Pages

Tuesday, March 15, 2011

Fenomena Supermoon : Bulan Semakin Dekat Dengan Bumi

Hari Sabtu ini, 19 Mac bersamaan malam 15 Rabiul Akhir 1432H para saintis melaporkan satelit bumi iaitu bulan akan berada paling hampir dengan bumi sejak 18 tahun lalu.

Lazimnya jarak bulan dengan bumi adalah sejauh 406,300km tetapi pada hari berkenaan jaraknya semakin hampir kira-kira 356,700km iaitu 49,600km lebih hampir dari hari-hari biasa. Kerana itu pada hari Sabtu nanti bulan akan kelihatan lebih besar dan lebih terang bercahaya berbanding hari-hari lain.


Fenomena ini menarik dan sudah pasti membuktikan kepada mereka yang beriman betapa hebat dan besarnya kuasa Allah swt.

Menurut akhbar The Star: [KLIK SINI!] terdapat laporan “online” yang mendakwa bahawa fenomena ini akan turut mengundang malapetaka dengan ribut taufan, gempa bumi, letupan gunung berapi dan berbagai lagi kejadian alam yang bakal meranapkan bumi.

Sudah pastilah dengan kejadian gempa dan tsunami di Jepun Jumaat lalu ramai yang akan panik dan bimbang dengan dakwaan ini.

Namun menurut Prof Dr Chong Hon Yew pakar astronomi dari USM tiada bukti saintifik yang memungkinkan kita semua perlu panik.

Di saat begini elok sangatlah kita merenung firman Allah swt di dalam al Quran, surah az Zumar : 38..

Maksudnya :

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".

Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakkal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah dari Allah. Dia yang menyebabkan segala-galanya. Dia yang berkuasa atas segala sesuatu, Subhanallah.

sumber

31 360 juta komen:

ibu hidayahamin said...

subhanaallah
Alhamdulillah
Allahhuakbar...

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

Subahanallah...

Nur Misnan said...

semakin bayak petanda yang Allah SWT
berikan.. semoga kita sama2
perbaiki diri dan dekatkan diri
pada-Nya..

P.S. Takut sgt bila dengar perkara nih

sarah-najwan said...

setiap kejadian Allah ada maksud tersurat dan tersirat

sbg manusia..kita patut muhasabah diri..

dan percayalah..setiap kejadian jugak..allah sudah beri hikmahnya..

qasehraihan said...

subhanallah..
kuasa yang maha Esa




http://qasehraihan.blogspot.com/2011/03/kasih-yang-tak-dianggap.html

f_aRa_aINa989 said...

Muhasabah diri..

Dawa said...

harap2 segala kemaksiatan yg berleluasa di Malaysia ni takkan menjadikan Malaysia sebagai tempat turunnya bala Allah...semoga Malaysia kembali ke landasan Islam yg sebenar

diana said...

subhanallah...
ramai yang dah siap sedia nak ambik gambar..:p

cik ciput said...

subhanaallah..kuasa Allah tiada tandingan..teringat kisah mukjizat Rasulullah SAW, bulan terbelah dua..

ct kamila said...

subhanallah...

a.samad jaafar said...

salam buat solihin..
sejak kebelakangan ini, ada sahaja fenomena yg membuktikan betapa Maha Besarnya Allah.. tentulah ianya merupakan suatu peringatan kepada kita.. namun, apakah kita menyedarinya..???

shahjiehan said...

hahhaa.. tanak jual blog weh.. sentimental value nih... bukan senang beb...

jom baca dan komen Patutkan aku membeli Blackberry Torch 9800?

aku cek blog hang lagi mahai... 77k... ceh..bleh buat kawen!!!

aLya maNip said...

kuasa ALLAH desekeliling kita tapi seme macam tak pernah sedar..
sama2 muhasabah diri n ingat mengingatkan :)

Izamir Ridzwan said...

kun fa yakun.. Allahhuakbar

eqbalzack said...

kuasa Allah s.w bro...

Mohamadazhan hjDesa said...

dekat kiamat dah kita ni...

Nulia said...

Masya-Allah , itu satu petanda Allah turunkan supaya kita yg degelar Islam segera betaubat dan beribadat ... ^_^Cuba lihat , Allah sgt menyanyangi kita .. Dia memberi amaran supaya kita besdia ...tetapi org di luar sana sedar atau tak ???
Allahhualam ...

^_^ ...ini yg saya suka blogsolihin ni ..berinfo sungguh .... ^_^

echah mashuri said...

subhanallah!takuttt...:(

Sery Suryani said...

Subhanallah..
kena kuar tgk nie..
Kuasa Allah tiada tandingan..

Woofer Storm said...

dunia nak kiamat...persiapkan diri dgn sebaiknya,itu yang sepatutnya..

sekamar rindu said...

salam...satu fenomena yang jarang berlaku..

kena rakam ni..kalau cuaca baik..:)

sissyira said...

salam...

kehebatan Tuhan terserlah...

Pakcu said...

ya Allah takutnya dengaq

LiFe KaMi said...

Sesungguhnya Allah SWT Maha besar, bila Dia berkehendak sesuatu maka jadilah ia..

eszol raar said...

we shall wait n see

cek chun said...

subhanallah.
byk dah contoh-contoh tuhan dah tunjuk kat kita kan..
kena ambik iktibar la.

btw,
ingatkan sailormoon je ada :p
supermoon pun

Almy said...

Jom sediakan Nikon skrg ^_^ Bkn sng nk tgk cmni an, rezeki Tuhan bg ntk lihat tyme hidup ni..

The Crow Empire said...

Tuk pengetahuan solihin. Waktu mcm ni, water tribe (puak air) akan menjadi lebih kuat. Manakala puak fire tribe (puak api) akan jadi lemah. koh3..

Time ni jgk adalah waktu paling sesuai untuk manusia ke bulan. Dekat sikit. Tambang pun lebih murah. keh3..

Apa pun, ini kebesaran Allah swt. Byk lagi perkara yg boleh terjadi.

(^____^)

SyedGraphiX said...

Subhanallah . tp serius x pnah dgr supermoon.

yaya said...

subhanallah. Allah Maha Besar.
semoga kita terus taat kepada-Nya.

wany said...

akan tiba jugak harinya, huhu takut.