Pages

Friday, March 11, 2011

Balasan Terlanjur Dengan Bekas Kekasih

Zaman sekarang, nak cari awek memang senang. Petik jari, 10 yang datang. Tapi, nak cari bini tersangat-sangatlah susah. Yela.. Semua orang nak yang baik-baik saja. Yang suci murni. Perempuan pun sama. Mesti nak lelaki yang terbaek. Yang masih teruna dara.

Jom kita ikuti dialog kat bawah ni. Mengenai seorang Lelaki yang terlanjur dengan kekasihnya, Wanita A. Setelah segala janji ditaburi. Selepas puas menodai. Si Lelaki sebaliknya memilih Wanita B yang kononnya masih suci untuk dijadikan isteri. Tinggallah Wanita A menyesal tanpa henti. Dialog di bawah bukan idea asal aku. Semoga ia dapat memberi iktibar kepada kita semua.


KETIKA SEDANG HANGAT DILAMUN CINTA

Wanita A : Sayang.. U cintakan I tak?

Lelaki : Ishh! U nii... Ofcoz la I cinta kan U. Sangat-sangat tau! Kalau U takdak, I boleh mati woo..

Wanita A : Betol? Siyes ni?

Lelaki :  Ye Sayang.. I tak tipu.. I swear!

Wanita A : U ni, jangan la raba-raba I..

Lelaki : I raba sikit je la Sayang.. Tak luak pon..

Wanita A : Taknak la.. Kalau terlanjur macam mana?

Lelaki : Kita kahwin la.. I pi jumpa parents U nanti.

Wanita A : Betul U nak kawen dengan I ni?

Lelaki : Betul Sayang.. Sumpah.. U diam ja.. Jangan cakap apa-apa. I pegang sikit ja ni..

(Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. Tetttt..)

SETAHUN LEPAS ITU

Wanita A : Sampai hati U tipu I.. Dulu U kata nak kahwin dengan I. Tapi bila U dah dapat 'barang' I, U nak kahwin dengan perempuan lain pulak..

Lelaki : I lelaki.. U ingat I nak kahwin dengan perempuan yang senang-senang I boleh dapat? I nak perempuan yang suci saja untuk dijadikan isteri. Bukan perempuan macam U.. Yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki yang belum bergelar suami. U ingat I bodoh nak kahwin dengan U?

Wanita A : Sampai hati U cakap macam tu! Dulu masa U nak, macam-macam janji manis U bagi. Tapi skrg U salahkan I plak?

Lelaki : I lelaki.. I cuma nak uji tahap keimanan U.. Tapi U bagi.. I ambil la.. Rezeki jangan ditolak.

Wanita A : U memang jantan tak guna! I menyesal kenal dengan U..

Lelaki : U menyesal? Ada I kesah? Janji I puas.. Eh! Jangan lupa datang kenduri I nanti.

Wanita A : U akan dapat balasannya nanti..

MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA B

Lelaki : Sayang... I love U so much..

Wanita B : Me too Sayang..

Lelaki : I bertuah dapat kahwin dengan U.

Wanita B : I pun, Sayang.. Tapi sebelum tu, I ada something nak bagitahu U. Tapi U janji jangan marah tau.

Lelaki : Ok, pomiz.. Apa dia Sayang? Cakap la..

Wanita B : Sebenarnya.. U bukan lelaki pertama yang tido dengan I.. Sebelum kita kahwin, I pernah tido dengan semua teman lelaki I.. Untuk suka-suka.. Cari kepuasan.. Tapi bila nak kahwin, I cari lelaki baik dan suci macam U untuk dijadikan suami I.. Supaya U boleh bimbing I kembali ke pangkal jalan. U tak kisah kan?

Lelaki : WHAT????? *pengsan..


Nampak? Nak cari bini bukan senang woo.. Tapi elok sangatlah Lelaki tu kena macam tu. What U give.. U take back.. Ketiga-tiga watak di atas bodoh dan diperbodohkan. Memang betul la. Lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya. Allah itu Maha Adil. Jangan mengambil mudah hukum Allah. Semoga kita semua dijauhi daripada perkara sebegitu. Nauzubillah..

