Pages

Wednesday, March 2, 2011

Kaki Aku Bengkak Disebabkan Makhluk Halus?

Salam A'laik.. Apa habaq semua? Sehat kowt nowh? Sory lama tak update.. Err.. 3 hari tu dikira lama tak? Hahaha.. Maklumla.. Baru keluaq daripada hospital. Yee.. Aku memang masuk hospital hari Ahad lepas. Masuk hospital je. Tak masuk wad pun. Heheh..Jangan marah.. Aku pergi hospital untuk check penyakit misteri yang aku alami.

Penyakit misteri? Yupp! Dah doktor-doktor kat klinik pun tak pasti apa penyakit aku, kira misteri la kan. Kaki aku bengkak dan dinaiki bintik kemerah-merahan seperti yang aku cerita dalam entry Doktor Pun Tak Pasti Apa Penyakit Aku? Macam-macam komen yang aku dapat. Biasalah.. Lain orang, lain pendapat. Ada yang cakap kencing manis, denggi, scabbies, cellulitis, purpura dan ramai jugak yang cakap disebabkan MAKHLUK HALUS? omaigod! Ada kemungkinan jugak sebab tempat kaki aku tergelincir tu berdekatan tokong cina. Nauzubillah.. Hangpa ni buat aku cuak btoi la! Haish! =_='

Aku tergelincir dan buku lali aku luka disebabkan bergesel dengan simen ni la. Luka sampai nampak isi putih tu woi! Pedih kot! Nasib baik tak terjatuh dalam parit besar sebelah tu.

Apa pulak kata doktor kat hospital? Doktor cakap tak perlu buat blood test. Aku cuma diberi injection dan dinasihatkan supaya berhenti makan ubat antibiotik daripada poliklinik yang aku pergi sebelum ni. Doktor cakap aku hanya mengalami alahan ubat. Antibiotik yang aku makan sebelum ni tak sesuai dengan aku. Wah! Ubat pun merbahaya kan?

Alhamdulillah.. Lepas stop makan ubat poliklinik tu, merah-merah di kaki aku dah beransur hilang. Bengkak pun dah makin surut. Dah boleh terajang orang dah! (Amboih! Ada hati nak terajang orang? Bukan main lagi eh?) Heheh.. Lawak ja. Tak baik terajang-terajang orang ni. Dosa. Erm.. Cuma sengal-sengal masih belum hilang lagi ni. Nak jalan tu dah boleh dah. Kadang-kadang rasa kejang. Tapak kaki terasa menyucuk-nyucuk.

keadaan kaki aku ketika sakit

Terima kasih banyak-banyak kepada semua rakan-rakan yang sudi mendoakan kesejahteraan aku. Alhamdulillah.. Cuma sekadar alahan ubat. Tiada sebarang penyakit berbahaya. Dah! Jangan risau! Aku ok! (Bajet ramai yang ambil berat!) Hahaha..  Mudah-mudahan kita semua dijauhi daripada penyakit berbahaya. Moral of the story, bukan semua ubat sesuai dengan kita. So, hati-hati.

Link berkaitan : Doktor Pun Tak Pasti Apa Penyakit Aku?

SZ : Mood blogging jatuh mendadak.. Aku nak berehat sekejap daripada dunia blog.. ZZzzzzz..

56 360 juta komen:

alkisah69 said...

memang kami ambik berat pon kawan!

diari hidup said...

semoga cepat sembuh...:)

sicomot-comel said...

erk...takutnya tgk..

alahan ubat??
poliklinik tu punya salah ke??

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

rehat tenangkan fikiran...nanti mood tu mai balik..

=)

oshin said...

dah agak dah . saja malas nak bg perhatian lebih lebih wt kalut . Miiahhahaaahaha

nub said...

patot la lama hang xdak... aku ada ubat dia wey..tapi pengerasnya mahal. hahahaha

Wan Gerrard said...

dasyat la bro, semoga cepat sembuh..leh terajang main futsal nt :P

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

alhamdullillah tade apa :)

decrewz said...

Ptut la bengkak, suka terajang org yer..he3. Gurau je, jgn marah bro..

Ayuni said...

alhamdulillah...

qasehraihan said...

semoga awak tabah..
semoga awak kuat semangat..
semoga awak cepat sembuh..

bykkan berehat yerr..
slmt mlm..

mia.lia said...

moga cepat smbuh dan takde hantu..
whoops..hahaha XDD

Aisumi Chan Kawa'i said...

ehh.. nampak teruk jugak tuu.. get well soon :)

f_aRa_aINa989 said...

nnt upload gambar kaki dah ok..x kira...bukti kaki dah sihat...

p/s: sibukje faina ni!!!


haha..

nushin said...

dahsyat jugak rupanya bila alah pada ubat ni.....

iqbalhakimi said...

bro..moge cepat sehat yer..biasalah tu alahan ubat..sebab tu kena check betol2..alhamdulillah tak terok sgt tu =)

RuSh D said...

selamat takde pe2...semoga cepat sembuh bro...

ciknabil-a said...

semoga cepat sembuh.. huhu..
xpa rehat2 jew dulu smntara ngah x sihat nie.

midOri's said...

u...semoga cepat sembuh..iA xdew pape...huhu...

efa said...

get well soon SZ sokong bab ubat mmg tak semua org leh terima ubat!!

diana said...

bagus2 pi berehat..
makan angin..

tu la..
kalau ada bini kan senang..
boleh tolong picit2 bila sakit..
mintak tolong update blog ka..
kan???

