Pages

Tuesday, February 1, 2011

Minyak Naik, Barang Naik, Darah Pun Naik!

Alhamdulillah.. Syukur.. Seronok sangat hari ni. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang terus menyokong kerajaan. Akhirnya minyak naik lagi. Lagi hadiah kerajaan untuk rakyat Malaysia yang disayangi. Memang terbaek! Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Mulai 1 Feb 2011, Harga petrol RON97 naik 10 sen. Ala.. 10sen je pun. Apa la sangat 10 sen kan. Tak luak pun. Kalau naik RM10 seliter tu bleh la nak bising-bising kan. Heheh.. Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97. Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang. Tahniah buat penduduk Tenang. Harus Tenang ok! Tenang dalam gelora. BN menang rakyat senang.

Lepas ni kompom RON95 plak naik. Harga barang tak payah cakap la. Gua potong jari kalau harga barang tak naik. Darah? Darah lagi la naik weyh! Takyah cakap la kan. Pasni semua kena tanam sendiri. Bawang tanam sendiri. Tebu tanam sendiri. Yela.. Nak buat gula. Dengar cerita, harga susu pun bakal naik. Alahai..

Fakta
RON = Rosmah Najib
BN = Barang Naik

Auw.. Maaf.. Agak kontroversi di situ. Terpolitik la plak. Sorry..



*source : malaysiakini

SZ : Nasib baik aku pergi kerja jalan kaki. Cis!

19 360 juta komen:

cerita ceriti.... said...

Alhamdullilah naik lagi.. Jangan darah naik dah. Ha...ha...ha....

nub said...

itu la pasai..adoiiii....kopak duit aku..haha

Siti Hajar Masri said...

tahun ni akan berlaku inflasi sifar..semua barang naik..ntahlah..x tahu nk ckp apa..aku rasa nak tumpang sapa2 g kerjalah..aku rasa slogan tu perlu dikaji semula..jgn pndai cakap je..

fadhdeela said...

teruk la diaorg nie!!! Naik lg minyak ni..!!

Meh singgah: Aku Bwk Blk Jantann????!!

Piasara said...

semua barang pun naik harga...
ntah la kalau dulu shoping satu troli bari rm150,la ni dah jadi rm 300 lebih.barang itu2 jugak..kalau org susah/miskin tu tak tau la akk camana depa nak survive..bertambah la pemakan siput babi kat mesia ni agaknya..

CIK TOM said...

asyik naik harga je..maybe dah tiba masa kita sbgi rakyat cuba menyuarakan pendapat n hala tuju pucuk pimpinan negara...huhu...

yott said...

aihh..tension2

Chenal said...

nasib baik la pakai motosikal je...tp naik jugakk! pasal aku tiap2 hari keja naik bukit!!! (opis atas bukit daaa)

Hishyamuddin said...

xtau nape aku setuju sgt3 ngan entry ni dan fakta tu..hehe

ciknabil-a said...

nak bawa kete pown naik mls cz minyak mahal sgt. huhu.. aleh2 t kena guna uit sndiri bla nak isi myk.

diana said...

ramai betul rakyat malaysia yang masih buta..
pelik la..

ika~~ said...

aku xnaik darah.aku naik minyak!!
hmmm...perancangan yg teliti..naik after prk tenang!

f_aRa_aINa989 said...

naik..naik..naik...

shahjiehan said...

xkan nk selamanya jalan kaki~ heeee

takpa2.. senaman tuh.. duit boleh kumpui nak kawen..~hahaha

cek chun said...

baru jalan kaki dah naik darah,
kalau naik kereta, mau ada orang junjung kereta pi kerja..hahaha

btw, hangin gak nih. habih la tak power keta cek. takleh guna ron97 dah. camna nk rempit secara berjemaah macam nih..haishhhhhhh

ibu hidayahamin said...

mmmm no komen...

Wan Gerrard said...

memang sakit hati naik je harga..susahkan rakyat je huhu

Miss Yaty said...

memang naik darah betul!!! ish! ni nak babit isu politik ni..kakakakaka~

Muhammad Syahmi Sabidin said...

tiru macam korea, jepun, atau china, diorang pegi keje nek basikal, tak pown lrt