Jauhilah maksiat. Kahwin dulu, baru merasa. Perempuan bukannya kereta. Boleh test drive. Kalau sedap angkat. Tak sedap tolak. Hantaran pun janganlah tinggi sangat. Sebab bukan kereta. Heheh.. Jangan marah.. ;-p


SZ : Sekadar nasihat untuk diri sendiri yang pernah terlanjur. Upss.. Terlanjur kata je.. I teruna lagi taw.

43 360 juta komen:

fRaMe+LenSeS said...

bagi tuba kat orang len, dibalas tuba oleh orang lain.. yang memberi susu? tadak noh. hihihi.. peringatan baik untuk semua.. ;) what u give, u get back. ;)

arep_lockermonth said...

padan muke!!

qyqa said...

jauhi bunga-bunga zina,
jauhi zina.. =)

nuriz said...

nampak nampak!! nazmi raja lawak cakap hehe
lelaki yang baik utk perempuan yang baik , perempuan yg baik utk lelaki yg baik
insyaallah

f_aRa_aINa989 said...

perempuan baik untuk lelaki yg baik, perempuan jahat untuk lelaki yg jahat..


what goes around comes around...

Siti Hajar Masri said...

ye..setuju..byk lelaki skrg nk test dulu..jgnlh gitu ye..lelaki yg x luak kalo dah terlanjur..pompuan?aku pun ada ank dara..takut gak..

pasti ke hang masih teruna?haha~

Myra Jay said...

Nasihat yg baik dan cerita yg boleh dijadikan panduan untuk girl dan lelaki luar sana..
Janagn ikut nafsu...

Dekcik said...

hahaha...padan muke dye watak laki dlm 2 konon bijak sgt lah 2..alih2 kene balik..2 lah balasan dye..

Nor Suhaiza said...

hahahaha...padan muka.masing2 kna tipu...
amik ko....
tp mmg pon..sejahat2 dan senakal2 seorang lelaki, untuk dijadikan isteri die akn cri yg terbaik...
tp zaman sekarang ni boleh dikira dgn jari brapa org yg masih da dara...zaman dh berubah..may be sbb 2 kot lelaki2 ni nak test drive...
ha3...

Dawa said...

aku pernah dgr, lelaki baik hanya utk perempuan baik. dan begitulah sebaliknya. so doa la byk2 utk dpt jodoh yg baik dan doalah byk2 juga supaya kita jd org yg lebih baik :)

~nsar~ said...

sokong banget...
n baru prasan... blog2 fofular ari ni mostly cakap pasal kawin... huahuahua

Miss Ran said...

laju je ngaku teruna

najwa's said...

hehe padan muka kan? wat goes around, come around. :P

pompuan baik tuk laki baik jek. :)

zarra nazura said...

hoho en3 yg baik...n utk d jadikan teladan...ngeh3..pada pompuan jgn la mudah2 jer nak serah 'mahkota'...fikir la guna akai....lelaki 2 pun sma...jgn nak amik kesmpatan...jauhi2 maksiat...

yana said...

allah itu maha adil kan??sume yg b'laku msti ad sbb cm crte ni..

ske la bce entry2 awk..port mlepak+sntai..(idea2 yg bernas)
keep blogging yeah!:D

shigellazoster said...

ngeh3,... sangat best cite kat atas ni... sometimes da kene pada batang idung sendiri pun bagus kan.....huhu.....
sy pegang ayat tu!~.... perempuan yang baik untu lelaki yang baik dan lelaki yang baik juga untuk perempuan yang baik!~>.. tapi BAIk tu hanya tuhan yang tahu... so JODOH pertemuan di tangan Dia yang berkuasa,.. :)

toyolkiut said...

untuk si teruna bernama solihin zubir..
TK pun kdng2 pikir jgk, knapa la orang2 skrg suka mrosakkan maruah sendiri dngn perbuatn cm tu kn..
cm xde pe2 pun bg mreka..

Imran nyambek said...

macam dalam drama.haha

cik ciput said...

Ouch, I masih teruna lagi x tahan..haha..

**well, setuju ah dengan entri ni..some call it karma..

oleh itu kawan2, jauhi maksiat!

diana said...

tu la..
tak baik la menganiaya kaum pompuan ni..
kami ni insan yang lemah pada rayuan manja..hehehe...
da kawen nanti dapat yang dah ditebuk tupai lain apa kome rase??
marah kan?/
jadi kita kena la saling melindungi.

sicomot-comel said...

tu lah,,nk bodohkan org tp diri sendiri yg dperbodohkan..hoho


p/s: pesanan yg terakhir tu amat sangatlah tak boleh blahhhh..hahaha

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

haha, betul tu. Jauhilah Zina.

