Pages

Tuesday, March 15, 2011

Bahaya Fungsi Tagging di Facebook

Pengguna Facebook yang memuat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Hasilnya gambar-gambar yang di'tagged' itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang di'tagged'. Sistem ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain yang tidak ada padanya. Itu dari sudut positifnya.

Di sebalik bagusnya fungsi Tagging ini, ada juga kelemahannya, malah boleh timbul mudharat yang besar daripadanya. Di antaranya:

1. Mendedahkan aib seseorang.
2. Menjatuhkan maruah.
3. Dan lain-lain…

Bagaimana pula? Lihat gambar di bawah untuk penjelasan.

klik imej untuk kesan lebih jelas

Kes 1 (kisah benar):

Pernah seseorang mengupload gambar seorang Muslimah. Malangnya, gambar tersebut telah diupload oleh ahli keluarganya dalam keadaan beliau tidak menutup aurat. Gambar tersebut diambil di dalam rumah ketika bersama adik-beradik beliau. Dan semakin malang, apabila diupload dan ditagnya pula. Jadi, habislah tersebar gambar tersebut di kalangan network Facebook, gambar beliau dalam keadaan yang tidak menutup aurat.

Pengajaran:

1. Jangan upload gambar ahli keluarga dan rakan-rakan perempuan.
2. Jangan upload gambar perempuan yang tidak tutup aurat.
3. Berhati-hati dan berfikir beberapa kali sebelum tag seseorang.

Kes 2 (rekaan):

Seseorang telah ditag gambarnya ketika remaja di sekolah. Kini, beliau adalah seorang yang dihormati dan berpangkat besar. Bukan sahaja gambar beliau telah ditag dalam keadaan yang memalukan, malah di bahagian komen habis dibuka rahsia dan cerita-cerita lama sehingga dibaca oleh pekerja bawahannya, rakan-rakan sekerjanya dan ahli keluarga. Dia rasa sangat malu.

Pengajaran:

1. Jangan upload gambar yang mengaibkan
2. Jangan tag gambar yang mengaibkan.
3. Fikir banyak kali sebelum memberi komen, walau dengan niat ingin bergurau.

Facebook memang boleh memanfaatkan kita jika kita menggunakannya dengan betul. Tetapi, ia juga boleh memudharatkan diri kita sendiri dan orang lain sekiranya tidak menggunakannya dengan betul.

Ingat, setiap perlakuan kita akan dihitung oleh ALLAH. Samada kecil atau besar. Semuanya akan dipertanggungjawabkan. Jadi, berhati-hatilah!

Hal ini juga telah ditulis oleh Ust Abu Umair dengan baik dan beliau telah mengulasnya dari sudut pandangan syariah terhadap ‘tagging’ ini. Baca di sini. abuumair1.wordpress.com

credit : SHAHMUZIR NORDZAHIR

32 360 juta komen:

azwa_amani said...

haritu cik amani jemput ustaz akhil hayy tuk bagi ceramah pasal pesbuk ni...benda yg sama ustaz ulas....media ni bersifat neutral...kalau guna ke arah baik..baiklah dia...kalau kita tak pandai guna, adalah balasan Allah untuk dirinya

My Little Diary said...

saya pun tak suke di tag!
kalau ada kwn2 tag saya... akan saya sendiri remove tag tersebut.

fRaMe+LenSeS said...

baik sekali ingatan yang diberi ni.. ;) moga suma mendapat manfaat dan amek perhatian. ;)

shahjiehan said...

kadang2 manusia sering lalai dan leka..tq la tegur mereka2...

jom baca dan komen Teknologi Jepun vs thunami

shahjiehan said...

gatai la pulak tgn nk komen2...

jom baca dan komen Gatai tapak tangan sbb nak dapat duit

alyana hamdan said...

wahh..sampai gitu sekali..
kalaw tag picca kek ke aiskrim ke boleh kan..ehhe..

ct kamila said...

kalo tag gambar ok, alhamdulillah. tp kalo tag gambar yg tah hape-hape..konpem akan remove tag tersebut..

hehe

:)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

tagging ni memang bahaya dan saya tak suka ditag..sbb tu seboleh2 nak sorok gambar di tag atau removekan~

nelly said...

