Pages

Tuesday, February 15, 2011

Petua Sihat Cara Saintifik Rasulullah SAW

1. AMALKAN BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat, solat fardhu, dan solat subuh berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala daripada Allah SWT.
- Kesegaran udara pada waktu subuh yang bagus untuk kesihatan / terapi penyakit TB.
- Menguatkan fikiran dan menyihatkan perasaan.

2. SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah selalu sentiasa rapi dan bersih. Setiap hari Khamis atau Jumaat beliau bercukur, memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman" (HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasulullah :

"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

5. TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah ianitu bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.
- Membaca Ta'awwudz, kerana marah itu dari Syaitan.
- Segeralah berwuduk.
- Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati.

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.

7. TIDAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga stabiliti hati, kesihatan jiwa dan mental, maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Tidak iri hati bila kawan atau kenalan mendapat keuntungan seperti naik pangkat, berjaya dalam perniagaan, mempunyai anak-anak yang berjaya dan sebagainya. Dan disarankan untuk membantu rakan-rakan untuk berjaya, di mana ia akan memberi kepuasan dalaman yang hakiki.

Renung-renungkan dan selamat beramal.. Salam Maulidur Rasul 1432H!

SZ : Banyak yang aku nak kena ubah dan perbaiki diri aku ni.

30 360 juta komen:

Izan Ishak said...

perkongsian yg baik...jom amalkan semuanya~

*terasa sgt hina diri ini...

Nur Misnan said...

Alhamdulillah.. semua dapat diikuti
cumer bab marah nih aku tak blh
nak cover sikit.. iyalah pembawakan
ubat2 hospital yg tak boleh
dielakkan... tapi
perbanyakkan juger istighfar...

thanks sweety utk info yg baik diikuti umat islam...

iqbalhakimi said...

huhu,...aku pun sama..banyak benda kena baiki..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Nabi meningglakan nama yang gah, beserta dengan sunnah2 yang perlu kita amalkan. alhamdulillah.

salam Maulidur Rasul SZ:)

qasehraihan said...

kaaulah kita dapat ikut semuanya...indahkan~!!

syAfA said...

menarik..mekaseh ats perkongsian ini..

salam maulidur rasul..=)

ctpayong said...

salam
selawat atas Nabi Junjungan Muhammad SAW.

ermmm..kak ct fail yg no. 5 tapi alhamdulillah cepat pulak baik. nak cuba repairlah ni...

aLya said...

pembacaan yg menarik di hari ini :)

aLieF si Muncung ManiS said...

nice tips bro.alief selalu gak bangun sebelum subuh..tapi,lepas subuh sambung tido...lepas ni alief nak berubah..nekad..thanx for sharing..selamat maulidur rasul bro..

ENTRY BARU ALIEF..rugi kalau tak baca.. -->"CARA-CARA HARDCORE NAK PROPOSE OR PIKAT HATI ORANG YG KITA SUKA""

A.s.t.i.n.a said...

Tercapaikah amalam ini.... Moga ramai yang cuba mempraktikkan..

sarah-najwan said...

tq krn info yg sgt berguna ini

kene try amalkan ni..

TheChekJah said...

menarik ye di sini... kalau pasal bangun awal tu.... tett.... akan diusahakan.. tp biasanya terbangun mesti dah abes azan... tak pa lepas ni chek cuba bangun awai pada tok bilal tu... very nice info... ni nak print pastu tampai kat loker...

RuSh D said...

tue ler sebaik baik petua...ikut sunnah nabi jer..

diana said...

dalam perut akak ada 3 ruang..
tapi semuanye diisi dengan makanan..
aih!!!bila nak berubah ni???

ibu hidayahamin said...

sedar kelemahan diri...

nama.aku.lynn said...

masih byk benda yg perlu dperbaiki..huhu~

nub said...

tq abang sz.. auwww auwwww

The Crow Empire said...

Aih~ nampaknye no3 tu perlu dititik berat oleh sy. keh3.. makan kat luar hari2. Dah tu klau makan sepinggan tak cukup, siap tapau lagi sebungkus bwk balik. keh3..

Ah~ perut dah buncet. Akal jadi lembab. adeh..

(^_____^)

Cma Shiema said...

alhamdulillah...
tiada petua yg lebih baik melainkan sunnah rasulullah s.a.w

Sephi Sephia said...

Salam

Akhlak baginda terlalu tinggi dan tidak layak aku lakukan perbandingan. Tetapi jihad untuk memperbaiki itu harus.

Salam Maulidur Rasul, sahabat mayaku. Syukur kita adalah umat sang kekasih.

Sephi Sephia said...

Salam

Akhlak baginda terlalu tinggi dan tidak layak aku lakukan perbandingan. Tetapi jihad untuk memperbaiki itu harus.

Salam Maulidur Rasul, sahabat mayaku. Syukur kita adalah umat sang kekasih.

f_aRa_aINa989 said...

mahu ubah juga...

misz jue said...

nak tambah sket, mandi sebelum subuh leh kuruskan badan jugak..

thanks for sharing!=)

Siti Mashitah Saidin said...

bgus2.. mengigati sesama kita~

kembatolo™ said...

aku pon.. tp skang nak try kontrol marah.. hehe

Amirrah Zawani said...

info yang berguna..
mesti jadikan amalan ni :)

Mohamadazhan hjDesa said...

sy kena berubah ni...

arep_lockermonth said...

wah ..bgus entry nih!!

efa said...

no 1 tu kena diperbaiki aku azan subuh bru bgun kena berubah ni huhu nice tip sharing

Minda Bistari said...

Daftar untuk join group fb Bangun Sebelum Subuh. Target Bilangan Solat Subuh Berjemaah hampir sama dengan bilangan Solat Jumaat Berjemaah