog, sume takut nak komen...aihhh...pelik2..

adan said...

salam.. bro.. entri yang menarik.. terang lagi bersuluh.. kenapa perlu memilih pemimpin yang tak boleh memimpin isteri sendiri.. tengok isteri DSAI sedap je mata memandang..

The Crow Empire said...

Cis! Politik kotor? Dulu mereka memperlihatkan orang kerajaan juga ada kantoi dengan rakaman cctv di hotel. Tapi mereka pandai. Mereka pilih watak pemimpin bukan islam dalam adegan tersebut. Kononnya orang kerajaan juga ada yang kotor.

Sekarang tibalah masa utk mereka memanipulasi tektik yg di rancang awal tu pada pembangkang. Supaya anak muda akan fikir, tak mustahil pihak pembangkang buat kerja kotor tu. Sebab ahli politik semua kotor. Demn~

Dan akhirnya senang untuk mereka menindas Anuar Ibrahim lagi dan lagi. Kerana Semua anggap politik itu kotor dan rakyat tidak mahu campur tangan. Akibatnya, mereka yang benar berjuang akan mudah di tindas jika menghalang agenda kerajaan.

(^__^)

f_aRa_aINa989 said...

Dosa memfitnah org serupa macam membunuh...diorang x belajar semua tu..

yang diorang belajar..duit, duit, dan duit...

Solihin Zubir said...

@Sham: giler... tak pasal2 kena sumbat ISA ni.. takot woo.. haha.. ;-p

Solihin Zubir said...

@Sunah Mohammad : kalau bkn anak muda, sapa lg yg nk bongkarkan semua ni.. nk harap media? huh.. hampeh.. kan.. tp mmg btol.. rmai blogger takot nk komen entry politik sbb takot kena ISA.. heheh..

Solihin Zubir said...

@adan : ha'ah.. btol! pandang yg tu pon dh cukup.. bini sindri xleh nk pimpin, cmna nk pimpin rakyat..

Solihin Zubir said...

@The Crow Empire : taktir kotor kali ni akan memakan diri mereka sindri.. percayalah...

Solihin Zubir said...

@f_aRa_aINa989 : apabila duit melebihi sgalanya.. camtula jdnya..

SyedGraphiX said...

tau x pe.. boleh ke aku komen psal politik? mlas ahhh

Nim Yorza said...

Sama-sama kita cuba selami apakah semuanya ini berupa konspirasi? Ada teman katakan pada saya, bodoh sangatkah dia hingga terpedaya begitu mudah. Jawapan saya, kebenaran Allah ada di mana-mana. Mungkin kita boleh selak blog yang juga antara rakan karib DSAI suatu ketika dulu, juga seorang pejuang tulin atas nama ISLAM.
http://zul4kulim.blogspot.com/

A i n n u r A f i f f a h said...

setujuuuu ! ^^

nana said...

@Nim Yorza

yes..smua ini adalah konspirasi. baca blog zulkifli nordin ni pun dh ada bau2 penipuan yg busuk.

Anonymous said...

umno kotor,pr pn kotor.boikot aje la pilihanraya

joe two six two said...

ermmm... mna 1 betul nie??? kalau btul ape yg dtulis bie,nape xbktikannyew??? ermm,, ssah tol nie skrng nie,, xthu nk caye sapew.. kalau stkat ckp jer, tp xde bkti, nk watper? mcm mnew nk bktikan yg ditulis tu betul? yer, xnafi org yg ada kuasa tu akn menang, kalau betul kite yg x berapa nk ada kuasa nie tkut nk lari dt kebenaran.. buktikanlah dgn bukti.. bukan dengan kate2 indah pujangga..
-orang baru yang akan mengundi..