Ada juga negatifnya ..

Nulia said...

betul tue , saya juga kerap ditag , tgk juga apa yg ditagnya ...kalau mende tak elok sayay remove ... tapi , saya asyik kena tag yang '' Rahsia Tarihk Lahir Pasangan Anda '' , adoiii , petanda apakah itu ??

The Crow Empire said...

heheh.. hal mcm ni pun ade kat fb? bahaye. Tapi Fb kan tempat umum. Rasanye elok la tag picture yg baik2. Jangan sebab nak tunjuk sesuatu pada kawan2, abih terbuka pekong orang. heheh..

(^___^)

Cik Su Life Cycle said...

memang bahaya pun tau.. sebab tu la sy suka upload gmbar sendiri je..kalau terupload gmbar org, susah.. nak kena cek 2 3 kali.. kadang2 dah cek pun terlepas pandang

nazirulhazwan~ said...

biorkan aje, bio da kene baru terase, pompuan terutamanya mmg suke menayang muke yang dorg BAJET HOT sgt tu. bagi la 50 nasihat pon, mmg takmau nyer dorg dengar, lumrahnye manusia, klu tak mane dtgnyer peribahasa udak terhantuk baru sakit

diana said...

tag suka di tag walau dengan apa2 gambar sekalipun..

wannurfazrini said...

i mmg x suka main taging2 ni . kalau upload gmbr pun just biar gitu je !

HAW said...

tepat sekali!

f_aRa_aINa989 said...

nasib x pnah kena tag bnda yg pelik2..

mie said...

uihh!!!
ye ke, tapi ada baiknya juga..
so, kesimpulannya berhati2 la..

qyqa said...

banyak betoi kesan negatif tag nih..

lagi 1 waktu remaja x cantik, tgk beso2 dah cantik org ingat bedah plastik pulak.. haha

iniialahaku said...

hahaha..aku klu upload gambar aku wat private je suma..aku je yg bleh tgk..yg lain..SORRY

echah mashuri said...

betul2.adoi.dahla dosa dah berkati2.tmbh lagi.-_-

qasehraihan said...

stuju ngn naz..hehe

Nor Suhaiza said...

xsuka kna tag dengan gambar baju...

Nor Suhaiza said...

xsuka kna tag dengan gambar baju...

sarah-najwan said...

akak mmg pesan kat kwn2 yg nak tagged pic tu..pastikan:

1. mmg ada muka akak
2. pic wajib sopan..jgn yg dok ternganga ke..kureng sopan ke..

dan akak pom..jika nk tagged org..tagged yg elok2 aje..

akak xsuka org tagged utk bisnes tu..xsuker..

aLya maNip said...

tagging kat facebook nie da jadi cam nebda wajib..kdang2 gambar bese pon seme org ditag..huhu

Mohamadazhan hjDesa said...

nak popular cepat upload pic panas.hehe.panas di akhirat skit..

Izamir Ridzwan said...

bru tersedar psal ni.. thanks share solihin.. nice info

Woofer Storm said...

tak pndai tag2 ni..heeeee

sissyira said...

salam

disible kn je utk tag tu..hhehe

cek chun said...

paling menci kalo kena tag pic tah apa-apa
kalau gambaq cek ada ok la jugak
ini setakat nak tunjuk pic dia yg cun, tak yah ler..

Anonymous said...

tahun lps sy ade pegi open house dkt dgn umah sy ... mmbr sume ikut arr ,, time kte org nak gamba uhh ,, mmg rse gamba x cntek arr ,,, sbb glap jee ,, kalau flash un bkn nmpk sgt .. bile dorg upload kat fb ,,, huh dasat sgguh muke den ,, mcm tgh tido ... hurrmm sy pun remove dr tag tu ... sjak tu sy akn muke yg btol2 cntek .. tkot btol kalo tjdik lg cam tu ... ishh ....