Pages

Sunday, March 27, 2011

Penyamun Cuba Pecah Rumah dan Premis Family Aku!

Semalam aku tidur pukul 2.00 pagi. Tidur lewat sebab tunggu staff hantar kunci cybercafe dengan duit income punya pasal. Lebih kurang 2 jam aku lelapkan mata, tiba-tiba ayah aku kejut aku. Ayah cakap ada orang ceroboh masuk kawasan premis perniagaan kami yang terletak hanya di sebelah rumah. Aku dalam keadaan terpinga-pinga dan separuh mamai pun bangun. Aku tengok jam menunjukkan pukul 4pagi.

Keluar dari bilik, aku tengok ayah aku terhendap-hendap di sebalik langsir. Siap pegang senapang lagi. Wah! Ini kes serius ni. Lepas tu, ayah aku ajak aku keluar rumah untuk tengok kelibat yang dikatakan tu. Dengan bersenjatakan kayu bambu buta dan torchlight bagi menerangi kegelapan malam, aku keluar mengikut ayah aku.

Sedang kami terhendap-hendap mencari kelibat tersebut, dari jauh aku nampak bayangan dua orang sedang mundar-mandir di hadapan pagar. Aku berbisik memberitahu ayah aku. Memandangkan mereka sudah menaiki motor untuk melarikan diri, ayah aku terus melepaskan tembakan ke langit bagi memberi amaran bahawa mereka mungkin terbunuh jika kembali membuat onar di kawasan kami.

Selepas itu, dengan bantuan tiga orang kampung, kami cuba menjejaki mereka dengan motosikal. Ayah aku dengan hanya berkain pelikat tanpa baju dan senapang patah masih di tangan membonceng di belakang. Namun, kelibat mereka gagal dikesan. Berdasarkan maklumat Gee kedai Pattani depan rumah aku tu, dua orang penyamun tersebut berusia dalam lingkungan 20-an. Dia yang call ayah aku untuk bagitau yang dia nampak ada kelibat mencurigakan di hadapan pagar kami semasa dia sedang menutup kedai. Mujur premis kami selamat dan belum sempat dipecah.

Minggu lepas, masjid baru kampung aku kena pecah. Set amplifier kena curi. Kawasan ni memang line panas. Kalaulah dapat cekup dua ekor malaun penyamun tu tadi, memang lunyai kena balun. Geram betul aku. Diorang bukan sahaja telah menceroboh kawasan rumah aku, malah telah mencuri mimpi-mimpi indah aku! Demm!


SZ : Kempunan nak pukoi orang.. Heheh..

34 360 juta komen:

alkisah69 said...

kalau dapat tangkap mau dok balun betoi2

Bapa Yang Sanggup Jual Anak "

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

ish2...macam2 hal la...

Faeza Suhaimi said...

wahh.. kalau dapat laki2 tu, sure teruk dah diaorg kena dgn solihin ni.

f_aRa_aINa989 said...

alhamdulillah lah xde pape..nasib..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

ish bahayanya...

takut plak kami yg baca ni

SyedGraphiX said...

bahaye tuhh.. aduii... btw,premis ape? ko bukak cc ke? huhu

CikBulat said...

wahh ! dasar anjing itu penyamun, bila dapat. kasi tembak kepala. Iringan doa, semoga kamu sekeluarga selamat..

Fairosza said...

pergh siap ada senapang tu..lintang pukang r cabut

shahjiehan said...

pasang lampu automatik, org lalu, die nyala.... hahaha... ade..murah je...

echah mashuri said...

hahaha...rock ah ayah kamu.siap senapang bagai.mesti terkencing penyamun tuh sambil bwk moto;p

Anonymous said...

Woah bro hari ini Ahad(semalam kiranya)pun ada kes sama
tapi waktu itu kami dekat homestay
sebab dah penat kem tidur terus tak perasaan nasib baik ada orang masih terjaga dan penceroboh larikan diri

(I hate my ''Tidur Mati'')

nur aisya humaira said...

klu dapat org tu,agak2 SZ buat ape ye???ganyang cukup2 tak???:)

diana said...

dia masuk nak buka fb kot..
umah dia tak de tenet...
hehehhe

azwa_amani said...

uishhhh..takutnyerrr..teringat mase kat SBP dulu...lelaki ceroboh masuk dorm...menangis2 sebab takut..padahal org tu takde buat ape pun...seb bel takde uat ape2...huisshh seram..

Chenal said...

Mcm laporan 999 la Solihin.heh

Nyssa Nuar said...

kite bako! kite bako! hahaha

Dawa said...

pendatang kot pencuri tu. org tempatan ni tau gak takut.

cek chun said...

Wahh macam csi lak boleh dok jejak2
Abah pakai pelekat, hg pakai apa solihin??
Hehehe

:: Khai Artzfar :: said...

subhanallah..kwasan pokok sena memang salu bnyak kes curi,.,.,trmasuk motor LC aku huhuhu T_T

pena rozie said...

Bahaya betul la sekarang ni. Semua dah berani buat jenayah.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh kalau tertangkap...sedapnak belasah ni.suka2 hati je mereka nak pecah masuk .

qyqa said...

kita bako jer kita bako deme tuh!! =p

The Crow Empire said...

Family solihin buka cybercafe ke? erk?

Fuh.. tak guna punya penyamun. Menyusahkan orang. Klau solihin tak cukup kaki tangan nak pi tibai penyamun tu, contact2 crow k. Kang satu wilayah crow bwk turun. koh3..

nuriz said...

kemarin nak masuk blog solihin tak boleh le . apasal ye..

ibu hidayahamin said...

jangan pukul, tangkap je bagi kat polis... hehehe...

sissyira said...

salam


kat masjid pun dia sanggup buat onar ek..mmg padan pun kalau kena balun.. tapi syg terlepas pula....

Nur Afirah said...

lepas ni mintak la bantuan polis check n jge kwsan tu..makin lame nnti makin naek lemak pulak penyamun2 tu..

Izan Ishak said...

uishhh..mmg bahaya ni. nasib baik tak kena cekup. kalau idak puas kena balun dorg semua~

Izamir Ridzwan said...

pinjam senapang bangg

Cik Jari said...

bersyukurlah masih selamat...cepat2lah pencuri tuh insaf

haneyzatul.amira.amran said...

eii bahaye nye!

A'IM said...

pergh..kalau kena senanpang patah tu mau takder rupa dah penyamun tu karang

shahjiehan said...

hahaha..nasib baik hg godek2 tutorial kat blog aku nih...

toyolkiut said...

kdang2 pkara cmni buat kita x lena tido..
malaun camni buat onar x kira masa, siang2 pun blh mnyamun jg..