Pages

Thursday, March 31, 2011

Fakta Yang Auta dan Sengal!

Tahukah Anda?

1. Apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

6. Bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

7. Gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

8. Orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

9. Ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

[sumber : facebook]

SZ : Ada masa kita melawak.. Ada masa kita serius.. Ye tak? Heheh..

33 360 juta komen:

azharr said...

hehe..sengal

oshin said...

punca punca . Miiahahahha . sakit kepala gelak . ggrrrr

AMMAR YASIR said...

Bhahahaha..sempoi gila..tak tahan..nk gelak...bhahahahaha

Pembawa_Wacana said...

Disebabkan entri ni...aku folo hang..ha ha ha

tipah said...

ahaha. nak minum air sirap ar cmni. cey

Qaseh dalia adelia said...

haha tuan blog pun sengal ..yup ada masa kita tido :p

qasehraihan said...

gelak gila baca yg no.4..haha

qyqa said...

LOL!!! bapak sengal. haha

azwa amani said...

adehhhh..sakit perut gelak..

yana said...

hahaha..memg sengal..:P

Panglima Muda said...

aku nak tumpang suka....

Nyssa Nuar said...

hahaha..ingt kan nysa je ngek nget...rupe nye..ade geng! miahahahahaha

sarah-najwan said...

sekali sekala kita kene gak belawak utk hilangkan stres mress..

akak dah buat tagged kamu solihin..hehehe

Nur Misnan said...

huhuhu.. i like

ishiko said...

hahaa.. sengall~

ishiko said...

hahhaa.. sengal~~

diana said...

hahha..
memang sengal la..

Cma Shiema said...

he3..layan jer la...

The Crow Empire said...

ngehehe.. pecah perut sy gelak. Yang no 2 dan 3 tu paling kelakar. koh3..

Jangan cakap helicopter, KLCC pun belum tentu terbina kalau takde air sirap. hehehe..

(^___^)

ibu hidayahamin said...

hehehehe....

haneyzatul.amira.amran said...

adehhh.. sabo je r! :)

pena said...

haha.. memang sengal..
paling suka yang no 3 tu..

cek chun said...

sakit perut bertambah bila habis baca fakta di atas.
ni fakta bukan auta
kohkohkoh

toyolkiut said...

mmg fakta mncabar nih!
hehe..

yusz78 said...

bagus utk menghilangkn kemerengan diri sesekali sekala...haha

Faeza Suhaimi said...

memang sengal. lol.

shahjiehan said...

belit2 ayat hg pon lawak jugak! hahahahha

niceeee!!

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

sengal sangat`

NURUL NAZIRA said...

terbaek gilerzz ;D

Mia Auburn said...

facts ni mmg sengal...rofl xx

Mia Auburn said...

facts ni mmg sengal rofl

ciknabil-a said...

apa yg cuba di sampaikan neh? hehe.. :D

f_aRa_aINa989 said...

haha...fakta yg tah pape..