Pages

Wednesday, March 23, 2011

Hukum Bercumbuan Tanpa Zina

Soalan : Apakah hukum seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bersentuhan dan bercumbuan pada pertama kali tanpa melakukan zina? Adakah dosa keterlanjuran ini sangat berat walaupun tidak berlaku zina? Apakah Allah akan mengampunkan dosanya sekiranya mereka ini telah insaf dan tidak mengulangi perbuatan ini untuk kali kedua?

Jawapan: Perbuatan tersebut sekalipun belum berzina tetapi ia telah membabitkan pelbagai dosa dan kesalahan yang ditegah Syariat, iaitu:

1. Ia menghampiri zina. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah kamu menghampiri zina” (Surah al-Isra’, ayat 32). Berkata Imam Ibnu Kathir; “Dengan ayat ini Allah menegah hamba-hambaNya dari zina, dari menghampirinya dan dari terlibat dengan segala sebab dan pendorong kepada zina” (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir).

2. Berdua-dua antara lelaki dan wanita bukan mahram. Sabda Nabi; “Tidak bersunyian (berdua-duaan) seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan akan menjadi yang ketiga antara mereka” (Sunan at-Tirmizi).

3. Menyentuh bukan mahram. Sabda Nabi; “Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216). Jika menyentuh sudah begitu hebat ancamannya, bagaimana dengan saling bersentuhan dan bercumbuan.

4. Membuka aurat kepada bukan mahram. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah mereka (perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak lelaki mereka…” (Surah an-Nur, ayat 31). Di dalam hadis, Rasulullah bersabda kepada orang lelaki; “Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau hamba perempuan yang kamu miliki” (HR Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, an-Nasai dan at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Lihat hadis ini dalam al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 264)

5. Tidak menjaga pandangan mata. Firman Allah; “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka…. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka” (Surah an-Nur, ayat 30-31).

6. Melepaskan nafsu seks mengikut jalan yang haram. Di dalam al-Quran Allah menyebutkan di antara sifat orang beriman ialah; “Mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian itu, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas” (Surah al-Mukminun, ayat 5-7). Perhatikan Allah menegaskan “sesiapa mengingini selain dari yang demikian itu” (yakni mencari jalan untuk melepaskan nafsu selain kepada isteri dan hamba sahaya) mereka adalah orang yang melampau batas. Dengan ayat ini Imam as-Syafiie menegaskan; Haram mengeluarkan mani dengan tangan (yakni melakukan onani) kerana ia termasuk melepaskan nafsu bukan kepada isteri atau hamba sahaya (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir). Jika melepaskan nafsu secara sendirian sudah dianggap haram, apatahlagi jika membabitkan pasangan yang bukan mahram, maka lebih-lebih lagilah haram.

Orang yang melakukan perbuatan sedemikian wajiblah ia segera bertaubat kepada Allah. Pintu taubat sentiasa dibuka oleh Allah dengan syarat ia benar-benar bertaubat nasuha iaitu dengan melaksanakan rukun-rukun taubat berikut;

- Meninggalkan maksiat tersebut sepenuhnya.
- Menyesali ketelanjuran lalu dengan sesungguh hati.
- Bertekad tidak akan mengulangi lagi.

Sebagai bukti kejujuran taubatnya, ia hendaklah mengubah hidupnya dari suasana maksiat kepada suasana taat (menjaga ibadah terutamanya solat, menjauhi pergaulan luar batasan antara lelaki dan wanita, bergaul dengan orang-orang soleh, mendampingi masjid dan majlis ilmu, menanamkan rasa takut kepada Allah dan balasan di akhirat). Hanya dengan berada dalam suasana ketaatan sahaja kita dapat memelihara diri dari terjerumus ke dalam maksiat. Di dalam hadis, Rasulullah bersabda; “Seseorang manusia itu berada di atas agama teman rapatnya. Maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa ia berteman” (HR Imam at-Tirmizi dan Abu Daud dari Abu Hurairah. Menurut as-Suyuti; hadis ini hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 4516)

Wallahu a’lam.

oleh : Ustaz Ahmad Adnan Fadzil

mia sara dan lisa surihani.. (sekadar gambar hiasan..)

* Lihat juga Khasiat Bercium

37 360 juta komen:

"Che Ain" said...

abg long jg adik2 elok nah..tme kaseh..hikhik..
Coretan Che Ain

qasehraihan said...

hohoho...macam2la zaman skrg..zaman dulu pun..tu sebabla mak marah sangat kapel2 masa skolah..hohho

yg penting iman perkukuh iman di dada..

Dawa said...

terima kasih atas persoalan dan jawapan yg ptt dibaca oleh smo golongan remaja sekarang

fadhdeela said...

xyah la nak wat bnda2 yg leh mendatangkan maksiat!!

Meh sini: Video: Memburu Impian with Kaza!!

toyolkiut said...

ingatan yg sangat baik..
hampir semua orang tahu tp buat jg..

terima kasih..

Cma Shiema said...

sah2 le bercium bkn mahram berdosa..
he3...jeles tgk mia n lisa ni...

shahjiehan said...

cumbuan antara perempuan dan prmpuan zina juga ke?huhuhu

jom baca dan komen Kereta jadi padang golf mini

GreenAppleKu.com said...

Betul tu toyol kuit, orang tahu tapi mereka buat juga. Solihin, epal hijau memang masam tapi masam tu kan penawar, ubat. Grrr..

