Pages

Tuesday, March 29, 2011

10 Jenis Makanan Anti Kolestrol


1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan kacang soya, ia mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).

2. KUACI 
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekaligus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING 
Antara pelbagai jenis buah kering, Limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang mengambil makanan segera dan kemudian memakan epal @ meminum jusnya, sebenarnya boleh menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakunya lemak dalam badan.

5. IKAN TUNA 
Ianya termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salamon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH 
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA 
Terdapat banyak Vitamin C dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

9. OAT 
Banyak kajian saintifik yang dijalankan, menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.

10. JAMBU BATU 
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

[sumber]

SZ : Jangan ingat orang gemuk saja ada kolestrol.. Orang kurus pun ada ok!

26 360 juta komen:

ibu hidayahamin said...

aaaaa.... kurma... tak da dalam senarai kah?

Fairosza said...

makan la biskut jacob's weetameal dan quaker oat...(iklan percuma-syarikat berkenaan tidak membayar utk iklan ini)haha

bardboo said...

9 drpd 10 sy boleh makan..yg oat tu mmg xboleh trime lgsung kat tekak ni..


Jom Lawat: Blog Bardboo
Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang

Solihin Zubir said...

@ibu hidayahamin : kurma tu buah kering la kan.. :D

idanirha said...

nice info..nak makan buah jambu tiap2 ari la :D

nabila faryzza said...

wahh, tak sangka betul kuaci tu elok rupanya kann. hehe :)

wath said...

nak makan jambu batu! nk kurus=,=

nelly said...

mAkan bnyk2 yang ni ..hahahah

Cik Su Life Cycle said...

ha.. cik su suka artikel ni.. hehe..bagus2.. amalkan ye

qasehraihan said...

saya suka makan semua yg di atas..patutla paras kolestrol saya bagus..hihi..

hai SZ..

Ameera.Alias said...

wah.......buleh diet ney...

cek chun said...

epel ijau paling peberet :)

Manja (let it be my sweet name) said...

manja suka mangga. manja x suka oat huhu

f_aRa_aINa989 said...

nak tambah lg 2: tomato dgn oat pun bagus tuk kurangkan kolestrol..

:)

Mohamadazhan hjDesa said...

nice info bro, sama2 jaga makan dan kesihatan untuk masa depan yang gemilang.hehe

Sham said...

sekarang ni tengah layan makan kismis...

sissyira said...

salam

ssuka makan epal hijau,,,entri ini membantu lagi diet saya.

FariehanIbrahim [LBC] said...

panie xnk mkn nasik dh, nk mkn 10 senarai nie jerk.. :pp

diana said...

akak makan semua diatas..
hidang je..kompem habis..
heheh..

tu tandanye akak tak de lemak..kan???

efa said...

SEMUA YG TERSENARAI TU SEDAP TP T__T IKAN TUNA TAK LEH MKN PLK WUWU ERK2 YEA KA ORG KURUS PON ADA KOLESTROL?HAHA

Nulia said...

owh ... hehehe...erm...ada yg sayamakn..ada yg x makan ....ermmm..... hahaha

sarah-najwan said...

jika nk pasti
baik pi check kadar kolestrol tu..

azwa_amani said...

betul tu..org kurus pun boleh banyak kolestrol.. :P

The Crow Empire said...

Buah blh la makan. Jambu tak blh. Sebab jambu itu solihin. koh3...

Sy dari kecik kurang gemar makan buah. Tgk kulit buah yg mcm kotor2 tu tak lalu nak mkn. keh3.. tapi sy kerap makan sayur. Sayur takde efek kurang kan kolestrol ke? Buncit dah ni. heheh..

(^___^)

SyedGraphiX said...

aku suka gila soya! XD

ciknabil-a said...

bagus2 info nie. ;)