Pages

Monday, March 21, 2011

Kita Perlukan Jerung Dalam Kehidupan

Mungkin anda sudah tahu dan pernah dengar kisah ini. Tapi tidak mengapalah, jika dah tahu, anggaplah ia sebagai ulangkaji.

*********************

Orang-orang di Jepun sememangnya amat gemarkan ikan yang segar. Namun begitu, kawasan penangkapan yang berhampiran pantai agak kekurangan ikan. Perkara ini telah memaksa, nelayan-nelayan di Jepun untuk pergi lebih jauh lagi ke kawasan perairan pantai dalam untuk menangkap ikan. Semakin jauh mereka pergi, semakin lamalah masa yang perlu diambil untuk mereka pulang membawa hasil tangkapan mereka.

Disebabkan tempoh pulang yang lama itu, ia telah menyebabkan ikan-ikan yang ditangkap, menjadi kurang segar apabila sampai di pelabuhan. Dan rakyat Jepun, tidak sukakan rasa ikan-ikan tersebut.

Untuk mengatasi masalah ini, nelayan-nelayan Jepun telah mengambil langkah drastik dengan memasang peti sejuk beku di dalam bot mereka. Dengan itu, semua hasil tangkapan yang diperolehi akan terus disejukbekukan sewaktu di tengah laut lagi. Kaedah ini, telah membolehkan nelayan-nelayan Jepun untuk pergi lebih jauh, dan tinggal lebih lama lagi di laut. Namun begitu, citarasa rakyat Jepun sememangnya agak cerewet, mereka dapat merasakan perbezaan antara rasa ikan segar dengan ikan yang telah disejuk-bekukan, dan mereka, tidak sukakan rasa tersebut.

Bagi memenuhi permintaan ramai rakyat Jepun yang inginkan ikan segar, maka, nelayan-nelayan di Jepun pun menukarkan peti beku yang terdapat di dalam bot mereka dengan tangki yang berisi air pula. Dengan itu, semua ikan yang ditangkap tidak lagi akan disejuk bekukan, tetapi ia akan dimasukkan ke dalam tangki air tersebut agar ikan tersebut dapat terus berenang dan hidup apabila sampai ke pelabuhan.

Namun begitu, disebabkan tangki simpanan yang kecil maka, ikan-ikan tersebut tidak dapat bergerak bebas dan sering berlanggar dengan ikan-ikan yang lain, ini menyebabkan ikan-ikan tersebut penat dan akhirnya, mereka berhenti bergerak. Apabila sampai di pelabuhan, ikan-ikan tersebut masih hidup, tetapi ia sudah tidak bergerak selama beberapa hari. Dan rasa ikan ini, tetap kurang enak dan rakyat Jepun tidak gemarkannya. (Huh! Cerewet gila orang Jepun!)

Jadi? Apa lagi yang perlu dilakukan oleh syarikat-syarikat nelayan di Jepun ini untuk memastikan ikan-ikan yang ditangkap sentiasa segar apabila sampai di pelabuhan? Jika anda dilantik sebagai "consultant" kepada industri perikanan di Jepun ini, apakah yang akan anda cadangkan?

Anda nak tahu apa yang mereka lakukan seterusnya?

Mereka masih lagi mengekalkan tangki air tersebut di dalam bot mereka, cuma pada kali ini, mereka letakkan seekor ikan jerung kecil di dalam setiap tangki tersebut.

Dan anda nak tahu apa berlaku?

Ikan jerung kecil tersebut telah membaham ikan-ikan yang lemah, tetapi, ia tidak banyak, hanya sedikit sahaja, manakala ikan-ikan yang selebihnya selamat kerana mereka akan terus bergerak dan cuba melarikan diri dari ikan jerung tersebut. Ini adalah antara soal hidup dan mati beb!. Hasilnya, apabila sampai di pelabuhan, semua ikan-ikan tersebut masih lagi hidup, masih bergerak dan ini membuatkan ikan-ikan tersebut terus segar.

credit

Pengajarannya
Kita perlukan "jerung" di dalam hidup kita untuk menjadikan hidup kita lebih "hidup", "segar" dan "enak". Jerung di dalam kehidupan bolehlah di umpamakan seperti cabaran-cabaran serta tekanan-tekanan yang wujud dalam kehidupan. Tanpa sebarang cabaran atau tekanan, hidup kita akan menjadi "bosan" dan "biasa-biasa" sahaja.

