Pages

Monday, March 14, 2011

Bahaya Rawatan Alternatif Guna Anak Ikan Boleh Sebarkan Virus


Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit
pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika. - BERNAMA

credit : duniacacamarba

SZ : Goreng pun sodap ikan-ikan tu. Heheh..

18 360 juta komen:

Dawa said...

btol jugak. taknah terpk lak psl ni. thanks for the info :)

Siti Hajar Masri said...

nasib baik aku x pernah buat..:)

Izamir Ridzwan said...

nseb baik belum pernah try

sembang said...

baru tahu..
thanks ya..

qasehraihan said...

huhuhuhu..takuttt!!!
sib baek sy mmg xpernah pergi..sbb geli!!

aLya maNip said...

baru nak gie terai..takut plak bila tengok camnie..huhu
kene cari rawatan laen la..hehe

arep_lockermonth said...

pernah wat dulu sekali! syok! tapi kalau dah tahu bhye!mmg x buat da la~

efa said...

erk ya ka..nasib tak nak pi buat hoho

diana said...

mujur akak tak suka buat benda ni..
geli la..

Nor Suhaiza said...

nasib la minat dgn rawatan2 cm ni..
g sepital ag bgus...
dh tntu selamat....

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

fuhh, teringin nak cuba dulu nasib baik tak cuba betul-betul

The Crow Empire said...

Erk.. btol jgk. lansung tak pernah pk. Sy pun pernah jgk pg Spa ikan. Adeh.. seram2.. Kang tak pasal2 berkudis kaki.

(^___^)

wath said...

mak aih. penah gak bermimpi nak buat. nasib baik tak penah buat lagi.

TunTeja said...

hek2.nak letak kaki dalam tu pun macam takut semcam.lagi la nak biar lame2 macam tu :p kui2~

f_aRa_aINa989 said...

x pnah buat sbb x tahan geli..

p/s: merajuk dgn saya ehhhhh???

azwa_amani said...

nasib baik amani tak pernah cuba...hehehehe :)

nuriz said...

guna ikan pun boleh sebar hiv ke..huhu bahaya

cek chun said...

kita dah buat 2 kali.
saja nak test.
geli2 mula tu.
pastu ok ler.

pastu takmo dah ler.
wat ngabih duit je.
lagipun ikan tu dah gigit kaki orang lain jugak.. aiyarkkkk