Pages

Monday, February 14, 2011

Rasulullah.. Dia Kekasih Allah..

RASULULLAH

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela

DIA KEKASIH ALLAH

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Di dalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah


SZ : Macam pernah dengar kan? Bagi yang tak tahu, tu sebenarnya bait lirik lagu Hijjaz. Lirik yang sungguh bermakna. Sama-samalah kita memperbanyakkan selawat ke atas Nabi kita sebagai tanda rindu dan kasih kita padanya.

16 360 juta komen:

iwan_dextrous said...

same2 kita berselawat ke atas rasulullah...sama2 juga kita igtkan pada umat islam yg len..

The Crow Empire said...

Peh best~ Teringat masa pertangdingan nasyid sekolah-sekolah masa sambutan maulidulrasul. Tapi sy tak nyanyi. main gong je kat tepi. heheh..

(^___^)

nelly said...

lagu-lagu nasyid sekarang sudah jarang dimainkan ..
tapi , lagu nasyid memang best !

efa said...

yeah aku suka lagu rasulullah tu..dari sekolah lagi dulu2 duk wat lagu tu time persembahan kt asrama masa maulidur rasul dll =)

farouq said...

salam maulidur rasul;)

miaa spungen said...

minat gler rasullulah tu... huhuhu.

miaa spungen said...

dr dulu smpai skrg lagu ttp mnjdi pilihan

Cma Shiema said...

btl tu sz..
hmm..suka dgr lagu ni..

nazirulhazwan~ said...

fuh, lagu pebret den tu!nice2. teringan zaman skola rendah nyanyi lagu tu

ibu hidayahamin said...

suka sangat...

sarah-najwan said...

selawat dan salam ke atas junjungan besar kita
nabi muhammad (saw)

anamizu said...

dulu2 mase skolah kafa sllu nynyi lagu ni mse sambutan maulidur rasul ^^

cek chun said...

lagu yang mula tu memang dok dengaq sampai boleh hafal.
dolu2 masuk nasyid jugak :)

AIMAN said...

lagu nasyid yang mendamaikan :)

sissyira said...

salam

lagu feberet ni.....layan3..

niesz said...

nabi muhammad tetap mnjd idol niesz.. :)