Pages

Saturday, March 5, 2011

Hospital Swasta Membahayakan Nyawa dan Cekik Darah?

Salam A'laik.. Apa habaq semua? Harap semua sehat la nowh.. Hari ni aku nak meluahkan ketidakpuasan hati terhadap sebuah hospital swasta yang hampir membahayakan nyawa family aku.

Kalau sakit, hangpa semua selalu pi check-up kat mana? Hospital kerajaan atau swasta? Masing-masing mesti ada pilihan dan sebab tersendiri kan. Ada yang lebih gemar ke hospital kerajaan kerana kos rendah dan percuma. Ada yang sanggup bayar lebih kepada hospital swasta kerana prosesnya lebih cepat berbanding hospital kerajaan yang mempunyai berduyun-duyun pesakit.

Bagi ayah dan mak aku, diorang lebih gemar ke hospital swasta sebab prosesnya lebih cepat. Walaupun kosnya mencecah ribuan ribu ringgit, tapi diorang tak perlu risau sebab ada insurans yang menanggung. Dalam kebaikan, pasti ada keburukan. Dua tahun lepas, ayah aku hampir dibedah kerana sakit jantung. Tapi sekarang, jantungnya semakin pulih walaupun tanpa pembedahan. Hanya menggunakan alternatif lain.

Tahun lepas pula, mak aku dikatakan menghidap penyakit SLE (Systemic Lupus Erythematosus). Buah pinggang mak aku hampir ditebuk. Tapi mak aku mintak tangguh dan buat keputusan untuk pergi check up kat hospital kerajaan. Rupa-rupanya penyakit mak aku hanya disebabkan alahan ubat. Bukan SLE. Pihak hospital swasta tersebut hanya memohon maaf di atas kesilapan mereka. Kalau diikutkan, saman boleh dikenakan.

Kebetulan pada hari tersebut, adik bongsu aku demam. Alang-alang kat hospital swasta tersebut, check -up kat situ saja. Tapi, tak pasal-pasal pulak kena tahan di wad. Kononnya nak buat kajian sebab apa demam adik aku tak kebah. Melayanglah hampir RM2000 sebab adik aku tiada insurans.

keadaan muka pesakit SLE.

Apa yang aku boleh buat kesimpulan di sini, hospital swasta tersebut hanya mementingkan wang ringgit serta keuntungan semata-mata berbanding keadaan sebenar pesakit. Kalau tak, masakan diorang dengan senang-lenang mahu membedah jantung ayah aku walhal ada alternatif lain? Mujur buah pinggang mak aku tak ditebuk hanya kerana alahan ubat disebabkan keyakinan doktor mengatakan mak aku menghidap penyakit SLE.

Maaf dipinta andai ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan aku. Aku akui, tak semua hospital swasta macam tu. Harapan aku kepada pihak berkenaan, jangan terlalu ghairah mengejar wang sehingga membahayakan nyawa pesakit. Dan tak semua ubat sesuai dengan kita. So, hati-hati. Aku pun dah kena jugak. Tak pasal-pasal tompokon merah di kaki aku dikatakan sebab penyakit PURPURA. Padahal sebab alahan ubat.

SZ : Maaf sebab lama tak ke udara. Sedang berusaha untuk mengembalikan mood blogging yang menjunam teruk. Entah kenapa rasa macam dah hilang nafsu nak blogging.

33 360 juta komen:

intan.maisarah said...

haha,
=D
memang duit bagai air jika masuk hspital swasta

topimagine said...

hospital swasta saje je nk dapat income cepat kn.. jgn ingat kita sume ne bdh kn.. kite leh tuntut hak kita...

entry terbaru - SETIAP SEKOLAH ADA HANTU SENDIRI

SyedGraphiX said...

hoispital swasta ni..ubat die lg kuat bbanding ubat dari hosp krajaan. so, kalau dah terbiasa dgn ubat swasta.. bdan kita akan nak ubat tu jgak. ubat len da x makan da

shahjiehan said...

nafsu blogging tu penting cheq oi.. hahaha

dah sihat ka?

putERi-kAtEk said...

alahan ubat???

bahaya nya....huhuhu..

baru teringat, ada jugak kawan alahan antibiotik, jari dia bengkak n jadi biru... huhuhu

RuSh D said...

bahaya jugak nie...kena double check ler pas nie...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

Kira family SZ memang ada alahan ubat la kan ni??

nasih baik xkena tebuk buah pinggang tu..

haihh... xpasal2 ja....

Eryati said...

sy juga kehilangan mood utk blogging...

Panglima Muda said...

bila maleh beratur di hospital kerajaan, pergilah ke hospital swasta, boleh cerita kat orang kampung tentang kemampuan kita, andainya malaikat maut boleh terima rasuah atau tersilap... bayaklah orang begembira

Wan Gerrard said...

hmm mungkin hospital tu je kot, jangan ke hospital tu lagi bro..

Almy said...