*wah sempat terlanjur kata dia teruna lagi tu..hahahah

annenyss said...

wut goes around comes around hahaha
tu la nak buat tak pikir dulu.haha

sissyira said...

salam

hahhaha..gelak jahat....pernah baca ni sebelum ni..padan muka laki tu...perempuan pun sama....

erk...pasal hantaran tinggi tu..no komenlah...kwn kita tak nak hantaran pun, tp sebelum dia setuju, satu kg dh ckp, belajar tinggi tak nak hantaran..macam bodoh je...sabo3...

Almy said...

Betul tu, kalau kita bg kacang, kacang la kita dpt ^_^ Yg pnting, slgi kita setia dgn agama dan tuhan kita, slgi itu kta akn setia dgn manusia..

Ayuni said...

erm, ppuan pun ada harga diri

wath said...

hm..ade sudut lain gak pasal terlanjur ni. tapi mmg la..zaman sekarang ssh nk ckp sape yg still dara. uhuu~ takut!

ct kamila said...

pengalaman ak sendiri, kawan ak siap slm cium tgn,pegang pinggang bagai dengan pakwe dia dpn2 ak..


kalo ak mak dia, menangis 40 hr 40 mlm dpt anak cenggitu..

sob sob sob.

Faeza Suhaimi said...

ahahaha, ending kelakar. terbaek lah.

RuSh D said...

mcm tue ler benda tue berpusing balik...rosak2..huhu

chilled said...

@ct kamila

to kalu kita mak dy..mslhnya mak diorg ni xrsa pape..kwn sy pon da gak cmtu..1st time tengok mmg trkezut beruk waa..hrap2 dy msih suci lg..huhu

wany said...

btul sgt2...what u give u get back...
sy amik banner awak...mcm mana yer nak dpt kotak2 ntok letak banner tuh...kasi ajar boley??

dila bahar said...

betul tu... peringatan pada diri sy sendiri. tQ.

wanie m'nJ said...

untung terlanjur kata.baru ingt nak reject!!haha*gurau je*

ciknabil-a said...

hehe pandai la abg solihin wat ayat nak post. nabilah setuju ngn citer cm tue. dan lelaki yg baik utk pompuan yg baik. dan smua tue karma. lau berani wat kat org pasti akan kena diri sndiri balik.
*simpang! kata usop cam dlm citer hantu kak limah. hehe.. :)

cek chun said...

terona yer..muehehehehe

Miss Red said...

tergelak i baca post kali nie..yup.
kita sebagai perempuan wajib la jual mahal..peduli la orang nak kata apa..Dia nk tamggung dosa kita ker..mengutuk dan mengata je la pandai..hahah..by the way...saya memng sokong 100% dari dulu lg kempen nie!!!!>>:)

Wan Gerrard said...

jauhila maksiat, betul2~

shahjiehan said...

kumpul la duit byk222!!! hahahhaha

azwa_amani said...

sangat suka... :)...entry ni bagus..betul tu..laki yg baik tuk perempuan yg baik...itu Janji Allah..tapi sekiranya tidak, mungkin Allah merencanakan sesuatu yg snagat baik untuk dirinya..

InfoLepak said...

memang terbaik la cerita nie.... bagi kesedaran.. ingat buat jahat dapat balasan baik ke

noratiqah basri said...

pasangan kita adalah cermin kita
^^

Anonymous said...

JANGAN SALAH SATU PIHAK SAJA
KESALAHAN BUAT DOSA ADALAH TANGGUNGAN SENDIRI.SAYA WARGA BARU PENCEN PERNAH HIDUP DIZAMAN SEBELUN PEMBANGUNAN.KALAU LELAKI MEMILIH KECANTIKAN UNTUK NAFSU,MANAKALA PEREMPUAN MEMILIH LELAKI KAYA ATAU HANDSOME.YANG KURANG BERADA DAN TIDAK MENARIK AKAN MENJADI CEMUHAN ATAU EJEKAN