Nor Suhaiza said...

huhuhuh...dh xsabr sgt nikah terus..
ari2 nk bcumbu pun xpew..xda sape hlang...
hahahahaha...
:P

putERi-kAtEk said...

uhuhuhuh

ramai yang ckp, xpe aku tak berzina pun, ringan2 aje...

tapi tetap dosa kan?

ibu hidayahamin said...

ciuman ibu untuk anak tersayang je... ciuman restu & kasih sayang...

wath said...

jgn kan becium..pegang tangan pn berdosa..kuar berdua2 an pn berdosa..tapi tgk zaman skrg macam tak je kan.

f_aRa_aINa989 said...

kalau sentuh kulit pun dh dosa..apatah lg cium...

ish3...

cik ciput said...

emm semoga kita semua dijauhkn drpd api neraka..

pesanan kepada semua: jgn bercium sembarangan =))

Solihin Zubir said...

@shahjiehan : bercumbu sesama pompuan, tu lesbian.. lg laknat.. haha..

cium budak2 pon haram kalau smpai naik nafsu shahwat..

echah mashuri said...

boleh pandang2 jgn ringan2barulah bertambahh syanggg.huhuhu

LiFe KaMi said...

nasihat yang bgus sbab ramai skang yg tepengaruh dgn aksi kat TV tu..
tunggu lah akan tiba masanya apabila kita berkahwin nanti..

Qaseh dalia adelia said...

tggu malam pertama lah nak bercumbuan pung ! haiyaaa haha tq

FariehanIbrahim [LBC] said...

ringan2 lama2 jdi berat..aishhh! haha
nice en3! ^^

diana said...

balik dari deting pun nak cium jugak..
kat tempat deting tu dah cium dah..
lepas hantar gf balik gf lak cium tangan laki tu..
salam la konon..

Ujang9897 said...

sebab tu aku tak sabar nak kawin..=)

faten muhamad said...

nauzubillahiminzalik~

cek chun said...

k chun sokong ujang

ciknabil-a said...

macam2 benda kena jaga skunk. lau tak, mmg byk dosa. huhu..

nub said...

terbaekk aa nih..

nak cium gak ah, tapi awek tadak g..pinjam hang punya... ghahahaha

azwa_amani said...

best ke kiss ni???...kot ye pun teruja nak test...tunggu lah kawin...ape lah..

SyedGraphiX said...

errr..best ke? HAHA

GamUHU said...

ok! kawen dulu baru buat.

Anonymous said...

Salam.
saya hanya ingin share 1 perkara.
saya pernah bercumbu dengan pasangan sy tanpa ikatan yg sah.malah kami pernah tidur bersama tanpa dia memecahkan dara sy. tp skrg sy sudah menyesal sgt2 dan telah minta putus dri dia. masalahnye dia xnk lepaskn die. bg die sy shj tempat die utk share mslh atau ape2 shj.
saya nak tye, adakah kami msih bole berhubungan, walaupun kami berjanji takkn mengulang perkara terkutuk itu lg.
*die penah smpai mencedrakan diri apabila sy tidak mengendahkan nye.

-ANON F-

Misyahzniirf Alid said...

seelok2nya cuba elakkan melakukan perbuatan tersebutkan ...

Solihin Zubir said...

@Anonymous : Jika anda benar2 insaf, anda tidak akan berhubung lg dgnnya krana dikhuatiri perkara yg silam berulang disebabkan tewas dgn bisikan syaitan.. lagipun, dia pernah mencederakan anda.. Bolehkan anda terima lelaki mcm tu sbg teman hidup? itu belum berkahwin dh smpai mencederakan..

fikirlah yg terbaik utk diri dan agama.. insyaAllah..

hafiz hafizol said...

solihin zubir bace elok2 komen cik anon.. bukan mencederakan dia lah, tapi mencederakan diri sendiri... adoiii... huhu

Solihin Zubir said...

@hafiz hafizol : ha'ah la.. tak prasan pulak.. dia cederakan diri sindri sbb pompuan tu berjauhan ngan dia kot.. try dok berdepan, tak mustahil pompuan tu dicederakan.. heheh.. pendek kata, mmg takleh wat laki org mcm tu..

Anonymous said...

salam semua saya pn mengaku prnh b'cumbu... tapi skrg saya t'sedar bhwa smasa b'kwn dgn bf tu dulu dia telah mengenakan sihir pengasih pd saya supaya b'tambah2 syg saya pd dia... bagaimana hukum mslh ni pada saya... skrg pn saya msih dlm proses b'ubat... Syukur Alhamdulillah x sampai wat lebih dr itu...

Solihin Zubir said...

@Anonymous : sihir tu bukan kehendak anda kan.. so, tak ada mslh.. cuma perlu berubat dan berdoa agar dijauhkan dgn segala jenis sihir..

Anonymous said...

terima kasih atas jwpn saudara... yup skrg msih b'ubat... x sangka sya t'kena sihir mcm ni... semakin menjadi2 plak sihir2 ni... pelik manusia sanggup m'syirikkan Allah demi kepentingan diri... TQVVVM.. :)

Anonymous said...

kiss dah langgar 3-4 hukum Islam so haram la.

1) Sentuh boy-girl pun dah salah. Ni kan kiss.
2) Kiss boleh bwk ke zina. Nanti ada perkataan, "ala..."... cth: "ala, I nak tengok je la." "ala tu la..." "ala ni la..."
3) Kiss naikkan syahwat... so haram.

Dosa kiss antara boy-girl yg x kahwin n bukan mahram dosa besar.

Balasan di akhirat mungkin = 500 tahun di dalam Neraka.

Sorry, aq xda source. Tp, aq penah baca Sahih Bukhari/Tabari tentang ni.