Memang sokong...

ibu hidayahamin said...

aku memang ada pengalaman mendapat rawatan dari ke2 hospital ini... hospital swasta memang 1st class namun ongkosnya memang mahal, tapi puashati, kalau hospital kerajaan pula memang kena banyak bersabar...

khairunnisa ♥ said...

pernah kena caj RM500 dua hari di hospital swasta =.=" alhamdulillah your mum minta tangguh. if ada apa apa tentang ubat, refer pada pharmacist. ada certain ubat tak boleh dimakan dengan makanan lain and ikut masa. hmm, happy ber-blogging solihin ^_^

nub said...

jijik gila cara hospital swasta tu.

dem geram2! haishh

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

betullah tu, tak apa len kali semua manfaatkan hospital kerajaan.

*kamu alahan ubat maacam mak kamulah kan~

cek chun said...

K chun pun perasan, ada yg tk bertanggungjwb nak cari income lebih. Sakit sikit je, terus admit.

Kalau kat penang ni, ada sebuah dekat bayan lepas, pantang pi check, manjang suruh admit. Lebih lebih lgi kalau ada insurans. Selalunya penuh dengan orang kerja kilang la. Boleh depa claim banyak banyak.

D best thing is, u ask around. Mana hospital yg berbaloi dengan ur money.

sarah-najwan said...

setakat ni..jika sakit demam anak2..akak pi la klinik swasta yg dekat rumah..murah je byrnnya..

akak bersalin dkt spital kjaan dan alhamdulillah layanan utk akak amat baik..

xkisah pi mana2 janji kita mampu atau yg memberi keselesaan pada kita..

YOUsoF said...

Kalau aku kat tempat ko pun aku rase camtu Lihin... Kat situ dah nampak diorang lebih pentingkan keuntungan duit, bukannye keuntungan membantu insan lain yang memang patut ade pada setiap doktor kan..


moge family ko sehat² je..

Cik Miera said...

hmm hospital tu je kot...mgkin hospital lain x..

Amna.Qadeeja said...

huhu kalo p hospital swasta service mmg topla tp cekik darahla huhu kdg2 ade sesetengah 2 trllau pntgkn keuntungan.. sggup disaman tuh yg xthan..

Alhamdulillah family kamu da oke =)

TiKa LEh said...

bahaya gak tu kalo mcm tu...suka hti je nak duit org...

Siti Mashitah Saidin said...

eh.. slalu pegi hospital mana? kat kedah ka hospital tuh? kami suka pmc...
mahal skit, tapi puih ati....

tuh la, kadang2 bergantung kat doktor kat situ....
saman ja hospital tuh...
tak pon, kita bakor ja...hehehe

echah mashuri said...

ishh..bahaya jgak gitu.nasib baik xsmpt tbuk pinggng mak ang.ishh.bahaya nyaaa...saman satu jutaa lah!grrr.

spital krjaan ngn swsta neh ad pro n kontra dia.ad baik buruk dia.

aLya said...

lau my family, g private bila pnyakit cam alergic n bnd bese2 cm demam. tapi lau bnd seyes cam jantung better g kerajaan sbb kbnyakan private akan refer pada kerajaan gak :)

sabar ye solihin..udah sihatkah kamu?

Nyssa Nuar said...

wow...sib baek tak penah g kat swasta...jimattt..hehehehe

f_aRa_aINa989 said...

ehem...awak hilang mood sbb saya pun jarang update kan??

ngeh3...haha...

:P

Puteri Iqa Izyan said...

beyse pergi swasta je..

kerajaan pun ade jugak.

kalau mcm kes ni, maybe sikap x bertanggungjawab pihak swasta tu senriri jugak.
x patut dieorg buat mcm tuh..

Mohamadazhan hjDesa said...

salam

kes naya bro. Doktor senyum saja dah sepuluh ringgit.hehe

sissyira said...

salam

setuju2...anak sedara demam p hospital swasta terus terbang 200 untuk perkhidmatan tak sampai 5 minit..depe lebih pentingkan wang daripada keadaan pesakit.huh

Siti Hajar Masri said...

hospitak swasta memg nk cr duit saja..kalau dh check up mesti kena masuk wadlah supaya dpt duit lebih..:)tp x semua mcm tu..

Nulia said...

sebab itulah sya tak suka pergi hospital swasta .... menci sya bila diigtkan balik perstiwa di hosptl swasta ...hurm....

diana said...

sebab tu kalau demam ke apa baik pi klinik /hospital kerajaan.ubatnye lain sangat dari klinik swasta ni.klinik swasta ni ubatnye makan dah nak habis tapi demam tak kebah2..
pelik..pastu siap pesan esok kalau tak sihat datang sini lagi..
heheh

Miss Yaty said...

klinik swasta dan hospital kerajaan 2 2 de pro n con nye.....

yaty dah penah rse keburukan di klinik swasta dan keburukan di hspital kerajaan..tak dpt nak ckp mane yang lebih baik...

yang pasti klinik swasta memang cekik darah!!