Pages

Monday, March 7, 2011

Artikel "Jangan Gunakan Perkataan Salam" Adalah Palsu

Assalamualaikum, sejak kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN SALAM, yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan terutamanya di Facebook. Aku pun pernah terbaca dan aku sendiri rasa curiga dengan kesahihan artikel tersebut. Dan aku rasa bertanggungjawab untuk menyebarkan kepada yang masih belum tahu bahawa artikel tersebut adalah tidak benar!

Artikel bertajuk "JANGAN GUNAKAN PERKATAAN SALAM" itu adalah seperti dibawah. Sila hentikan penyebaran artikel palsu ini.



JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya


Di bawah ini pula artikel yang membalas semula kenyataan palsu mengenai penggunaan perkataan SALAM seperti di atas. Sila sebarkan kepada rakan-rakan. Perkataan "SALAM" bukannya HARAM!


Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".

Penulisnya menulis:

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله

Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..

Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.


Semoga kita semua lebih berhati-hati dan jangan mudah terpengaruh dengan artikel berantai yang boleh memesongkan akidah kita semua sebagai seorang Islam. Nauzubillah..

Sekian, Wallahu'alam..

credit : Atikah Aula

42 360 juta komen:

ch!natsu said...

thanks 4 sharing.. harus disebarkan nie so dat org tau..

Chain said...

A'kum...

najwa's said...

huhu, dah banyak yg konpius kan? (-.-')

k-artz chasez said...

woah terima kasih share info berguna....mohon sebarkan info ni yer brader...

k-artz chasez said...

woah terima kasih share info berguna....mohon sebarkan info ni yer brader...

niesz said...

tu la.buat confius je org2 yg mcm ni, sbb niesz pnh dgr, ustaz tu kate boleh sbb mcm 1 rigkasan, mcm tu jgk kalau kite nak pnggil Nabi Muhammad S.A.W..kite gune ringkasan untuk S.A.W..itu..di gunakan time utk bermsg la..tp kalau kite sebut, kena lah sebut penuh2..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

aish, ramai yang keliru hal ni yep. BTW thanks for this info..

The Crow Empire said...

Salam bro! keh3..

Tak sangka ade jugak pihak yang pertikai perkataan salam. Kalau ye pun nak menghangat kan isu. Jangan lah isu kan sesuatu hal yg menterbalik firman dan sunnah. ish3.. adeh.. Tp ape yg penting. Jangan cepat tergadah bile timbul isu2 mcm ni. chill suda.

(^___^)

Faztee Danisha said...

kalu niat kita mmg bg slm..cuma kdg mls nak tulis pnjg..short..rsnye sume leh fhm kot kita bg slm

Cik Miera said...

oh yeke...hmm thanks awk sebab share.. :D

miss ANGIN said...

saya pon ade wat artikel sal x bole tulis salam tu , huhe . mintak share eh .

Ayuni said...

sye guna jer....

sissyira said...

salam

hal luas tersebar dekat fb,,,sapalah punya dakyah...

|| A r a W a n i || said...

baguslah.. akhirnya jumpa jugak artikel sebegini.
thnks..=)

Nyssa Nuar said...

zmn skang byk msg forwad...kekadang leh wat org slh phm..adeii..

Anonymous said...

yela..leh wat konfius gak la mende cam ni...pe2 pun tq yer

efa said...

erk aku pn konfius pasal bnda ni ritu kta tak leh guna skrg palsu eh semua tu ish2 thanks share benda ni bgus ni huh

diana said...

bahaya la suka2 sebarkan entry2 palsu gini..
kita yang tak tau apa ni pulak main copy paste je..mujur akak tak minat copy paste..bukan apa,takut jadi kes2 gini la..

whitecappuccino said...

tq 4 sharing..

fatt said...

aku dah agak dah benda ni dari awal mmg merapik...apa saja la ajaran bidaah org2 takde kerja ni..yg cpt terpengaruh pun 1 hal..haih!

sarah-najwan said...

konpius suda...

jika xnak konpius..akak lebih selesa guan yang penuh ketika bg salam..

Mohamadazhan hjDesa said...

salam,

ada saja ruang utk puak2 jahat ni buat fitnah..

Imran nyambek said...

baiklah

echah mashuri said...

betul2.kita mdh sgt prcaya.

aLya said...

kebnyakan org baca tajuk je.."salam tu haram" terus wat conclusion sedangkan isi dalam die laen..aisshhh..
btw, thanx 4 sharing :)

Atika Aula said...

boleh~ berkongsi ilmu yang ada. semoga bermanfaat :)

iniialahaku said...

aku da bca pasal ni kat blog kereta mayat...klu cmtu bezala jugak sembahyang ngan solat ~bak kata hamka kereta mayat

Miss Yaty said...

hari tu yaty pecaye jugak lah artikel yang salah tu..nape lah dorang ni memandai je bagi artikel yang salah..ermm..pape pun seeloknya kita cubalah taip penuh kan...

assalamualaikum...

tak susah pun kan nak amalkan.. ;)

shahjiehan said...

nice topic...!! i like mat rempit!! hahaha

shahjiehan said...

kekadang depa ni di pengaruhi artis2 tanah air yg agak jahil.. yg mana artis buat, depa main ikot je... kan kan....

Azza Firza said...

azza lebih suka gunakan assalamualaikum, itu lagi bermakna dan senang dibentuk :)

TERBARU :kami memang sweet couple :D

ibu hidayahamin said...

Wallahu'alam..

ct kamila said...

eh, rmai yg share psl ni kat fb.. kna bgtaw ni.. iyah2.. hehe

f_aRa_aINa989 said...

dah agak dah artikel tu tipu...

sbb pnah baca kat magazine x haram pun perkataan salam tu...

wath said...

haah. dari masa baca artikel tu lagi da konpius, kenapa tak boleh pulak. selama ni pn kte dah d biasakan memberi salam.

sekarang ni da banyak sangat info berantai macam ni yg tak dapat d pastikan kesahihannye, wat kite konpius mane yg sbnrnye boleh, mane yg tak

Siti Hajar Masri said...

thanks sharing this info..:)

mizzura said...

itulah pasal..memula baca tadi..takkan lah takleh guna perkataa salam...nasib ada orang cantas..sesuka jer orang first tu nak bagi fatwa..

cek chun said...

dah tau lama dah. tapi tak reti nak cakap. kereta mayat jugak yang boleh bercakap dengan jayanya

ciknabil-a said...

ouh ea kew? huhu nabilah baru tahu., thanx for the info!

miss lovalista said...

thanks sgt3... ^__^

Anonymous said...

hm...persoalan salam sudah terjawab, bagaimana puak dengan maksud bye tu? saya berminat nak tahu bagaimana penulis tu dapat tahu ianya 'jarum rahsia', kalau ada bukti lg bagus.

tentang maksud akum pulak, ada tak sesiapa pakar bahasa boleh menyokong pernyataan tersebut??

Solihin Zubir said...

@Anonymous : maaf.. sy pun tak tahu macam mana penulis tu boleh terfikir nk tulis psal jarum rahsia tu.. kena cari org yg mula2 cipta n sebar artikel palsu tu la.. hehe..