Miss Ran said...

byk2kn doa..kalau betulla kite takley tak caye...em y pntg jage mkn minum...pckapan skalik..mne nk tau.......

najwa's said...

ya ampun, teruk gak kaki ko weh. pape pun, get well soon. :) :) pasni alert ubat mn ko kna pantang.

cik ciput said...

insyaAllah SZ..bnyk2kn berdoa..sapu minyak but-but HPA punya..insyaAllah akn sembuh..

naulofah said...

hmmm...forgot to ask important question..any allergic to medication..

Amirrah Zawani said...

uishhh nmpak mcm teruk gak tu..
semoga cepat sembuh yea :D

Amna.Qadeeja said...

hehehhe Alhamdulillah xde pape bt riso cheq je ngehehe
huhu 2la dah xde smgt nk berblogging skang xtao npe T__T

cek chun said...

gi la rehat rehat
tenangkan fikiran dan kaki tu

ruby bieha said...

moga cepat chat

mizzura said...

ui...serammm tengok...anw..semoga cepat sembuh..

Faeza Suhaimi said...

masuk hospital, tak masuk wad pun. cehh...

hahaha. hebak ah penangan ubat antibiotik tu. LOL :D

fatt said...

assalamualaikum solihin,
lama dah tak singgah sini sbb bizi...laaa, awat ni kaki jadi camni? takut aku tgk sbb bengkak campur bintat...aku hrp semoga kaki hang cepat sembuh...dan boleh lari terus..amin :)

Mohamadazhan hjDesa said...

moga cepat sihat bro!

ibu hidayahamin said...

Alhamdulillah...

Cik Ila said...

erk..ngeri.. :)

Nyssa Nuar said...

tak amik berat..amik rengan je..amboih..nk terajang org yek?? kang bengkak balik bru taw..
miahahahahahaha

wath said...

mak aih! seramnye tengok. dulu sy penah gak eksiden then lebam camtu. pastu nangis2. bukan sakit, tapi takut. takut dia tak baik nnt kaki jadi makin besar ke ape ke kan.
btw nasib baik da ok. hu~ seram!

sarah-najwan said...

alhamdulillah da sembuh..

**mood blogging akak pom da ke laoouutttttt...huhu..kebizian sgt2..

Chenal said...

nasib baik x jd kudis..

ct kamila said...

uish..bahaya noh..

moga cepat sembuh!

:)

Nur Misnan said...

haishhhh... dah baik kaki
nak mai sepak plak..
karang bengkak lain mai..

alhadulillah.. dah sihat ya bro
lepas nih jom p main bowling plak
jangan terseliuh sudah ler..

Izan Ishak said...

alhamdulillah...kalau takde pape yg serius. alahan pada ubat mmg kesannya menakutkan. anak k.izan pernah kena sekali, abis naik merah2 satu badan mcm kena ulat bulu tu.

kena ingat lepas ni ubat apa yg kita alah tu tau~ next time kena elakkan~

aLya said...

3 hari 2 lama la bro..hehe
alhamdulillah..xde pape..get well soon.. baye gak kan alahan pada ubat nie.. takot plak dengar..

Puteri Iqa Izyan said...

get well soon encik solihin. hee :)

yana said...

alhamdulilah..alahan je n xd pnykit srius pn. xD

Sephi Sephia said...

Salam

Kasihan padamu.
Cuba rawatan Islam kalau alternatif doktor tidak menjadi. Tabah dan semoga cepat sembuh.

~shidot~ said...

alhamdulillah..hope cepat sembuh ye!!!

~shidot~ said...

alhamdulillah..hope cepat sembuh ye!!!

Siti Hajar Masri said...

patutlah senyap je..aku doa ko cepat sembuh..untung kau kaki je mak kawan aku satu badan jadi macam tu puncanya alahan ubat..alahan ubat bahaya tau..lepas ni berhati2 makan ubat..:)

Siti Mashitah Saidin said...

jgan lupa makn ubat ya~

Miss Yaty said...

rehat ckup2 ye solihin...nanti tnjuk gmbr kaki lepas hilang bintik2 plak ye ;P

YOUsoF said...

Nasib baik bukan penyakit yang merbahaya bro..

Mungkin DIA nak ampunkan dosa² kecik kita dengan ujian² camtu kan.. Wallahualam.

Aku penah kena gatal² 1 badan dekat 2 tahun kot. Alhamdulillah skrg dah sembuh..

♕ Mr.IX ♂ said...

alahan ubat @ keracunan ubat leh berlaku...dulu aku makan ubt antibiotik + panadol = demam panas teramat sgt....tp reda semalaman jer.....

salam blogwalking

f_aRa_aINa989 said...

aurat..

;p

sissyira said...

salam

kalau doktor tak tahu, main puan hamba yang check kan..haha...

tak BW tak pe,asalkan ada entri.hehe

Qaseh dalia adelia said...

yaAllah nape smpai jadi camni huhu cepat2 sihat