Pages

Wednesday, February 23, 2011

Keistimewaan Warna Hijau Dalam Islam dan Al-Quran

Ada banyak perkataan HIJAU di dalam ayat-ayat Al-Quran dan menjelaskan keadaan penghuni Jannah ataupun segala yang ada di sekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa.


Berikut dipetik beberapa ayat al-Quran serta maksud yang telah meletakkan warna HIJAU pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah.

1. Maksud ayat : ” Mereka itu disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya.”

2. Maksud ayat :  “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”
Surah Ar-Rahman : Ayat 76

3. Maksud ayat : “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian HIJAU yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”
Surah Al-Insan : Ayat 21

4. Maksud ayat : " Mereka (Ahli syurga) mengenakan pakaian sutra halus yang HIJAU dan sutra tebal.
Surah Al-Kahf : Ayat 31

HIJAU juga adalah warna kegemaran Rasulullah SAW. Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna HIJAU. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna HIJAU. Warna HIJAU juga mampu menjadikan pandangan mata nyaman & selesa.

Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah. Rasulullah juga bercita-cita untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak.

Sumber: Kitab: Ma’a Al-Thib fii Al-Qur’an Al-Karim, Dr. Abdul Hamid Diyab, Dr. Ahmad Qarquz, Mu’assasah Ulum Al-Qur’an, Dimasyq.

SZ : Bertukarlah ke warna HIJAU! Tinggalkan warna BIRU! Jom pakat-pakat kalih! Heheh.. :D

21 360 juta komen:

yoi said...

wow. seriesly macam tu sekali hebatnya warna hijau? wow betul ni.

Izamir Ridzwan said...

ayat last tuh.. err err cam politik bunyinya,,, tp xpa.. blog biru ttp biru

nazirulhazwan~ said...

aku mmg hijau dari dulu da.hahaha

Miss Ran said...

hehe suke hijau plus pink..hijau pucuk pisang lawa a

echah mashuri said...

pehh..warna pinkcamne pulak.hehehe

Mohammednajib said...

alangkah baiknya jika bendera mesia ada warna hijau,pakaian budak sekolah agama pon hijau.namun ramai yg suka warna putih

MAKCEK bukan NENEK said...

hijau memang terbaik .ada gak hadis kalao sakit kepala p tgk hijau .sbb hjau kan tenang .
hahah tapi hat yang last tuh superb . pakat tukaq hijau naa . hehex

AKTIVITI TERLARANG ANDA

diana said...

warna hijau warna yang tenang..
kalau mata letih2 cuba pandang sesuatu yang warna hijau..'mesti tak penat dah..

suri solehah said...

dah jelas dalil lagi alquran lagi..tapi nape ye masih ada org yg alergik pada warna hijau huhu

FariehanIbrahim [LBC] said...

alhamdulillah, hijau itu indah! ^^

Izan Ishak said...

belog je biru...hati tetap suka warna hijau. tenang je!

sissyira said...

salam


harap2 org yang suka biru tu dapat faham betapa bagusnya warna hijau ni....


siap kempen tu..huhu

Skype Crew said...

aku 'elergik'la ngn warna hijau.. ;)

Apa Erti Menjadi Solehah?

nuriz said...

hijau ni selalu org pikir kalau dgn putih depa kata "bulan " kekekeke

tapi hijau ni lebih dari tu ye, kubah masjid nabi kat madinah pun warna hijau

efa said...

hijau itu indah dan boleh freshkan minda kerana hijau itu sejuk mata memandang

cek chun said...

komen akak kena delete ehh.. muehehehe

cek chun said...

ehhh.. silap entry. hahaha. adehaii..byk beno ler entry ijau..

akak setuju ngan suri solehah. sebab dia kawan akak..muehehehe

Dawa said...

tu pon ada gak pemimpin yg sebarkan dakyah anti warna hijau.......takbir!

eka said...

nk amik bleh yg ni..

Hashira Yusoff said...

kalau mata nak sihat ada tips : lihat benda hijau.
cth bila masuk hutan kita akn rasa segar ajekn..

btw, shira tetap suka kaler PINK! hidup pink! hihi..

--> wordless wednesday #2 :AWAS!! Domo-kun sedang memusnahkan sebuah bandaraya.

HUNTER CANNOT DETECT said...

alhamdulillah aku pun suka hijau :)