Pages

Saturday, February 5, 2011

Nafsu Laksana Anjing Garang

Nafsu yang tidak dapat dikawal
Atau dibiarkan menurut kehendaknya
Ia adalah laksana anjing

Anjing itu tabiatnya tamak dan pengotor
Menyalak dan menggigit
Anjing itu kerana tamaknya
Selalu sahaja bergaduh kerana merebut makanan
Kerana tabiatnya pengotor, selalu makan bangkai dan najis

Tabiatnya juga suka menyalak orang
Tidak kurang juga menggigit orang atau binatang
Begitulah nafsu yang tidak dapat dikawal itu
Merupakan tabiat macam anjing

Nafsu itu tamak dengan dunia dan harta bendanya
Kerana tamak, dunia dan harta bendanya jadi rebutan
Hingga membawa permusuhan dan perkelahian

Nafsu yang tidak dikawal, suka perkara yang haram
Perkara haram itu adalah kotor
Suka menipu, suka berbohong
Suka mencuri dan rasuah
Suka arak, suka bergaul bebas, suka zina, suka merompak

Suka menyalak ertinya suka bercakap yang menyakiti orang
Seperti menyindir, mengumpat dan memfitnah
Suka menuduh, menghina dan caci-maki orang
Macam anjing yang menggigit
Sakit hati dan jiwa orang dibuatnya

Begitulah jahatnya nafsu yang tidak terdidik
Macam anjing yang garang


SZ : Kawal nafsu anda.. Jangan biarkan nafsu yang mengawal anda..

24 360 juta komen:

ch!natsu said...

thanks mengingatkan.. =)

The Crow Empire said...

Betul bro. Klau anjing tidak berakal blh lagi nak bernafsu mcm tu. Ni kan pulak manusia yg berakal luas. Tapi nafsu bergerak atas dorong. Sifat nafsu tidak bergerak sendiri seperti akal. Kepada sesiapa yang menjadi pendorong nafsu harap2 cepat bangkit dan sedar.

Wanita adalah pendorong nafsu terbaik. hehe.. yang seksi2, yang gebu2, yang manje2.. ah~ alamak? bernasfu pulak. keh2.. geget mereka! aum!

(^____^) heheh..

f_aRa_aINa989 said...

yah...saya sedang kawal nafsu nak cepat kawen...

:P

Nur Misnan said...

nafsu selalu betemankan syaitan
syaitan selalu nak temankan manusia
tapi manusia??? selalu lupa
ada nafsu yg tebal... huhuhuhu

A.D.A.M. said...

Bnda yg paling susah bila nk lawan diri sndiri, nfsu sndiri. huhu

nub said...

nafsu pukoi aku menurun disebabkan post ini..terima kasih sz.. huhu..sob3...



hahaa

toyolkiut said...

ayah TK pnh pesan bnyk pkara pada TK sbg pedoman..
satu antaranya ialah..
'usah meletakkan maruah diri d bawah tapak kaki anjing...'
maksudnya sama cm yg ditulis kt entry tu..
mnusia yg sungguh hina..
sebak bila teringat semuanya..

echah mashuri said...

suka la entri ni!rase nak like enampulohjuta kali.:)


betul jgn duk jadi lagu tuh.hidup baik-baik ja xboleh ka?

echah mashuri said...

suka la entri ni!rase nak like enampulohjuta kali.:)


betul jgn duk jadi lagu tuh.hidup baik-baik ja xboleh ka?

naulofah said...

hehe..sedapla sajak saudara..huhu..
nice tazkirah..

bukan photographer said...

nafsu dan kejahatan bagaikan ada magnet..lagi kuat nafsu, lagi besar kejahatan yang boleh datang..

nuriz said...

eloklah berpuasa jika tak dpt kawal nafsu :)

ibu hidayahamin said...

Melawan Nafsu (Mujahadah) ini memang susah. Rasulullah ibaratkan lebih susah daripada berdepan dengan peperangan senjata. Susah hendak mujahadah terhadap nafsu kerana terpaksa membuat bermacam-macam latihan yang mencabar.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

dan benar pepatah org tua kata:
kalau semua ikut nafsu, alamatnya hancur dan gelap dunia selamanya.

Nyssa Nuar said...

wOw!
Bunyi nye sgt seram...
NN pon takuuuttttttt..
=D

diana said...

eiii..
anjing kotor la..
lebih banyak anjing dari manusia dah ni..
'huhu..

Fariq said...

bila nafsu dah bergejolak,, *betul ke bergejolak..:p* diharuskan untuk berpuasa,, seperti dari saranan Nabi.. tak ingat lak hadisnya,, adeh.

Wan Gerrard said...

thanks bro..jgn jd mcm anjing :P

Muhammad Syahmi Sabidin said...

teringat anjing yg dibela rumah berhadapan dengan rumah mak... asal sapa-sapa yang lalu, semua dinyalaknya...

thanks atas pengongsian yang berharga...

Ain Zulaikha said...

banyakkan zikir dan jauh benda yang terlarang.. :)

cek chun said...

Sebelah rumah penuh dengan anjing, malam2 penuh dengan salakan, sungguh bernapsu rasanya nak p lempang sekor2.

Ikut hati mati, ikut rasa binasa, dua2 berpunca dari napsu.

Cma Shiema said...

bernafsu binatang..

tq utk enry ni,,,

niesz said...

kena jauh kan sifat2 mcm tu..kang serupa je mcm anjing..

cloud9 said...

nafsu itu sememangnya mmpu mmbawa kita ke lembh kgelapan. nafsu hrus dkawal agr dia tidak mngawal diri. dri yg ptut mngawal nafsu.