Pages

Friday, February 25, 2011

Rasulullah Dan Sebiji Limau

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan,

"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula.

Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa?

Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


SZ : Kalau kita? Benda tak sedap, dikongsi. Benda sedap, makan sembunyi.

28 360 juta komen:

qasehraihan said...

betul tu..org kita lagi yg sedap lagi di sorok..kalau tak msakan ada citer pramlee watak 'haji bakhil kedekut'haha


slmt pagi..solihin

Aimifiqa said...

Rasulullah sungguh mulia di sisi sahabat Baginda~

Dawa said...

teringat kat ofis waktu raya cina. yg masam mesti rasa nk kongsi dgn smo org. tp klu yg manis, mkn sneyap2 je. hehe

TheChekJah said...

subhanallah.. kalau kita mungkin secara automatik tercakap, masam gilerrrr.... nak aku cepat tua la tu..

Ain Zulaikha said...

betul2 ain sokong sangat, benda yang sedap mesti makan sorang2 tak sedap baru lah nak bagi kat orang, tapi ada gak , benda tu sedap pada mula, niat tak nak bagi orang, tapi lama2 bila dah muak , makanan tinggal separuh baru lah nak share dengan orang or maknaan tu dekat nak abis.. thanks share cerita ni :)

najwa's said...

subhanallah.. mulianya akhlak baginda kan? :)

dylla bakri said...

btol....

Izan Ishak said...

kalau kita dpt yg sedap, mmg makan sorang2 je. sembunyi2 pulak tu~

sungguh mulia akhlak Rasulullah...

Chenal said...

mulianya pekerti Rasulullah s.a.w

Muslimah Optimis said...

sangat mulia akhlak Rasulullah tiada yang semulia baginda

Nyssa Nuar said...

sungguh mulia rasulullah S.A.W..
ade prasaan yg amt lah laen tyap kali NN bce kisah rasulullah... mgkin terlalu kagum sampai rse nk nanges..

Faeza Suhaimi said...

selama ni dengar cerita sampai Rasulullah ckp dkt sahabat buah tu masam.

tak pernah dengar pula tentang muslihat perempuan tu.

COOLS!

cek chun said...

masam dan manis jom kita makan sama-sama

cik ciput said...

mulianya akhlak baginda..kita sebagai umat kena contohi akhlak baginda.. =)

**kalau tak silap, wanita kafir tu masuk Islam last skali sebab kagum dgn akhlak Rasulullah..

Fariq said...

sungguh mulia akhlak baginda.. kalau la kita pun sama boleh kita mcm dia. alangkah nikmatnya..

Siti Mashitah Saidin said...

btoi3~

qyqa said...

btol gila..
kalu sedap memang nak sorg2 jer..
huhuhu

Rasulullah kekasih Allah yang sangat mulia

Gimi said...

Takde la..ak kalau makanan tu mahal, makan sorang2...yg free, makn ramai2..
hehe..xde, gurau jo

sissyira said...

salam


ada lagi ke lelaki yang mempunyai akhlak seperti nabi kita tu?

Hishyamuddin said...

Rasulullah mempunyai akhlak yg mulia, mampukah kita utk mengikuti akhlak baik nya...hemmmm

Amna.Qadeeja said...

Ya Allah,sungguh mulia akhlak Rasulullah.. =)

ibu hidayahamin said...

manusia paling sempurna diciptakan Allah di muka bumi...

fa-in said...

mashaAllah..
tp umat manusia skrg masih lg sukar nak contohi keperibadian baginda

Haris Khairuddin said...

alhamdulillah.. nasib baik kawan2 aku yg non muslim xde yg prangai macam perempuan kafir tu.



n mulianya akhlak Rasulullah SAW tiada siapa yang mampu tandingi.

toyolkiut said...

terasa malu pd diri sendiri..

ciknabil-a said...

mmg susah nak jumpa org yg da ciri2 cam Rasulullah SAW.

Puanbee said...

kalau kita..limau masan binsing masam masam haaa

diana said...

yang tak sedap bagi mangkuk besar..
yang sedap bagi cukup2 celah gigi je..