Jadi, usah gentar dengan segala cabaran & tekanan yang dihadapi dalam kehidupan ini, ia sebenarnya akan membuatkan anda lebih bertenaga dan lebih berjaya.

27 360 juta komen:

Eqmal said...

best entry ni,,

Sham said...

banyak betul idea orang jepun ni ye...

Dawa said...

sangat suka artikel kali ini. jerung mmg sgt diperlukan utk menggerakkan hidup kita ke dpn. terima kasih atas motivasi yg hebat ini

alyana hamdan said...

wahhh..gitu ea..
=)
hehe...

alyana hamdan said...

wahhh..gitu ea..
=)
hehe...

aLya maNip said...

jerung pewarna kehidupan :)

diana said...

anak ialah "jerung" dalam hidup akak dan abang lan..
hahaahahah.boleh gitu..??

qyqa said...

pergh kreatif gila otak org jepun nak bagi ikan tu fresh..

harap 'jerung' yg bakal ditempuhi tak terlalu besau.. =D

f_aRa_aINa989 said...

owh...saya pnah baca cerita ni...dalam buku hidup bukanlah rahsia..

p/s: sy x nak jerung gigit..sy belum kawen lagi.. :P

cek chun said...

in my line of duty (chewah ayat) hari-hari terasa macam kena kejar ngan jerung.
besok ni lagi la. BAPAK jerung nak mai..

pena said...

tak prnah baca kisah ni, menarik..
mlalui tkanan dn cabaran la kita boleh ukur kmampuan dn kbolehan diri sndiri..

cerewet sngguh org jepun tu..

The Crow Empire said...

ahaha.. ikan2 yang di makan jerung tu kire upah kat jerung tu la sbb penat mengejar ikan2 lain.

Kalau letak anak ikan paus, mau habis semua ikan kene sedut. keh3..

(^__^)

Sunah Mohammad said...

oooooooo....nice analogy la solihin! thumbs up! lepas ni nak jerung banyak2...mak jerung, taknak anak! hahaha~ guro saje~

CIK TOM said...

mendalamnya cerita solihin kali ni..buat cik tom termenung fikir pasal ni..isk2...

azwa_amani said...

nice entry...amani tak pernah bace lagi.ni fisrt time...nak minta izin copy...boleh buat set induksi kat program motivasi...

Ryuzaki Ruziah said...

nice entry....
setuju sgt dgn tajuk..
kalo tade pmbkr semangat,,mesti hidup biasa2 jer....tade peningkatan...

IMANSHAH said...

i suka ikan kecik2 je..anak2 ikan..wahaha

maaf guraun semata..semoga cabaran akan emmatangkan kita

shahjiehan said...

hahahha... jerung putih!!! nk jugak sekoq dua, boleh la buat peransang~ lalalalla

SK said...

suka entri nie..
hehehehehe..

Nor Suhaiza said...

entry yg best..
da mksud tsirt yg mdlm dlm cerita 2...
:)

ibu hidayahamin said...

hehehehe....

cik ciput said...

jepun jepun..banyak betul bnda yg diorg buat utk maju..

**dh bnyk jerung sy hadapi dlm kehidupan..hehe

**SZ, pi gath x sabtu ni?

Nur Misnan said...

aku pula tengah tunggu
jerung nak kejar... harharhar

wath said...

kat opis da de jerung, kat umah da de jerung.

ok. gud for me :D

Cma Shiema said...

hehe3...suka ntry ni..

Mohamadazhan hjDesa said...

salam bro,

termotivasi diri ni.hehe tq bro.

Jerung rasuah penting juga, mengkayakan kroni2nya.hehe

Miss Yaty said...

menarik kisah ni...first tyme bace pasal kisah ni..

dalam hidup ni memang kita sentiasa hadapi pelbagai cabaran...itulah namanya kehidupan kan..

:)