Pages

Saturday, February 12, 2011

Tiga Versi Asal-Usul Hari Valentine

ASAL USUL HARI VALENTINE’S DAY

Menurut sejarah, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan Hari Valentine.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine:

Pertama
Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas.

Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Kedua
Pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia.

Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

Ketiga
Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.

Sebagai umat Islam, kita dilarang untuk menyambut Hari Kekasih. Hukumnya HARAM. Lagipun, rasanya tidak perlu hari tertentu untuk kita menunjukkan kasih sayang kita terhadap pasangan kita yakni suami isteri.

source : JAKIM 


Rasanya ramai yang dah tahu pasal ni dan ramai bloggers yang dah buat entry pasal ni. Kalau nak diikutkan, aku malas dah nak buat dah. Tapi ini atas permintaan seorang rakan yang juga merupakan silent readers aku. Lagipun tak salah rasanya diulang dan dijadikan sebagai sumber rujukan untuk anak cucu aku nanti. Heheh..

SZ : Cinta dan kasih sayang perlu ditunjukkan setiap hari. Tidak hanya sekali dalam setahun.

15 360 juta komen:

echah mashuri said...

betul tuh.tak slh kite nk sebar2 ilmu:)

Nyssa Nuar said...

nsib baek NN mmg anti valentine..wuwuwuwuwuwu

The Crow Empire said...

Bagus ketengahkan bende2 ni berulang kali. kire istiqamah la. Tapi ade yang tak paham2 lagi yg geram tu. keh2..

Silent reader ke stalker bro? keh3..

(^____^)

Dawa said...

kita pakat tgk nnt, nak sambut maulidul rasul ke valentine's day. especially utk budak2 yg mentah2

miaa spungen said...

cinta tak perlu disambut bria2.. ckup la kite dhn si dia yg mngerti

ibu hidayahamin said...

benar...

yaya(; said...

yea , betul2 .... HARI SEPANYOL MENUMBANGKAN ISLAM . takkan lah kite sebagai islam nak sambut kott ?? HAHA xD

cek chun said...

sy sambut hari kasihan :))

efa said...

yeah mari kita banteras valentine day yeah nice entry

Ayuni said...

xpnh smbut pun...

wannurfazrini said...

alahh , ulangtahun couple , sambut laa . OPSSS :p

f_aRa_aINa989 said...

nak coklat...

tiba2..

hahahahahaha....

:P

Su Fadzil said...

Valentine's Day...Haram, bazir masa, bazir duit, terpesong akidah, maksiat...ish!! banyak lagi..

sissyira said...

salam

masalahnya tak tahu berapa ramai yang benar3 guna akai ketika berfikiq ..huhuh

Anonymous said...

valentine bkn hanya untuk kekasih tetapi lebih kepada rasa kasih sayang antara manusia...sayangilah sesama umat adalah digalakkan oleh mana-mana agama, terpesong atau x terpulang pengertian individu itu sendiri.valentine day boleh disambut bersama dengan isan2 yg kita syg spt family,sahabat dan sbgnya.